Khamis, 26 Januari 2017

Home » , » Penghargaan buat insan-insan yang menjadikan aku cekal berQaseh

Penghargaan buat insan-insan yang menjadikan aku cekal berQaseh

Teks : Kakyong Habibah
Picture : edited by Kakyong Habibah






Post ini kakyong dedikasi kan untuk insan-insan yang pernah berada di belakang kakyong, bukan sekadar menyokong dengan kata-kata tetapi juga menyokong dengan bantuan tenaga, masa dan wang ringgit.


1 buat Ayahanda 

Yang berada di kedudukan teratas adalah Almarhum ayahanda Yahya bin Mahmud. *mohon sedekahkan AlFatihah*

Sepanjang kakyong mula bertatih dengan bisnes online sejak awal tahun 2012 dan sehinggalah akhir hayat ayahanda pada Ogos 2013,

Ayahanda lah yang banyak membantu.

✔ edarkan flyers. Samada dari rumah ke rumah. Mahupun hantar ke agen suratkhabar
✔ hantarkan pesanan.pelanggan di sekitar Ipoh
✔ poskan parcel ke pusat poslaju Ipoh. 
✔ teman kan daftar perniagaan di SSM.

Bila dikenangkan kembali, memang banyak yang ayahanda bantu untuk memudahkan urusan bisnes anak sulong nya ni.

Ayahanda tahu anak nya ini perlukan pendapatan untuk meneruskan kelangsungN hidup.

Ayahanda sendiri nampak bagaimana sukarnya kehidupan anaknya ini sejak beberapa tahun tidak bekerja tetap.

Menitis air mata saat menaip catatan ini.

Semoga Allah qasehi ayahanda Kakyong dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Maaf kan kerana anakmu ini tidak memberi kesenangan, bahkan menyusahkan dengan permintaan itu dan ini.

Terima Qaseh ayah.


2 buat adik-adikku 

Buat adik-adik yang pernah membantu, uruskan delivery ke poslaju di saat ayahanda tidak dapat menguruskan.

Terima qaseh Naila Yahya, Johan Yahya, Zukri Yahya.



3 buat teman BFF

Jasa kalian Kakyong takkan lupa. Kalian umpama cahaya bintang, jauh untuk dicapai tapi cahaya nya kelihatan cantik berkelip-kelip.

Bukan sekadar ukhuwah yang dihulur, 
Bukan sekadar sokongan moral
Tetapi sumbangan modal yang bukan sedikit
Doa yang tidak putus
Serta sokongan menjadi pelanggan setia ku.

Subhanallah. Alhamdulillah. Masya Allah.

Terima Qaseh Allah atas ukhuwah yang sangat indah ini.


4 buat leader Tn Syahril & CikPuan Siti Sarimah

Mereka ini insan-insan yang tidak pernah merasa lelah memberi semangat dan keyakinan untuk Kakyong terus melangkah dan bergerak ke depan dengan bisnes Qaseh.

Terima Qaseh kerana sentiasa tunjukkan jalan. Sentiasa memberi panduan. Sentiasa ajak pergi kelas. Sentiasa tenangkan jiwa ku saat kakyong terasa "Stuck" dan "down".

Bisnes berjemaah ini, kita perlu sentiasa rapat dan dekat dengan leader.

Jangan cari leader saat kita down sahaja. 
Tapi sentiasa dekat dengan leader dengan berkongsi idea dan dapatkan tips dan ilmu baru. Perbincangan 2 hala tu sangat penting.

Jangan bermusuh dan bersangka yang tidak-tidak dengan leader. Hargai Leader kita.

Kakyong masih lagi follow leader pertama Kakyong dalam Qaseh iaitu Puan Zalina Zulkapli. Walau tidak lagi di coaching secara direct tetapi tetap intai dan follow wall FB beliau. Sebab ia satu cara untuk terus konsisten bersemangat dalam bisnes.


5 buat encik suami Sharul Ainal 

Memang pada awal penglibatan dengan bisnes, suami tidak begitu menyokong.

Laptop dan telefon pernah di sorok kerana salah faham.

Tak kuasa lah macik ni nak menggatal dalam FB ke apa.
Niat Kakyong hanya mahu kehidupan yang lebih baik. Mahu ada pendapatan sendiri. 

Pernah suatu masa suami langsung tak mahu membantu poskan barang.  Bukan sehari tapi hampir 2 tahun.
Kakyong bukan orangnya yang mengalah bila tidak dibantu.

Bahkan ia jadi pendorong untuk kakyong jadi lebih berdikari. Berjalan kaki dari rumah ke pejabat pos berdekatan , pergi balik hampir 4km, pun Kakyong pernah buat.

Alhamdulillah, sejak setahun lalu suami sudah memberi laluan.
Kakyong dapat bergerak jauh hingga jejakkan kaki ke HQ Ana Edar dan dapat ke kelas dan program team. 

Terima Qaseh.

Niat isterimu ini bukan hanya mahu mencari sesuap nasi lagi, tetapi mahu membantu rakaniaga untuk sama-sama berkongsi memberi manafaat dan menjana pendapatan.

Suri rumah perlu ada pendapatan.
Perlu ada tabungan sendiri. Perlu ada persediaan untuk masa depan. 
Zaman sekarang ni tak boleh berharap pada pendapatan suami sahaja.


6 buat anak-anak

Alhamdulillah. Terima Qaseh anak-anak kerana sanggup ditinggalkan , berdikari menjaga sesama sendiri , masak sendiri, saat ibu perlu ke kelas tanpa membawa anak-anak.

Terima Qaseh kerana sentiasa memahami kerja ibu dan membantu ringankan kerja-kerja ibu di rumah. 

Ibu takkan mampu jika anak-anak tak bersedia untuk belajar berdikari dan berkorban.

Insya Allah, ibu takkan sia-sia kan pengorbanan anak-anak.

Terima Qaseh kerana membantu ibu serba sedikit dengan urusan bisnes. 

✔ tolong buka parcel dan kira stok yang baru sampai
✔ tolong susun Qaseh di rak
✔ tolong ibu siapkan order rakaniaga, ibu hanya sebut sahaja produk apa, anak-anak tolong masukkan dalam plastik
✔ tolong layan dan meraikan rakaniaga dan customer yang datang mengambil stok Qaseh di rumah.


Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat.

Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kecil ini. Kita bukan mahu menjadi kaya tetapi kita mahu mencari makna hidup.



Salam Qaseh
Kakyong Habibah
26 Jan 2017










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...