Isnin, 18 Mei 2015

Tips mengamalkan Qaseh Gold










Tips dalam mengamalkan Qaseh Gold :

1. Kandungan nya Dari formulasi pemakanan sunnah dan herba terpilih. Anda tdk perlu risau status halalan toyiban,. Namun sila teliti kandungan ramuan, mana lah tau anda ada alahan.

2. Amalkan selama 3-4 bulan, untuk mberi peluang Qaseh serasi dgn tubuh. Manafaat Qaseh akan dapat dirasai bila tubuh telah serasi.

3. Amalkan mengikut sukatan dan aturan yg disyorkan, baru lah nampak hasilanya. Sila rujuk dengan Rania yng mjual Qaseh kpd Anda sekiranya Anda tidak pasti dengan aturan pemakanan yg betul.

4. Istiqamah . mengambil Qaseh dengan aturan yg betul, pagi & malam dan tidak skip., Disertai dengan pengambilan air yg cukup.

5. Tawakkal & berniat yg baik².. Sebelum ambil Qaseh, baca Bismillah dan selawat.


Sihat itu jihad. 


Qaseh gold ✴ Mudah ✴ Murah ✴ Mujarab ✴


info lanjut,
boleh pm page kami http://on.fb.me/OsJSWs
atau WA/Telegram 012-5924741 kakyong habibah



‪#‎sihatGayaQasehGold‬ 
‪#‎SayaJual‬ ‪#‎JusQaseh‬ ‪#‎ProdukAnaEdar‬ ‪#‎produkMuslim‬ ‪#‎QasehGold‬ ‪#‎bazarpaknil‬

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 12 Mei 2015

Peluang sebagai rakan niaga Qaseh







salam Qaseh


Peluang sebagai #rakaniagaQaseh #rakandropshipQaseh #parttimebisnes #surirumahbergaji

Kami mempelawa suri rumah mahupun ibu2 yang bekerja, untuk bersama kami dalam memperkanalkan produk kesihatan Qaseh gold.

Anda boleh bermula sebagai rakan dropshi, di mana konsepnya anda hanya promote produk tanpa perlu menyimpan produk di tangan. Kami akan uruskan penghantaran produk ke customer, anda hanya membuat kerja2 pemasaran.

Jika anda tiada masalah modal, anda boleh menyertai kami sebagai rakaniaga @ Rania. Modal permulaan sebagai rania hanya serendah RM680 , atau anda juga boleh memilih pakej RM720.

Dalam jemaah kami, kami ada sistem support di gruop FB & group whatsapp.  Kami akan latih & memberi tunjuk ajar serta panduan dalam pemasaran & jualan. Insya Allah, anda tidak keseorangan dalam bisnes ini.

Jom buat bisnes Qaseh & #sihatgayaQasehGold


Info lanjut hubungi 
012-5924741 Kakyong habibah
WhatsApp/telegram 



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 9 Mei 2015

Jus kesihatan untuk usia 40an



Salam Qaseh,


Bila usia menjangkau 40an, memang ada sahaja yang tak kena. Kita mudah letih, kecergasan sudah tidak seperti usia muda. Mata yang terang juga semakin kelabu, bahkan yang bercermin mata perlu pula bertukar ke kanta bifokal.

Wajah yang dulu berseri mulus pun sudah mula kusam. Yer lah bila dah selalu letih, ditambah dengan tekanan (stress), tak kiralah di tempat kerja mahupun di rumah, ini semua penyumbang kepada keceriaan diri kita. 

Tekanan (stress) usah dibiarkan berleluasa. dari stress boleh jadi penyumbang kepada masalah lain @ penyaki seperti Strok, Insomnia (susah tidur), kencing manis, gastrik dan ulser, boleh jadi juga asthma, darah tinggi mahupun sakit sendiri.



Kesihatan di usia menjelang 40
=========================

Ramai selalu sibuk dengan urusan pekerjaan, membesarkan anak sehingga lupa menjaga kesihatan sendiri . Sedar2 usia dah cecah 40an..he he...bak kata pepatah "life began than 40"

Empat puluh adalah waktu yang tepat untuk mengambil nafas dalam, meskipun Anda mempunyai banyak hal di luar sana, lakukan sedikit saja peruntukan untuk kesihatan tetapi yg penting konsisten..

