Ahad, 18 Januari 2015

Home » » Gagal dalam bisnes online?!

Gagal dalam bisnes online?!


Salam Qaseh & dalam bahagia,

KENAPA RAMAI YG GAGAL DALAM BISNES ONLINE?

Memang impian ramai orang kan

Kerja dari rumah.
Jadi bos sendiri.

Tapi majoriti orang gagal buat bisnes online.
Mungkin anda sendiri pernah cuba dan kecewa.

Malah, ramai orang melemparkan tomahan kepada bisnes online, yang ia penipuan dan indah khabar dari rupa.

Jika dilihat statistik, ya memang benar.

Jumlah orang yang gagal jauh lebih ramai berbanding jumlah orang yang berjaya.

Tapi…

Kalau kita teliti, ia sama sahaja dengan apa saja bidang lain yang manusia ceburi!

Ramai orang yang cuba nak jadi agen takaful GAGAL.
Ramai orang yang cuba nak kuruskan badan GAGAL.
Ramai orang yang cuba nak bermain gitar GAGAL.
Ramai orang yang cuba nak jadi agen hartanah GAGAL.

Jadi..

Walaupun memang benar ramai orang gagal dalam bisnes online…

Tapi ia juga benar kepada apa saja bidang lain yang kita ceburi.

Anda tak adil pada diri, jika anda hanya tengok pada majoriti orang yang gagal.

Lebih elok kita teliti, apa yang menyebabkan orang gagal itu gagal…

… dan apa yang menyebabkan orang yang berjaya itu berjaya.

Apakah yang mereka buat? Bagaimana mereka buat?

Seperti kita mula-mula belajar memandu kereta dengan lesen L dulu, kita dilatih oleh instructor untuk memandu.

Ia mengambil masa berminggu, malah berbulan!

Orang yang gagal, sebenarnya bukan gagal. Tapi mereka putus asa.

Orang yang berjaya pula, tidak putus asa. Mereka teruskan dengan latihan dan pembelajaran mereka sampai habis.

Anda habiskan pembelajaran kereta anda, dan anda praktikkan membawa kereta setiap hari.

Maka hari ini ada berjaya memandu kereta.

Malah kebanyakan orang boleh memandu kereta tanpa berfikir. Ia sudah menjadi mudah.

Begitu juga dengan bisnes online.

Jika anda tidak putus asa, dan teruskan latihan anda, lama kelamaan, ia juga akan menjadi mudah.

Jika anda berminat untuk memulakan bisnes online dari rumah, dan menggantikan kerjaya anda yang membosankan sekarang… anda memerlukan latihan.

Credit : Tuan Mohd Syahril, Leader QMN , Jemaah Qaseh


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...