Isnin, 2 April 2012

Home » , , » Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar

Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar




Salam bahagia,


Lama jugak blog ini tidak berupdate.. dan saya pula memang benar-benar tidak berkesempatan untuk menulis dan menjana idea untuk dikongsikan..


Tahun lepas saya kerap juga mendengar tentang perniagaan dropship. Pernah juga membaca ebook tentang konsep biznes dropship ni.. tetapi membaca dan merasai sendiri pengalaman adalah 2 perkara yang berbeza.


Awalnya dulu saya sendiri keliru dan tidak berani nak mencuba.. tapi bila sudah melalui pengalaman sendiri.. maka baru la kini saya faham. Biznes jenis dropship ini memang sesuai lah untuk saya yang tak punya modal dan tak perlu pening kepala nak uruskan stok produk.


Tanpa modal besar dan tanpa simpan stok, masih boleh membuat jualan dan menjana pendapatan.. yang penting kena ABC - action bring cash. 




gambar dari sini



Kelebihan bila membuat bisness dropship :

  • tak perlu modal untuk beli dan simpan stok 
  • tak perlu susah-susah untuk packing dan membuat penghantaran atau ke pejabat pos/poslaju
  • barang akan terus dihantar dari pihak pengedar/pembekal
  • kita hanya tolong promosi, terima pembayaran dari pelanggan dan bayar harga barang kepada pembekal
  • yang pasti lebih kerap kita promo, Insya Allah lebih ramai pembeli, lebih banyak lah komisen yang boleh dikumpul..
  • boleh promo mana2 produk yang anda suka.. & anda rasa boleh jual..


Bila ada kelebihan tentulah ada kekurangannya kan.. contohnya -- tak boleh nak berjanji dengan customer "hari ni bayar, esok saya pos" sebabnya tiap pembekal ade polisi pengantaran masing-masing.. contohnya  48 hingga 72 jam hari bekerja selepas pembayaran diterima.. jadi apa yang perlu kita buat adalah inform customer tentang polisi penghantaran.


Fee dropship??

Fee ini bergantung pada pihak yang membekal perniagaan dropship.. ada yang perlu bayar RM100 untuk seumur hidup, ada juga hanya RM10 setahun... jadi, pilih jer mana yang agen dropship yang ada di pasaran.


sekian.. perkongsian untuk hari ni.. nanti saya sambung lagi... #sekadar berkongsi supaya saya sendiri tidak lupa apa.

..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...