Khamis, 26 Januari 2017

Penghargaan buat insan-insan yang menjadikan aku cekal berQaseh

Teks : Kakyong Habibah
Picture : edited by Kakyong Habibah






Post ini kakyong dedikasi kan untuk insan-insan yang pernah berada di belakang kakyong, bukan sekadar menyokong dengan kata-kata tetapi juga menyokong dengan bantuan tenaga, masa dan wang ringgit.


1 buat Ayahanda 

Yang berada di kedudukan teratas adalah Almarhum ayahanda Yahya bin Mahmud. *mohon sedekahkan AlFatihah*

Sepanjang kakyong mula bertatih dengan bisnes online sejak awal tahun 2012 dan sehinggalah akhir hayat ayahanda pada Ogos 2013,

Ayahanda lah yang banyak membantu.

✔ edarkan flyers. Samada dari rumah ke rumah. Mahupun hantar ke agen suratkhabar
✔ hantarkan pesanan.pelanggan di sekitar Ipoh
✔ poskan parcel ke pusat poslaju Ipoh. 
✔ teman kan daftar perniagaan di SSM.

Bila dikenangkan kembali, memang banyak yang ayahanda bantu untuk memudahkan urusan bisnes anak sulong nya ni.

Ayahanda tahu anak nya ini perlukan pendapatan untuk meneruskan kelangsungN hidup.

Ayahanda sendiri nampak bagaimana sukarnya kehidupan anaknya ini sejak beberapa tahun tidak bekerja tetap.

Menitis air mata saat menaip catatan ini.

Semoga Allah qasehi ayahanda Kakyong dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Maaf kan kerana anakmu ini tidak memberi kesenangan, bahkan menyusahkan dengan permintaan itu dan ini.

Terima Qaseh ayah.


2 buat adik-adikku 

Buat adik-adik yang pernah membantu, uruskan delivery ke poslaju di saat ayahanda tidak dapat menguruskan.

Terima qaseh Naila Yahya, Johan Yahya, Zukri Yahya.



3 buat teman BFF

Jasa kalian Kakyong takkan lupa. Kalian umpama cahaya bintang, jauh untuk dicapai tapi cahaya nya kelihatan cantik berkelip-kelip.

Bukan sekadar ukhuwah yang dihulur, 
Bukan sekadar sokongan moral
Tetapi sumbangan modal yang bukan sedikit
Doa yang tidak putus
Serta sokongan menjadi pelanggan setia ku.

Subhanallah. Alhamdulillah. Masya Allah.

Terima Qaseh Allah atas ukhuwah yang sangat indah ini.


4 buat leader Tn Syahril & CikPuan Siti Sarimah

Mereka ini insan-insan yang tidak pernah merasa lelah memberi semangat dan keyakinan untuk Kakyong terus melangkah dan bergerak ke depan dengan bisnes Qaseh.

Terima Qaseh kerana sentiasa tunjukkan jalan. Sentiasa memberi panduan. Sentiasa ajak pergi kelas. Sentiasa tenangkan jiwa ku saat kakyong terasa "Stuck" dan "down".

Bisnes berjemaah ini, kita perlu sentiasa rapat dan dekat dengan leader.

Jangan cari leader saat kita down sahaja. 
Tapi sentiasa dekat dengan leader dengan berkongsi idea dan dapatkan tips dan ilmu baru. Perbincangan 2 hala tu sangat penting.

Jangan bermusuh dan bersangka yang tidak-tidak dengan leader. Hargai Leader kita.

Kakyong masih lagi follow leader pertama Kakyong dalam Qaseh iaitu Puan Zalina Zulkapli. Walau tidak lagi di coaching secara direct tetapi tetap intai dan follow wall FB beliau. Sebab ia satu cara untuk terus konsisten bersemangat dalam bisnes.


5 buat encik suami Sharul Ainal 

Memang pada awal penglibatan dengan bisnes, suami tidak begitu menyokong.