Berikut 8 langkah tetap sehat ketika usia memasuki 40 tahun.

1. Perhatikan kesehatan mata Anda
Pada usia 40, penglihatan mulai berkurang sehingga Anda harus periksa mata Anda. "Awas ya! Jangan salah baca lebel ubat yg doktor beri . He he...

2. Kenali angka-angka Anda
Usia 40 tahun adalah waktu yang tepat untuk periksa kembali tekanan darah Anda, level kolesterol, gula darah dan berat tubuh. "Orang perlu tahu level kolesterol mereka dan jika belum pernah buat pemeriksaan kesihatan sebelum 40 tahun, sekaranglah masanya.

3. Ketahui sejarah keluarga
Selama lima dekad, inilah saat yang tepat bagi Anda untuk melihat dan mengetahui sejarah genetik keluarga Anda yang meningkatkan risiko atas penyakit tertentu seperti kanser atau penyakit jantung.

4. Perhatikan Otot Anda
Apabila memasuki usia 40 tahun, kita kehilangan satu persent massa tubuh kita per tahun. Bertambahnya usia beerti kita kurang fleksibel. Kerana itu, disarankan untuk melakukan yoga atau senaman yang membantu meningkatkan fleksibiliti, keseimbangan dan pergerakan badan.

5. Fiber sahabat Anda
Kerena metabolisme tubuh Anda mula meyusut di usia 40-an maka ambillah lebih sedikit kalori bagi meningkatkan kesehatan. Mineral yg cukup juga sangat penting. Namun Anda harus tetap memastikan cukup fiber dan cairan.

6. Perhatikan gambaran besar gaya hidup Anda
Dr. Elizabeth Jackson, asistant profesor di University of Michigan menekankan perbezaan antara gaya hidup sihat umum biasa dilihat dari pencegahan penyakit jantung dan stroke. Melakukan kegiatan fisik rutin, boleh menurunkan kadar stres, mengambil makanan kaya buah dan sayuran "membantu sistem peredaran darah kita sihat."

7. Berhenti merokok
Usia 40 tahun seharusnya saat yang baik untuk pemeriksaan kesehatan para perokok. "Saatnya lebih serius dan berhenti merokok," Meskipun berhenti merokok tidak mudah, tetapi hal tersebut boleh mencegah penyakit kritikal.

8. Cek Tiroid
Orang yang merasa lelah, bertambah berat badannya, rambut mula gugur dan kulit kehilangan kesegaran, ada baiknya memeriksa tiroidnya. Pengecekan kelenjar di leher ini membantu mengontrol level energi dan mengatur hormon. "Empat puluh tahun adalah saat ketika penyakit tiroid menunjukkan wajahnya," ungkap Fryhofer.

‪#‎QasehPremier‬ & ‪#‎Mineralsole‬ rakan karib anda . Mulakan lah langkah pencegahan seawal waktu .
‪#‎SihatgayaQaseh‬ ‪#‎Sihatsebelumsakit‬





Memperkenalkan Qaseh Gold Premier jus kesihatan untuk usia 40an dan ke atas


Masih Mengekalkan MAKANAN SUNNAH,
✔ Kurma
✔ Madu
✔ Buah Tiin
✔ Habatus sauda
✔Minyak Zaitun
✔ Zhafran
✔ Gam arab
✔ Delima
✔ Ginkgo

Dengan Tambahan Ramuan Terpilih,
✔ Goji Beri
✔ Ekstrak Kranberi
✔ Ekstrak Roselle
✔ Kidney White Bean
✔ Minyak Biji Anggur (Oil Grape Seed)
✔ Kalsium Ikan


untuk pertanyaan/pesanan,
Hubungi 012-5924741






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 2 April 2015

Sudahkah anda menukar garam di dapur anda?







BerTukarlah kepada kristal Garam mineral @ Garam masakan Ana Edar. .


