Selasa, 24 April 2012

Apa yang best dengan Hub Usahawan Online Edymart (HUOE) ?




Salam bahagia kawan-kawan,


Sebelum ni saya ada sebut tentang perniagaan dropship dan ade juga saya buat entri tentang HUOE. 


Jadi hari ni saya ingin berkongsi tentang HUOE.. (saya sebenarnya join beberapa dropship.. bukan hanya HUOE) Saya sudah 2 bulan bersama dengan HUOE, masih belum upgrade.. dan Insya Allah akan upgrade dalam tempoh masa terdekat. Nanti akan saya jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'belum upgrade'


Sebelum tu, meh baca dulu apa yang ingin saya kongsikan tentang HUOE.


Apa yang best sangat dengan Hub Usahawan Online Edymart ni...??


Pertama - anda dapat peluang menggunakan kemudahan ruang kedai edycart (ada tempoh trial untuk ahli belum upgrade) dan mempromosikan lebih daripada 20 kategori produk. 20 kategori bukan 20 produk tau,  dalam satu-satu kategori produk tu mungkin ada 5 dan lebih produk. 

Jadi, cuba congak.. 5 x 20 kategori = 100 produk...  ini adalah congakan minima sahaja.. yang pasti memang ada lebih daripada 100 produk yang boleh anda pasarkan di HUOE.




Ini lah rupa kedai online edycart.. jika anda ahli berbayar (sudah upgrade), pelanggan boleh terus shopping dan membuat belian di kedai anda. Macam saya yang belum upgrade ni, hanya saya ajer yang boleh masuk dan membuat pesanan belian untuk pelanggan. 

Namun kelebihan yang ingin saya tunjukkan di sini.. cuba lihat dalam gambar.. ada menu 'Pilih Kategori'.. mudah untuk anda mahupun pelanggan untuk menjelajah kedai edycart anda. Dan anda juga mempunyai pilihan untuk mempromosikan produk yang 'terbaru', 'paling laris', 'popular' dan seterusnya.. semuanya ada di kedai edycart anda.

Untuk ahli yang masih menggunakan ruang kedai percubaan seperti saya ni, masih boleh mempromosikan produk.. memula ajer kena buat kerja lebih sikit.. seperti uploadkan gambar ke laptop & uplaod ke page kedai anda, ke blogshop anda, dan mulakan kerja-kerja promosi anda dan mula menjana pendapatan. 

JIka anda ahli yang sudah upgrade, kerja promosi akan lebih mudah.. boleh terus share kan link product di kedai edycart anda. 





Jika anda benar-benar berdaftarlah di edymart.com. Saya belum boleh menjadi mentor lagi.. tapi jika anda benar berminat, jangan segan-segan untuk bertanya dan mulakan langkah untuk menjadi usahawan mulai hari ini.




Kedua - Peluang anda untuk menjana pendapatan adalah sangat luas.. Belum ada dropshipper yang  tawarkan produk yang sebanyak ini untuk anda pasarkan dan menjana pendapatan.. hanya di HUOE. Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah perkenalkan produk dan promosikan nya.. bahan untuk promosi? 

Jangan risau tentang bahan untuk promosi di HUOE, kami mengamalkan prinsip perkongsian.. kita ada grup perbincangan.. yang pasti jangan segan bertanya jika tidak mahu sesat jalan.. 

Kenapa saya katakan peluang untuk menjana pendapatan sangat luas..? Dalam 1 hari anda boleh promosi dan perkenalkan 10 produk atau lebih (bergantung tahap kerajinan sendiri), dalam 10 produk, pasti ada 1 @ 2 produk yang akan 'sangkut'. Tak berjaya untuk produk A, cuba pula untuk produk B dan seterusnya.. yang pasti -- konsep ABC (Action Bring Cash) yang diterapkan dalam HUOE memang mantap.. Anda buat, anda dapat.. anda dok diam-diam, anda tak dapat apa.. ayat yang last tu ayat saya sendiri..


cukuplah saya kongsikan 2 dulu... selebihnya nanti kita sambung di entri yang lain..






jika lihat dalam gambar di atas ni.. kedai online edycart hanya 1 cabang dari Edymart... sebenarnya peluang anda luas bila anda sertai HUOE.. mungkin anda ada produk yang bagus tetapi belum jumpa platform untuk memasarkannya.. 