Laptop dan telefon pernah di sorok kerana salah faham.

Tak kuasa lah macik ni nak menggatal dalam FB ke apa.
Niat Kakyong hanya mahu kehidupan yang lebih baik. Mahu ada pendapatan sendiri. 

Pernah suatu masa suami langsung tak mahu membantu poskan barang.  Bukan sehari tapi hampir 2 tahun.
Kakyong bukan orangnya yang mengalah bila tidak dibantu.

Bahkan ia jadi pendorong untuk kakyong jadi lebih berdikari. Berjalan kaki dari rumah ke pejabat pos berdekatan , pergi balik hampir 4km, pun Kakyong pernah buat.

Alhamdulillah, sejak setahun lalu suami sudah memberi laluan.
Kakyong dapat bergerak jauh hingga jejakkan kaki ke HQ Ana Edar dan dapat ke kelas dan program team. 

Terima Qaseh.

Niat isterimu ini bukan hanya mahu mencari sesuap nasi lagi, tetapi mahu membantu rakaniaga untuk sama-sama berkongsi memberi manafaat dan menjana pendapatan.

Suri rumah perlu ada pendapatan.
Perlu ada tabungan sendiri. Perlu ada persediaan untuk masa depan. 
Zaman sekarang ni tak boleh berharap pada pendapatan suami sahaja.


6 buat anak-anak

Alhamdulillah. Terima Qaseh anak-anak kerana sanggup ditinggalkan , berdikari menjaga sesama sendiri , masak sendiri, saat ibu perlu ke kelas tanpa membawa anak-anak.

Terima Qaseh kerana sentiasa memahami kerja ibu dan membantu ringankan kerja-kerja ibu di rumah. 

Ibu takkan mampu jika anak-anak tak bersedia untuk belajar berdikari dan berkorban.

Insya Allah, ibu takkan sia-sia kan pengorbanan anak-anak.

Terima Qaseh kerana membantu ibu serba sedikit dengan urusan bisnes. 

✔ tolong buka parcel dan kira stok yang baru sampai
✔ tolong susun Qaseh di rak
✔ tolong ibu siapkan order rakaniaga, ibu hanya sebut sahaja produk apa, anak-anak tolong masukkan dalam plastik
✔ tolong layan dan meraikan rakaniaga dan customer yang datang mengambil stok Qaseh di rumah.


Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat.

Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kecil ini. Kita bukan mahu menjadi kaya tetapi kita mahu mencari makna hidup.



Salam Qaseh
Kakyong Habibah
26 Jan 2017










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 23 Januari 2017

10 perkara paling di minati



Text by : Kakyong Habibah
Picture edited by Kakyong Habibah


Salam qaseh sayang,


10 perkara yang paling Acik minati


1. Membaca novel

Ini adalah hobi sejak usia belasan tahun. Antara novelis yang mula Acik kenali pada usia belasan tahun adalah Khadijah Hasim. Boleh kata hampir ke semua novel & cerpen-cerpen beliau sudah saya baca. Nak tahu lanjut kesah Acik dan minat pada Khadijah Hashim, boleh baca lanjut di SINI. 

Semasa di belajar di UUM, Acik beralih kepada novel Inggeris. Memang bila ada masa terluang, memang suka berada di Perpustakaan sorang-sorang, sambil baca novel. Novel yang biasa di baca adalah novel Danielle Steel.

Kemudian berdikit mengenali penulis-penulis yang lain seperti Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Norhayati Berahim dan ramai lagi lah.

Bila usia sudah menganjak 40an ni, lebih gemar pula membaca penulisan Saudara Ramlee Awang Murshid. ☺☺


2. Menjahit Cross-stitch

Ini adalah hobi yang kadang-kala sahaja. kadang buat. lama sekali ditinggalkan dan buat lagi bila ada keinginan memegang jarum

Boleh baca lanjut pasal minat cross-stich Acik di SINI.