Beza kristal garam mineral & garam biasa (NaCl)
.
Kristal garam mineral mengandungi kesemua zat mineral & elemen surih yg diperlukan oleh tubuh (Dr Barbara Hendel & PeterFerriera , Water Salt - Essence of Life, m/s 99)
.
Garam biasa (NaCl) adalah garam proses di mana zat² mineral mikro & makro telah dinyahkan sebagai kotoran. Ia langsung tiada persamaan dgn garam asli. Yang tinggal hanyalah Natrium Klorida (NaCl). (Dr Barbara Hendel & PeterFerriera , Water Salt - Essence of Life, m/s 109)
.
Kebaikan Kristal garam mineral :
1. 100% tulen & semulajadi.
2. Melazatkan makanan & masakan.
3. Masakan tidak perlu ditambah MSG.
4. Makanan lebih lengkap berzat.
5. Jangkahayat makanan lebih lama tanpa pengawet.
6. Makanan lambat basi.
7. Meningkatkan penyerapan nutrein ke dalam tubuh.
8. Mengandungi 84 mineral.


tahukah anda, pengambilan garam biasa (NaCl) secara berlebihan menjadi racun kepada tubuh kita.

"Garam biasa (NaCl) adalah racun diperingkat selular yang agresif yang menambah beban kepada organ perkumuhan kita (Dr Barbara Hendel & PeterFerriera , Water Salt - Essence of Life, m/s 110)

.
Petikan Dari buku Persatuan Pengguna Pulai Pinang (CAP), menyatakan garam biasa adalah :
1. Pembunuh yang tersembunyi dalam makanan
2. Japan segera kepada penyakit
3. Racun yang diproses
4. Musuh di dapur

NaCl penyebab kepada penyakit :
1. Darah tinggi
2. Ghout
3. Strok
4. serangan jantung
5. Kencing manis
6. Alzheimer
7. Kerosakan ginjal
8. Barah usus
9. Arthritis
10. Batu karang
11. Migraine
12. Obesiti

Kenapa perlu bertukar kepada Garam masak Ana Edar.
1. Ia adalah garam Kristal molekul nya dlm bentuk ionik yang mudah diserap oleh tubuh.
2. Ia diproses tanpa melalui pelunturan.
3. Ia semulajadi dari pergunungan Himalaya, kawasan yang tertutup dan jauh Dari pencemaran.
4. Ia mengandung 84 mineral makro & mikro yang diperlukan tubuh untuk kesihatan tubuh. 
Terbukti melalui ujian klinikal.


Untuk pesanan :
012-5924741 SMS/WhatsApp Kakyong Habibah


#GaramKristal #garamMasakAna #84mineral


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 19 Mac 2015

Usah biarkan bonda menangis

Salam Qaseh,


Secebis kisah kehidupan..


Makcik ini telah kehilangan suami beberapa tahun lalu. Jiran acik. Baik & rapat dengan Makbonda acik. Hidup nya bergantung dengan Wang pencen arwah suami. 


Berbeza nya, Makbonda kami, anak² sentiasa ada saat Mak perlukan bantuan kami. 


makcik ini , anak ada 2 orang.

sejak bulan lepas, anak2 nya tinggalkan macik ni sorang2..

pada acik & makbonda acik lah dia mengadu.

kadang2 tak termampu juga acik.. mendengar rintihan hati nya..

"kenapa anak2 tinggalkan makcik..
kalau tak suka makcik, cakap lah
jangan lah buat makcik macam ni "

"Awat depa sanggup buat kat makcik macam ni..
Makcik tepon depa tak jawab..
depa kata nak balik, makcik tunggu, tapi depa tak balik.."

"makcik takdak sapa2 kat perak ni..
makcik ada Bibah ja.. bibah anak angkat makcik
makcik takdak sapa nak mengadu.. "

dan banyak lagi lah rintihan nya..

tak daya nak dengar.

acik pun pun kadang2 dok ulang2 skrip yang sama jer..

"makcik, usah lah menangis lagi..
makcik doa ja banyak2..
doa ibu ni tak dak hijab makcik
makcik doa kan sahaja yang baik2..
supaya anak2 makcik ingat makcik
supaya anak2 makcik jaga hati makcik
supaya anak2 makcik balik jenguk makcik "


Acik pun lupa, rupanya sudah 2 bulan juga makcik ni tumpang bermalam di rumah kami..
anak2 acik pun dah beberapa kali tidur di rumah makcik, teman kan makcik tidur di hari cuti.

