Sabtu, 27 Mei 2017

Harapan Ramadhan 2017



Alhamdulillah.
Selesai hari pertama berpuasa.

Anak-anak bertiga dapat berpuasa penuh hari ni.

Saya gigihkan juga bangun seawal jam 4.30 pagi untuk sediakan hidangan untuk anak-anak bersahur.

Saya hanya memasak nasi goreng ringkas dengan karot yang disagat, ikan bilis goreng dan 4 keping roti telur serta beberapa ketul kepok lekor.
dan air panas qoqo stevia. Dan tidak dilupakan 2-3 sudu Qaseh Gold Junior untuk tenaga tambahan anak-anak.

Seawal jam 2 petang Aliya sudah mengadu.
Katanya, "adik rasa haus sangat. Perut pun dah kempis "

Saya pun mengusik nya "Elok lah macam tu. Cukup sebulan , kurus lah nanti"

Anak dara no3 saya ni memang semakin montel. Masya Allah, selera nya memang bertambah-tambah. Walau hanya makan nasi, sup sayur sawi , sambal bilis cili api dan telur dadar, tapi makan nya bertambah berkali-kali.


Apa matlamat Ramadhan tahun 2017 ?

Soalan yang biasa di tanya.

Untuk saya tahun ni,

Saya mahu melatih anak-anak solat awal waktu.

Saya mahu melatih anak-anak, bulan Ramadhan bukan bulan menjamu selera. Cukup makan seadanya, bukan makan hingga perut keras dan tidak boleh solat.

Saya mahu melatih anak memahami bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita boleh meraih banyak pahala, bukan hanya bulan menahan lapar dan dahaga.

Saya mahu melatih anak-anak lebih kerap berdoa , yang mana Allah memandang doa orang-orang yang berpuasa

Saya mahu melatih anak-anak belajar bersedekah dan bermurah hati.

Saya mahu melatih anak-anak belajar bersabar dan mengawal marah dalam hubungan sesama adik-beradik.


Dan untuk diri saya, saya mahu khatam AlQuran dengan mempelajari terjemahan dan tafsiran. Saya hanya meletakkan sasaran 12 juzuk untuk sepanjang Ramadhan ini, dengan mengambil kira waktu saya ABC.

Doakan semoga saya mampu merealisasikan harapan Ramadhan tahun ini.
Almaklum anak-anak semakin membesar, sudah sampai masanya mereka belajar untuk lebih bertanggungjawab dan belajar tentang amanah dengan tanggungjawab.



Alhamdulillah, hari ni kami berbuka puasa di rumah. Saya ke Bazar dengan Aliya hari ni , hanya membeli sekeping murtabak dan sup daging. Syukur lagi, tokey sup daging sedekahkan 1 bungkus air bandung.

Kami berbuka 4 beranak sahaja.
Suami tiada kerana mengiringi jenazah arwah sepupu yang baru meninggal hari ini ke Melaka. Meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada hari pertama Ramadhan setelah setahun lebih bergelut dengan penyakit kanser.


Sebelum berbuka , saya sudah ingatkan anak-anak, berbuka dengan Qaseh Junior dulu dan murtabak. Kemudian solat maghrib.
Selepas solat maghrib baru makan nasi.

Alhamdulillah.
Selesai maghrib anak-anak menjamu selera dengan nasi dan sup daging. Sehingga jam 10 malam ini, mereka tidak meminta apa-apa untuk di makan.


Catatan Ramadhan,
1st Ramadhan , 27Mei2017
Ibu3anak.

Semoga Ramadhan kali ini memberi MAKNA buat kita semua.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...