3. Home School

Walaupun anak-anak sudah pun memasuki fasa sekolah rendah. Namun minat Acik pada perkembangan anak-anak dan home school belum lagi luntur. Memang seronok bila membaca pelbagai cerita tentang aktiviti yang dibuat bersama anak-anak. 

Masa anak-anak kecil dulu, Acik memang banyak habiskan masa dengan aktiviti homeschool. Boleh baca sedikit perkongsian Acik di SINI.



4. Suka makan

Acik ni memang pantang jumpa makanan best lagi sedap. Makan memang tak hengat. Acik paling suka Laksa. tak kesah lah laksa kuala ke, laksa penang ke, laksa kedah ke, laksa johor ke, laksa ganu ke. Asal namanya Laksa berkuah ikan, memang hadap.



5. membaca buku motivasi dan ilmu

Sejak terjebak dengan dunia bisnes dan usia yang semakin meningkat, memang sentiasa peruntukan ruang masa untuk membaca buku.

Orang dedulu kata Membaca itu jambatan ilmu. Bila tak membaca jambatan ilmu pun boleh runtuh.



Ini adalah timbunan buku yang perlu dihadam semula untuk tahun 2017

Selain membaca, Acik ada juga hadirkan diri ke kelas-kelas usrah dalam taman kejiranan ni. Dah tua-tua ni, sedar diri betapa kerdilnya diri, dengan ilmu yang seciput.




6. Poster editing

Acik sebenarnya dah lama terjebak dengan kerja-kerja editing ni. Sejak awal berblog masa tahun 2009 lagi, ada beberapa aplikasi editing yang acik belajar. contohnya Photoscape dan photoshop.

dan dari situ lah bermula minat dan mengambil upah membuat header dan watermark untuk blogger.

dan sekarang ni terjebak pula dengan editing menggunakan smartphone. Alhamdulillah, dengan ilmu yang sedikit, sudah dapat membantu hampir 40 orang (sepanjang tahun 2016) dengan kemahiran mengedit menggunakan applikasi dalam smartphone sahaja. 

Insya Allah, tahun ini 2017 akan diteruskan lagi. Target tahun ini mahu membantu 200 orang.



7. Suka menonton online

Walaupun sibuk uruskan bisnes dan anak-anak, Acik akan luangkan juga masa untuk menonton. Di rumah Acik tiada TV, jadi kami memang menonton online. Waktu Acik menonton adalah waktu melipat kain baju.  ☺☺💗😍😍

Apa yang selalu Acik tonton ?
rancangan ilmu di TV AlHijrah
drama korea dan  drama penyiasatan → tonton di 123movie
drama Melayu → boleh tonton di SINI



8. mengadap gadget

Semenjak terjebak dengan bisnes, memang tak dapat tidak setiap hari mengadap skrin kecil. Memang terpaksa meletakkan minat yang tinggi sebab untuk perkembangan bisnes kita perlukan komunikasi, samada melalui telegram mahupun whatsapp, selain media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kadang-kadang jadi addicted dengan gadget ni. Memang memakan masa juga untuk memahirkan diri dengan gadget ni, terutama "maintenance". Jangan hanya pandai guna smartphone tapi kena juga tahu nak jaga "kesihatan" smartphone.

Tak salah mngadap gadget asal di guna untuk tujuan yang betul. Bila sudah berbisnes ni, semakin banyak ilmu gadjet dan applikasi online yang acik belajar. 


9. Jalan-jalan makan Angin

Ini adalah aktiviti yang jarang dapat dibuat. Masa zaman muda remaja, jalan-jalan makan angin ni adalah aktiviti wajib. Cuma sejak berkahwin, memang jarang sangat ada peluang jalan-jalan.

INsya Allah, tahun ni Acik nak Aktif kembali berjalan-jalan dan bawa anak-anak sekali. 