Anak2 acik memang suka jer.. budak2.. memang suka lah, dapat opah baru..


rumah yang tersergam besar dan indah, belum tentu ia ada "bahagia"..

seingat acik, semasa arwah suami makcik ni masih ada.. makcik ni memang happy orang nya.. masa tu anak2 acik masih baby2 lagi.. selalu lah macik ni hadiah kan barang2.. memang pemurah orang nya..

setahun selepas kematian suami, makcik ni balik kampung.. dengar nya berubat..
baru sahaja setahun kebelakangan ni tinggal semula di Ipoh..

Awal tahun ni ada juga bberapa kali acik terserempak makcik ni dengan anak nya di kedai, kadang2 di pasar.. mereka "nampak bahagia"..

rupanya,... nampak bahagia rupanya belum tentu bahagia.. kita tak tahu pelbagai masalah & kemelut yang orang lain hadapi..


Acik pun sebenarnya tak mahu campur hal rumahtangga orang.. tapi acik terjebak sudah..


memang kesian dan simpati dengan makcik ni..
kadang2 acik habis kata2 nak memujuk..
akhirnya acik yang menangis sama..


buat semua yang membaca catatan yang tidak seberapa ini..
yang masih ada bonda, ada ayahanda , jagalah baik2..
jaga hati nya, penuhi keperluan nya, penuhi keinginan nya..
usah lah dilukai hatinya..
jika tak mampu membantu dengan wang ringggit, usahlah disakiti hatinya dengan kata2 yang tidak elok..

mohon doa kan semoga anak2 makcik ni mahu kembali dan jaga bonda mereka kembali..

Acik bersyukur..
kerana Allah beri ruang untuk acik berbakti..
walau tidak dengan wang ringgit..
ini sahaja lah yang acik termampu..

kadang2 terfikir juga, entah bagaimana lah nasib acik di hari tua.. *sempat kah tua *


Sentiasa lah berdoa semoga anak2 kita menjadi anak2 soleh solehah , yang sentiasa membahagiakan kita sehingga ke akhir hayat.. sentiasa lah doakan yang baik2 untuk anak2.. semoga di masa tua, kita tidak menangis ditinggalkan anak2..








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 15 Februari 2015

Takziah Shahrizal Jaszle


Salam takziah buat Shahrizal Jaszle sekeluarga, di atas pemergian ayahanda yg di Qasehi.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang soleh & beriman .

Bertabah dan redho lah.

Sentiasa titipkan DOA buat ayahanda. Semoga tenang & berbahagia dia di Sana.



P.s
Acik pun tiba² Jadi rindu bangat dgn arwah ayahanda acik. AlFatihah.
Sesungguh nya kita juga akan menyusul. 

Berusahalah untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Semoga sama² dapat berkumpul di 
Jannah.



Pic Dari Instagram Shahida jaszle.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 13 Februari 2015

Kehilangan besar tiada galang ganti

Salam Qaseh,

Malam tadi adalah malam yg sangat sayu, sedih dan pilu.
Walau tidak penah bersua TGNA, namun kehilangan Tok Guru amat dirasai.

Semoga TGNA ditempatkan bersama para,solihin dan siddikin.

AlFatihah

Sumber:
Perkongsian Dari grup whatsapp

Pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sama tarikh dengan tokoh AsSyahid Hassan Al Banna, pada 12 Feb 1949. Alfatihah.

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.
_ _ _ _ _ _


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 22 Januari 2015

Qaseh Gold Junior untuk sistem imun si manja

Salam Qaseh,

Anak² acik sudah makan & amalkan Qaseh Junior sejak ia mila dilancarkan pada Jun 2013.

Alhamdulillah, anak² tampak lebih cerdas , cergas & jarang jatuh sakit demam. Bukan lah tidak pernah demam langsung, cuma tidak kerap & tidak melarat lama.

Jadi, acik kongsikan buat ibu² & bapak² yang masih tercari² supplement untuk anak².

Harus diingatkan, bila anak² sudah ambil Qaseh Junior, penjagaan pemakanan harian anak² tetap harus dititikberatkan.

Apakah itu Qaseh Gold Junior ?

Qaseh Gold Junior adalah pemakanan kesihatan yang berasaskan pemakanan Sunnah dan diperkayakan lagi dengan kehebatan BADAM, BAYAM & KISMIS. Ia bercirikan anti oksidan dan anti bakteria yang antara lain membantu tumbesaran, menguatkan sistem imun, meningkatkan tenaga & kecerdasan si manja anda.

