Selasa, 13 Mac 2012

Home » , , » Jatuh cinta dengan VC Sesaat kau datang

Jatuh cinta dengan VC Sesaat kau datang




Salam bahagia,


Betul. Saya memang dah jatuh cinta dengan video klip (VC) ni...

Terlambat betul lah saya ni kan... memula saya ingatkan VC penyanyi dari Indonesia.. sebabnya tiap kali lagu ni kedengaran di TV1, saya hanya mendengar jer.. sambil terus buat kerja.. tak pandang kaca tv pun..








tapi selepas beberapa kali 'dengar', baru terasa nak tengok pulak... rupanya lagu Kak Ram feat Sleeq... 

owhh.. saya memang LIKE sangat-sangat..  suka juga dengan storyline klip video ni..


sajalah jengah-jengah ke carta muzik-muzik.. tak pernah-pernah nak klik ke situ pun... wow, masa saya jengah tu lagu ni berada di tangga ke 3 untuk carta 20 muzik-muzik.


Rasanya, ini lah antara lagu kak Ram yang best dan mengancam (pada saya lah.. orang lain saya tak tahu), sejak kak Ram membuat come-back ni... semoga terus sukses kak Ram.. 


Teringat lagi, masa tu saya masih di sekolah menengah semasa lagu Kak Ram dok HITS... lebih-lebih lagu Kau kunci cintaku di dalam hatimu.


Saya dok perati hero dalam klip video nih.. rasa macam pernah tengok.. owwhh.. rupanya Afiq Muiz, pelakon baru yang baru ni ada berlakon drama Aishiteru, TV9.


..

 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...