..

p/s : buat kawan2 yang sudah mendaftar dengan Edymart & sudah create kedai online edycart, tetapi masih teragak-agak untuk memulakan langkah.. jangan segan2 untuk PM saya.. saya bersedia membantu, cuma harap fahami kadang-kadang saya tidak online, almaklum nama lagi bekerja dari rumah..








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 21 April 2012

Buahtangan dari Denaihati - Khalifah ganti Superman




Salam bahagia,

Sedar tak sedar.. rupanya sudah hampir 1 minggu blog saya ni sepi tanpa entri baru... banyak yang ingin saya bicarakan, namun sering ajer ada hal lain yang akhirnya nak buka dashboard pun tidak.. 

Namun hari ni saya tidak punya alasan untuk tidak update entri.. demi untuk menzahirkan ucapan terima kasih buat Denaihati dan team Denaihati.com.





ALhamdulillah.. saya suka sangat dengan pemberian buku ini... Insya Allah, akan saya 'belajar' dan cedok isi kandungannya semampu yang mungkin.. 


Saya baru membelek sedikit.. belum lagi untuk membaca dengan lebih mendalam.. tetapi saya dapat merasakan buku ini baik untuk motivasi diri saya yang sekarang ini sedang berjinak-jinak dengan perniagaan.. walaupun saya sebenarnya belum betul-betul serius, namun bila buku ini menyebut tentang menjadikan perniagaan itu satu jihad dan 'jiwa khalifah' -- mungkin saya harus review semula matlamat perniagaan saya.. 


dan saya petik kata-kata ini.. 

Telah tiba masanya kita bangkitkan semula jiwa Khalifah dalam kalangan umat, bermula dengan menerajui semula ekonomi. Tiba masanya Melayu-Islam menyumbang bahagian mereka kepada pertambahan nilai ekonomi negara, menuju taraf umat alyadul uliya, iaitu orang yang tangannya di atas (the upper hand), bebas berdikari dan pasti lebih mulia kedudukannya daripada mereka yang tangan di bawah, dependent dan sentiasa meminta-minta  



~ buat kawan-kawan yang juga menerima senaskah buku ini.. jom kita 'study' buku ini dan kongsikan ~

..

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 15 April 2012

Cek dari Exabytes




Salam bahagia kawan-kawan,


peti surat berair... malam sebelumnya hujan.. mujur cek tak basah.. 


Alhamdulillah, sudah sampai cek dari Exabytes... baru 3 minggu UP kan banner exabytes.. payment dah diterima.. terima kasih Exabytes.. 

Hari tu ada rakan blog yang tanya adakah status geli-geli NUff akan bertukor jika letak iklan lain... contoh di blog kakyong ni ade ads banner exabytes dan denaihati.... 





ni status keahlian Nuffnang... masih Glitterati., kerana Exabytes & Denaihati.com bukan lah pesaing untuk Nuffnang.. cuma agak sedih sket sebab setelah 4 bulan, blog ini belum dapat apa-apa BE... sad  Harap2 ada rezeki dari Nuffnang dalam tempoh terdekat..



p/s : kawan2 yang sama2 join Ads exabytes ni baru-baru ni, dah terima ke cek kome...  big grin Tahniah yer..


..











Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 13 April 2012

PRESTASI BLOG KAKYONG[DOT]COM© - MAC 2012




Salam bahagia,


Aduh.. bulan ini masih belum dapat untuk menyahut cabaran sendiri untuk update blog at least 1 entri 1 hari... kesibukan menyebabkan blog ini terbiar sepi lagi... tanpa sempat BW mahupun membuat entri baru... aduhhh, doakan semoga saya diberi kekuatan untuk terus kekalkan aktiviti berblog.


Entri ini pun sepatutnya saya UP kan awal bulan, tapi masih terkial-kial mencari masa untuk menulis..




Ini prestasi blog kakyong.com bulan Mar 2012... antara yang terburuk dalam tempoh 10 bulan.  okay takper.. saya sendiri ketawakan diri sendiri.. saya memang masih tidak mampu untuk membuat 2 kerja dengan cara yang terbaik dalam 1 masa.. apa yang terjadi -- blog ini menjadi 'kos melepas' bila saya fokus dan sibuk dengan kerja lain..