10. Tidur

Kerjaya sebagai ibu yang bekerjaya dari rumah, TIDUR ni memang selalu tak cukup. Tapi kalau ada peluang, Acik akan pastikan akan cover @ kadho balik tidur yang tak cukup tu. 

Tahu kan, jika tak cukup tidur, ia boleh memberi kesan kepada otak kita dan juga prestasi harian kita. 
dan tidur juga bagus untuk kekal awet muda tau.



Sebenarnya Acik ada banyak lagi minat. tapi cukup lah 10 ni Acik kongsikan. 
Bila kita ada minat yang hendak dibuat dalam kehidupan harian kita, hidup terasa lebih bermakna dan lebih terisi. Setuju tak ?









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 18 Januari 2017

Jihad mencari duit poket


Teks by Kakyong Habibah
Picture : edited by Kakyong Habibah

Jihad mencari duit poket

Dulu, 6-7 tahun dulu.. masa Acik masih sepenuh masa dok rumah & tak menjana income.
Setiap hari pasti akan ada juga terdetik rungutan dalam hati. Walau tak dizahir dengan kata-kata , tapi rungutan & memendam tu membuat jiwa & emosi tidak tenang.


Biasa kan.. bila kita dok rumah., ngadap kerja rumah. Ngadap ragam anak2 yang masih kecil, memang penat. Dari seawal pagi hinggalah ke lewat malam.

Lebih lagi bila ada anak yang masih dalan proses nak adjust waktu tidur.. 2-3 pagi pun mata nya masih segar bugar.

Tapi yang ibu ni, dah layu dah.. exhausted emosi & fizikal. Walau tak berkerja di pejabat, tapi kesannya sama ja.. tetap letih bila tak cukup rehat, mudah la mood swing, mudah jer hangin ribut.

Tak amik supplemen ke?
 Takde bajet. Bukan tak teringin. 😏😑😐
Nak meniaga pun tak reti masa tu.
Jadi pendam jer lah.




Duta Qaseh Gold , Ustaz Haslin dengan Qaseh Gold New Look 2017 , Teh rerama & Teh Hijau plus Ana Edar

Syukur lah selepas join dropship Edymart.
Dapat berkenalan dengan cikpuan Zalina Bte. Zulkapli , my 1st leader dalan Qaseh & di guide oleh tuan Mohd Syahril , la ni my immediate #LeaderTeamQMN .

Dapat la amalkan suplemen #QasehGold . Tu pun belajar faham berdikit2.
Kemudian susulan dari amal Qaseh, Acik belajar lagi cara menjaga pemakanan & adapt dengan pemakanan alami/semulajadi.


Alhamdulillah.. selepas 4 tahun lebih, jiwa tak memberontak macam dulu dah. Acik insof dah, tak guna merungut bila badan letih. Apa yang penting cari ikhtiar untuk jadi lebih cergas.

Syukur ada income dengan bisnes qaseh.
Selain dapat support diri sendiri untuk amal qaseh, Acik ada juga duit poket untuk beli makanan yang sihat untuk famili.

Alhamdulillah, terima qaseh #AnaEdar

P.s
Buat ibu2 yang sepenuh masa di rumah & takde duit poket sangat, suka Acik nak kabo ni,
Nak sihat & cergas memang kena jihad.
Jihad bisnes. Jihad dapatkan income @ duit poket & jihad menjaga kesihatan tubuh badan ,emosi dan fizikal.
Jangan takut membuat keputusan.
Dari rumah pun boleh berbisnes, asal ada kemahuan.

Adakah anda surirumah yang macam Acik dulu?!
If yes, meh pm tepi jika mahu dibantu.

Jika anda yang membaca post ni, ada kenalan yang seperti acik yang dulu.. tolong sampai2 kan ya.

Hubungi kakyong di WA #0189527725 "berminat bisnes Qaseh"








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...