Sabtu, 17 Disember 2016

Rezeki makan sedap di majlis dan kenduri



Salam Qaseh,

Lama benar blog ini bersawang.. hampir 4 bulan.

Hari ni terasa ingin mencoret sesuatu.

semalam terbaca di status FB seorang sahabat.

HIdup yang sukar & dalam proses bangkit.
ada disebut hanya mampu sediakan menu sardin & maggi untuk hidangan anak-beranak.

Saya sebenar nya bukan lah hidup nya mewah.
Walau pun sudah berniaga online sejak tahun 2012 lagi.

Tahun ini memang sangat teruji.
bila bisnes suami pun suam2 kuku.

jadi sangat bergantung pada bisnes Qaseh Gold & Sutra yang saya usahakan.

Bonus Qaseh saya guna untuk membayar ansuran rumah.
Awal tahun, Jan 2016, ansuran rumah tertunggak 3 bulan.
hingga ke hari ini, saya hanya mampu kekalkan tertunggak 2 bulan sahaja.

untung runcit memang saya guna untuk kehidupan sehari2.
setiap hari saya mesti catu perbelanjaan. hanya rm20 sehari.

jadi.. memang tak dapat lah nak dapat makan yang sedap2.
bekalan yang penting ada di rumah adalah beras, minyak masak & gas. Ini memang bajet wajib.

lauk harian.. telur tu wajib. ikan tu jumpa lah juga sekali sekala.
Ayam, daging, & makanan laut lain.. saya terpaksa ucapkan Wassalamu.. buat masa ini.

setiap hari lunch nasi goreng tu biasa.
jika masak bihun @ keteow pun, hanya kosong dengan sedikit taburan karot & kobis.
Jika ada duit lebih, saya beli lah fishball @ fishcake.

Kadang-kadang suami belikan juga daging ayam. tapi bukan lah setiap bulan.

Ada hari nya memang akan ada adegan 'ibu, kita nak makan apa hari ni.. nasi ajer ke yang ibu masak'

Alhamdulillah, Syukur.
Anak-anak saya bukan jenis perungut.
selalu saya beritahu. Asal kenyang dan dapat makan, itu sudah cukup.
bermakna Allah masih beri kita rezeki.
Bayangkan orang lain hanya makan sehari sekali.
Ada orang hanya makan dapat minum sahaja, nak jamah nasi pun tak mampu.

Syukur lah kita mampu lagi makan nasi.
Walau bukan makan mewah. tapi dapat makan kan..

Hari yang SANGAT anak-anak saya nanti-nanti kan..

adalah bila ada jemputan KENDURI.




pernah sekali ada kenduri dalam taman perumahan, tapi kami tidak kena..

Anak teruna saya menangis.. sebab teringin nak makan sedap. nak makan ayam.




Allah..
saya tidak sedih. hati saya dah keras dah. sudah tiada air mata dah.

Saya hanya pesan pada anak-anak.
Jangan sedih.
Kita memang tak boleh pergi ke majlis yang kita tak diJEMPUT.
Haram hukum nya.

Nasi goreng yang ibu masak ni lebih berkat dan halal.
Walau ia hanya nasi goreng bawang & sedikit sayur.


bukan hanya taman ILMU buat ibu.. tapi Taman Syurga menjamu selera buat anak-anak



Setiap kali ada majlis USRAH di taman..
anak-anak saya pun memang seronok sangat.
dapat makan sedap kan.

hinggakan cuti sekolah ni, mereka tertanya-tanya,
ibu tak ada kelas usrah ke.

Allahu.

Tak pa lah anak-anak.
Cuti sekolah ni kan ada kenduri.


heavan sangat rasanya bila dapat jemputan macam ni


Walaupun anak-anak saya jarang dapat nikmati menu mewah,
di majlis/kenduri saya selalu pastikan & pesan, ambil hanya yang perlu.
Jangan tamak. dan jangan membazir.



Ada hari nya bila saya punya duit lebih, saya belanja juga anak-anak makan di warung.

Walau pun kehidupan seharian saya perlu ikat perut, tapi tidak bermakna kita tak boleh makan luar. hanya belanja roti canai & nasi lemak warung, 3 orang makan tak sampai rm10 pun.

Saya jarang beli untuk diri sendiri, tapi tumpang-tumpang makan yang anak-anak punya.


Begini lah kehidupan survivor.
Menu dan hidangan sedap itu bukan agenda utama.

dan berSyukur lah kerana sentiasa ada rezeki jemputan dan majlis.
Kami menumpang rezeki makan sedap di majlis & kenduri. 😊😂😃

Saya tak pernah merasa SUSAH.
Walau banyak benar keSUKARan yang terpaksa di hadap.

Anak-anak saya , anak-anak yang sihat dan periang.

Saya tak punya tips hebat2 mendidik anak,
saya hanya pesan dan pesan sahaja.

Alhamdulillah, saya berSyukur dengan segala kurniaan yang Allah titipkan buat kami sekeluarga.

Kami memang tiada kereta.
Saya ke hulu ke hilir dengan basikal.

Biar apa orang kata.
Saya usahakan kehidupan saya dengan tulang 4 kerat.
Saya tak minta duit orang.

Saya berniaga untuk survival & sambil2 dengan sedikit kemampuan, mengInfaq juga untuk keperluan umum. Saya pun mahu #tamakpahala.

Walau hidup kami ada kalanya ibaratnya kais pagi untuk makan esok.
Namun saya berSyukur.
dikurniakan hati yang lapang & tidak berkeluh kesah.


nota :
saya menulis bukan meminta simpati.
hanya ingin meluahkan bahawa, bagaimana sukar sekalipun masalah,
pasti ada jalan nya.
Syukuri nikmati apa yang ada.

Kita mahu bangkit, dalaman kita harus kental.
Usah banyak merugut di media sosial.
sebaiknya mengadu lah dengan Allah.
Allah pasti akan cukupkan , walau bukan dengan bermewah.



~ nanti ada masa saya sambungkan lagi..
kesah perjalanan "saya berbisnes & hidup ikat perut.."




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...