Saya tak perlu nak ulas apa-apa dari angka-angka yang tercatat di atas berbanding dengan angka bulan lepas.. memang semuanya merudum.. purata trafik harian untuk bulan Mar 2012 ada kurang dari 500 UV... alamak...!!!  ada peluang lagi ke untuk berada dalam projek 100 blogger... hmm





Referral pulak... purata harian dalam 62 , bulan lepas purata harian dalam 65 sehari, kira okay lah tu kan... Terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa sudi singgah ke mari... jangan serik ya.. saya akan cuba untuk terus berkongsi info yang bermanafaat.. dan akan cuba BW @ menyumbang trafik ke blog kawan-kawan... tapi jangan lah ada yang kecik hati pulak, jika saya tidak tinggalkan komen seperti dulu-dulu... 







Saya ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang sering singgah dan beramah-mesra di blog saya ni... Terima kasih kawan-kawan..  

dan Top 10 link referral ke blog ini :
  1. esempoi.com
  2. ibualiya.blogspot.com
  3. norhayatiberahim.blogspot.com
  4. puanbee.com
  5. denaihati.com
  6. mialiana.com
  7. broframestone.com
  8. mylifemyprimaryplan.blogspot.com
  9. yanmieonline.com
  10. kongsibersamanora.blogspot.com


Terima kasih semua.. tanpa anda, tak ke mana lah blog kakyong.com ni..



Alexa yang semakin menurun dan terus merudum..



..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 9 April 2012

Tips menggoreng cendawan agar rangup

Salam bahagia,



tak perlu cakap banyak.. kalo nak tahu, sila lah tengok video clip ni...







tepung magik ni antara bahan wajib ada...  klik sini untuk maklumat lanjut


hasilnya..


rangup dan tahan berjam-jam..



saya sudah menggunakan tepung magik.. Alhamdulillah, dulu anak tak suka makan cendawan goreng, sekarang dah suka.. dah macam ayam KFC pula rupanya.. 
..






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 8 April 2012

Hub Usahawan Online 2012




Salam bahagia,


Ini antara program/bisnes dropship yang saya join.. 







Jika berminat ingin/mahu join dropship Edymart... sila lah email atau Pm saya di FB



EdyMart merupakan Hub Usahawan Online yang menyediakan platform untuk usahawan menjalankan perniagaan dengan mudah, menarik dan mampu menjana pendapatan.
Hub ini terdiri daripada pelbagai golongan usahawan seperti pengimport, pengilang, pembekal, pemborong, pengedar, peruncit & pelanggan.
Kemudahan yang disediakan melalui hub ini ialah Latihan Keusahawanan, Khidmat Nasihat, Kedai Online EdyCart, Produk & Perkhidmatan, Import & Export, Pemantauan Berterusan dan Stratergi Pemasaran. Maklumat lanjut KLIK : HUOE




..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 7 April 2012

Alhamdulillah.. lagi rezeki dari blog Denaihati




Salam bahagia,


Aduh.. sekarang ni payah benor nak selitkan masa untuk berblog... kadang-kadang teringat nak update.. tapi bila dah lewat malam sangat, tak daya nak stay up.. 


Entri kali ni pun dari last week lagi nak tulis/taip.. tapi manjang tak sempat.. dan terLUPA jer...  batting eyelashes


Saya minta maaf dengan kawan-kawan sebab sudah lama tak jalan-jalan ke blog kawan-kawan.. dan mungkin kerana itu, banyak cerita terbaru yang saya ketinggalan.. 


Alhamdulillah... kali pertama tersenarai dalam Rakan Paling Mesra bulan Feb 2012 di blog Denaihati  winking  batting eyelashes




ni semua kerana gara-gara support PuanBee untuk contest gadjet impian.. maka saya pun saban hari be'rumahtangga' di blog DH..  bulan Februari jer la saya sempat masuk senarai. Bulan Mar yang lalu memang tak sempat nak kerap beramah-mesra... salute la dengan Kimmie, bang Dadan & Bang Iwan yang semakin menten di carta peramah... happy


 On top of it... ade la lagi rezeki insentif tunai untuk bulan Februari 2012... untuk bulan Mar 2012 yang lalu, tak tahu lah.. jika ada Alhamdulillah, jika takde pun tak per... sebab saya pun kurang aktif berblog sepanjang bulan Mar 2012.. 


