Isnin, 11 Februari 2013

Home » , , » Mula bisness online - modal kecil juga mampu berkembang pesat

Mula bisness online - modal kecil juga mampu berkembang pesat


Salam bahagia,

[mula bisness - nak untung besar @ untung kecil]

sewaktu kali pertama saya mbuat keputusan untuk mborong produk jualan, modal saya tidak lah besar.. jadi saya borong pun dalam kuantiti yang kecil & saya mborong dari orang tengah (bukan direct dari pbekal asal).. margin yang saya perolehi kecil.. 

margin yang kecil tu lah saya simpan berdikit2.. untung saya hanya guna utk bayar streamyx dan telefon.. dan sesekala saya mbuat ambilan kecil (dalam rm100-200) untuk tambah2 belanja dapur..

sedikit demi sedikit, modal pusingan saya bertambah.. dan saya mdapat peluang untuk mborong dari pembekal asal.. rezeki.. Alhamdulillah..    

dari memborong 2 produk, sekarang dengan 'pertumbuhan' modal pusingan bisness saya, mampu memborong beberapa produk lain.. 


ini 2 produk awal yang saya borong.. harga borong mahal kerana ambil dari orang tengah , margin juga kecil.. 



ramai yang PM/message saya di Facebook, bertanya bagaimana saya "cambahkan" modal pusingan.. saya susah nak bercerita, sebab saya bermula dari 'takde modal'.. dapat duit BR1M 2012, suami beri rm300, saya guna buat modal biz pada phujung jan 2012.. dan pada 30 mar 2012, seorang teman beri saya bantuan modal rm500.. dan di situ lah bermula nya biz saya.. 

saya percaya - jika modal kecil, kita buat biz cara modal kecik.. berjimat cermat dan buat kira2 ikut kemampuan.. memula untung/margin memang kecik, kerana memborong produk dengan kuantiti yang sedikit mana lah nak dapat harga yang murah sangat kan.. tapi kena percaya diri, dan percaya rezeki tu dari Allah..

kena yakin -- berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.. untung yang dapat tu, simpan lah jangan lah digunakan untuk kegunaan sendiri tanpa direkod.

Bisness saya mengambil masa 9 bulan untuk modal pusingan berkembang mjadi +-rm2k.. dan selepas 1 tahun,  modal pusingan saya kini kira-kira +-rm3k.


# ada yang kata tempoh tu sangat lama, tapi untuk saya (ibu yang bekerja dari rumah @ WAHM).. selain uruskan bisness, saya perlu uruskan rumahtangga dan anak2 juga.. kerja2 rumah adalah kerja yang tak pernah habis.. namun pencapaian kecil saya dalam bisness memberi impak yang besar kepada keyakinan diri saya. 

Apa yang boleh saya simpulkan :

1. dalam bisness perlu disiplin.. semua urusan belian dan jualan, perlu direkod.. bila ada data, kita boleh menilai prestasi bisness kita setiap bulan.. dan dari situ kita boleh merangka plan untuk kembangkan bisness  

2. dalam bisness perlu kedekut dan sentiasa buat kira-kira.. 6 bulan pertama, tak perlu fikir untuk "joli-moli" .. simpan untung untuk dijadikan modal pusingan  Thumbs up

3. dalam business perlu sangat bersabar dengan duit.. menahan nafsu.. jangan kerana baru dapat jualan besar sedikit, sudah berangan2 nak membeli sesuatu yang diluar kemampuan.. yer lah.. kalo untung tu hanya boleh beli basikal jer, usahlah berangan nak beli motor @ kereta.. Tut tut  berpada2 lah berbelanja.. 

4. dalam bisness mesti konsisten... konsisten membuat jualan dan pastikan setiap bulan jualan berkembang  (kuantiti jualan bertambah dari sebulan ke sebulan), konsisten membuat pemasaran dan memperkenalkan bisness kita kepada kawan/kenalan mahupun public (komuniti online).

5. untuk memulakan bisness yang kecil - Jangan sesekali berhutang.. bermula lah dengan modal sendiri.. hutang akan buat jiwa rungsing.. Dizzy dan selebihnya anda fikirkan lah sendiri.. 


antara produk jualan saya kini



saya sudah lama tidak memBLOG.. memang mahu sangat berkongsi pelbagai cerita tentang WAHM.. tapi sering tak punya masa untuk membuka dashboard blogger.. saya tidak melupakan dunia blogger.. cuma kekangan masa sahaja..


dan saya ingin maklumkan pada Eyriqazz - saya bukan surirumahtangga.. tapi WAHM (working at home mom)  Smiley wink 





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...