Anak yang bagaimana perlu makan Qaseh Gold Junior?
1-yang memilih/tiada selera makan
2-yang kerap/sedang jatuh sakit
3-yang sukar makan ubat
4-yang suka makan makanan segera/makanan rapu
5-yang tidak suka makan sayur
6-yang sedang mengalami alahan/batuk/selesema/kahak
7-yang ingin kekal sihat, cergas dan cerdas!

Sesuai dari 1 tahun - 12 tahun.

Qaseh Gold Junior - pemakanan kesihatan berasaskan pemakanan Sunnah yang bertaraf Halalan Thoyyiban (Halal Lagi Baik). Sebagai Muslim yang sejati, pemakanan halal lagi baik adalah panduan amat baik untuk kita amalkan setiap hari untuk mendapat keberkatan daripada rezeki yang Allah kurniakan dan mendapat kesihatan terbaik. Insya-Allah.

#QasehGoldJunior #QasehGold #BisnesQasehGold #bisnesonline #kerjadarirumah #WAHM #KakyongShoppe

Untuk.pesanan : WhatsApp 012-5924741


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rakan dropship @ bisnes partner Qaseh Gold

Salam Qaseh,

Mengapa semakin ramai yg menceburi biz Qaseh Gold bersama kami:

1. Qaseh Gold bukan sekadar Produk semata2, malahan ia sbg pelaburan bijak utk kunci kesihatan dan peluang utk menambah nilai kehidupan dari aspek kesihatan mahupun ekonomi

2. Bisnes yg terbukti amat mudah dan berkesan. Anda juga akn dibimbing dgn kaedah NLP dlm sales coaching dan product workshop

3. Tak perlu buat loan, mulakan dgn kecil namun keuntungan tinggi setiap bulan

Kejayaan Anda, Komitmen Kami!

Info lanjut, WhatsApp 012-5924741 Kakyong habibah


#QasehGold #bisnesQasehGold #jemaahQaseh #kerjadarirumah

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 18 Januari 2015

Gagal dalam bisnes online?!


Salam Qaseh & dalam bahagia,

KENAPA RAMAI YG GAGAL DALAM BISNES ONLINE?

Memang impian ramai orang kan

Kerja dari rumah.
Jadi bos sendiri.

Tapi majoriti orang gagal buat bisnes online.
Mungkin anda sendiri pernah cuba dan kecewa.

Malah, ramai orang melemparkan tomahan kepada bisnes online, yang ia penipuan dan indah khabar dari rupa.

Jika dilihat statistik, ya memang benar.

Jumlah orang yang gagal jauh lebih ramai berbanding jumlah orang yang berjaya.

Tapi…

Kalau kita teliti, ia sama sahaja dengan apa saja bidang lain yang manusia ceburi!

Ramai orang yang cuba nak jadi agen takaful GAGAL.
Ramai orang yang cuba nak kuruskan badan GAGAL.
Ramai orang yang cuba nak bermain gitar GAGAL.
Ramai orang yang cuba nak jadi agen hartanah GAGAL.

Jadi..

Walaupun memang benar ramai orang gagal dalam bisnes online…

Tapi ia juga benar kepada apa saja bidang lain yang kita ceburi.

Anda tak adil pada diri, jika anda hanya tengok pada majoriti orang yang gagal.

Lebih elok kita teliti, apa yang menyebabkan orang gagal itu gagal…

… dan apa yang menyebabkan orang yang berjaya itu berjaya.

Apakah yang mereka buat? Bagaimana mereka buat?

Seperti kita mula-mula belajar memandu kereta dengan lesen L dulu, kita dilatih oleh instructor untuk memandu.

Ia mengambil masa berminggu, malah berbulan!

Orang yang gagal, sebenarnya bukan gagal. Tapi mereka putus asa.

Orang yang berjaya pula, tidak putus asa. Mereka teruskan dengan latihan dan pembelajaran mereka sampai habis.

Anda habiskan pembelajaran kereta anda, dan anda praktikkan membawa kereta setiap hari.

Maka hari ini ada berjaya memandu kereta.