  

hehhe... ade jugak kan, Alhamdulillah rezeki.. walaupun di senarai yang tercorot, berbanding di bulan Januari 2012.. Alhamdulillah.. terima kasih semua.. winking

saya masih belum lagi emailkan details kepada Denaihati... asyik lupa jer... 



nota :
Bulan April ni Insya Allah, mencabar diri untuk aktif semula berblog... doakan saya yer kawan-kawan... semoga diberi semangat & kekuatan untuk atur masa sebaik-baiknya antara rumahtangga, anak-anak, business online & blog... 


p/s:
pada kawan-kawan yang ajak join segmen tu, saya minta maaf yer.. bukan tak nak sokong.. cuma tak sempat jer lagi buat masa ni & tak mampu nak beri komitmen... harap difahami yer.. saya pun rindu jugak nak join giveaway & contest macam dulu.. anak-anak pun dah pandai komplen.. "asyik barang orang jer (tiap minggu kurier datang hantar stok untuk jualan), bila nak dapat hadiah pulak.. " hehhe...  


..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 4 April 2012

Program belia : SENYAP #1.1 - My Icon Beanbag Talkshow




Salam bahagia,


Jika anda perasan anda seorang belia.. -- umur antara 15 hingga 40 tahun... meh cepat2 klik pada banner di bawah ni...






Program sembang santai akan diadakan di Presint 4 Putrajaya... maklumat lanjut semua ada dalam banner di bawah ni..







Kalo dekat saya pun teringin nak pergi... hehhe.. walaupun umur saya sudah tahap limitnya jika masih nak dipanggil belia... best -- makan malam di taja oleh McDonald's -- I'm lovin' it... big grin  


Berminat --- cepat isi borang... klik SINI.. cepat sebelum terlambat.. dibuka untuk 200 orang jer, penyertaan ditutup pada 9 April 2012.


nota : 

VYREC -- Viral Youth Resource Center
SENYAP -- Social Enforcement For National Youth Awareness Program




...



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 2 April 2012

Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar




Salam bahagia,


Lama jugak blog ini tidak berupdate.. dan saya pula memang benar-benar tidak berkesempatan untuk menulis dan menjana idea untuk dikongsikan..


Tahun lepas saya kerap juga mendengar tentang perniagaan dropship. Pernah juga membaca ebook tentang konsep biznes dropship ni.. tetapi membaca dan merasai sendiri pengalaman adalah 2 perkara yang berbeza.


Awalnya dulu saya sendiri keliru dan tidak berani nak mencuba.. tapi bila sudah melalui pengalaman sendiri.. maka baru la kini saya faham. Biznes jenis dropship ini memang sesuai lah untuk saya yang tak punya modal dan tak perlu pening kepala nak uruskan stok produk.


Tanpa modal besar dan tanpa simpan stok, masih boleh membuat jualan dan menjana pendapatan.. yang penting kena ABC - action bring cash. 




gambar dari sini



Kelebihan bila membuat bisness dropship :

  • tak perlu modal untuk beli dan simpan stok 
  • tak perlu susah-susah untuk packing dan membuat penghantaran atau ke pejabat pos/poslaju
  • barang akan terus dihantar dari pihak pengedar/pembekal
  • kita hanya tolong promosi, terima pembayaran dari pelanggan dan bayar harga barang kepada pembekal
  • yang pasti lebih kerap kita promo, Insya Allah lebih ramai pembeli, lebih banyak lah komisen yang boleh dikumpul..
  • boleh promo mana2 produk yang anda suka.. & anda rasa boleh jual..


Bila ada kelebihan tentulah ada kekurangannya kan.. contohnya -- tak boleh nak berjanji dengan customer "hari ni bayar, esok saya pos" sebabnya tiap pembekal ade polisi pengantaran masing-masing.. contohnya  48 hingga 72 jam hari bekerja selepas pembayaran diterima.. jadi apa yang perlu kita buat adalah inform customer tentang polisi penghantaran.


Fee dropship??

Fee ini bergantung pada pihak yang membekal perniagaan dropship.. ada yang perlu bayar RM100 untuk seumur hidup, ada juga hanya RM10 setahun... jadi, pilih jer mana yang agen dropship yang ada di pasaran.


sekian.. perkongsian untuk hari ni.. nanti saya sambung lagi... #sekadar berkongsi supaya saya sendiri tidak lupa apa.

..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...