Malah kebanyakan orang boleh memandu kereta tanpa berfikir. Ia sudah menjadi mudah.

Begitu juga dengan bisnes online.

Jika anda tidak putus asa, dan teruskan latihan anda, lama kelamaan, ia juga akan menjadi mudah.

Jika anda berminat untuk memulakan bisnes online dari rumah, dan menggantikan kerjaya anda yang membosankan sekarang… anda memerlukan latihan.

Credit : Tuan Mohd Syahril, Leader QMN , Jemaah Qaseh


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 17 Januari 2015

Montage Tabir Zulaikha slot Samarinda tv3


Salam Qaseh,

Buat peminat #Samarindatv3

Jom nantikan drama baru, #TabirZulaikha






Acik #TeamAmmar , lakonan #ShahzJaszle

Yang acik tau, Ammar kahwin dengan Zulaikha.. ☺☺☺

Sinopsis boleh baca kat blog edtv kot..

Acik xde simpan skrip sinopsis.





Yuk, check my IG @kakyonghy




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 10 Januari 2015

Doakan ayahnda Shahrizal Jaszle


Salam Qaseh & selamat berhari minggu,

Mohon doakan kesembuhan ayahda Shahrizal Jaszle.
Ringan2 kan lah, sedekahkan AlFatihah & bacaan Yaasin.
Doakan semoga Shahrizal Dan keluarga sentiasa cekal dan tabah.

Masa acik tengok post ni kali pertama pada 1 Jan 2015.
Terlintas di hati acik, bertuahnya Sharizal, berpeluang menjaga dan merawat ayahnda yang sakit.

Acik tak dapat peluang ni. Masa ayahnda acik, sakit nya mengejut. 30 Aug 2013, adik & Makbonda acik bawa ayahda ke hospital besar Ipoh.  31 Aug 2013, ayahnda telah dipanggil kembali padaNya.

Memang rasanya bagai dihenyak Batu yg Maha berat.. Acik dah bercita² untuk jaga & merawat ayahnda sebaik² sebaik ayahnda keluar dari hospital. Kehilangan tu sangat pahit & sakit. 😭😭😭😭

Siapalah kita untuk menduga aturan Allah. Acik rasa acik tak cukup banyak berbakti pada ayahnda. Acik rasa acik anak yg kurang berbudi.

Terima qaseh pada kawan² & sahabat² yang sentiasa mberi sokongan pada acik.

Walaupun ayahnda telah tiada, acik masih boleh memberi bakti, dengan doa yang tidak pernah putus, sedekahkan AlMulk, disamping membuat kebaikan @ sedekah atas nama ayahnda.

Semoga ayahndaku Yahya Mahmud tenang di sana & ditempatkan bersama para solihin. AlFatihah.

Buat teman & rakan blogger yang masih ada AYAH. Hargai dan berbaktilah seikhlas hati. Usah
berkira mass, tenaga mahupun Wang ringgit dengan orang tua kita.


😹😹😹😹😹

Buat Sofie.Terima qaseh Sofie.
Bila Sofie repost tentang ini.. make me ponder, why i didnt take the same action, earlier. U r truely a soft-hearted person Sofie.. now I know a little bit more about u. ☺ 🌹 🌹💝



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 2 Januari 2015

Bekerja dari rumah : Konsultan Qaseh



Alhamdulillah..
Tahun ke2 bersama bisnes jemaah Qaseh Gold.

Kali ke 2 mencapai target untuk kempen yang dibuat oleh syarikat Ana Edar.

Jalan cerita yang panjang..
penuh berliku..

Penglibatan dengan bisnes Qaseh Gold bermula dengan dropship di Edymart (sekarang dikenali sebagai Edymall) pada bulan Feb 2012.

Mengambil masa yang agak lama juga untuk melajukan langkah sebelum berani bergelar rakaniaga Qaseh. Alkesahnya, bukan mudah juga mengubah status dari stay-at home-mom kepada working-at-home-mom. 

Bermula November 2012, rasmi menjadi rakaniaga Qaseh Gold.


...bersambung... 


Nota :
Buat yang berminat ingin tahu tentang bisnes Qaseh Gold.
boleh hubungi kakyong di talian whatsapp/telegram (no call)
di 012-5924741 

Boleh follow my IG di @kakyonghy











Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...