Rabu, 28 Mac 2012

Sumbangan untuk Surau Al-Hidayah Kg Orang Asli Landap Sg Siput, Perak



Salam bahagia kawan-kawan..


yang ini saya copypaste dari Fb Shamkamikaze.

Usai membaca, saya merasa amat terharu.. dan sebak. Jadi saya mengajak kawan-kawan untuk sama-sama menginfaq seikhlas nya.. semoga tarbiyah Islam terus berkembang di perkampungan orang Asli tersebut. Dan untuk sukarelawan yang membuat projek sebegini.. semoga diteruskan usaha secara konsisten dan berterusan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++


PERMOHONAN SUMBANGAN MEMBINA TANDAS, BILIK AIR DAN TEMPAT WUDHU SURAU AL-HIDAYAH KOA LANDAP SUNGAI SIPUT, PERAK.

Pengenalan I

KOA Landap merupakan sebuah perkampungan Orang Asli yang didiami lebih kurang 400 orang masyarakat Orang Asli suku Temiar.

Seluruh penduduk kampung ini telah melafazkan syahadah namun kemudahan berkaitan penghayatan Islam adalah amat mendukacitakan.

Walaupun ada yang telah melafazkan syahadah hampir sepuluh tetapi pengetahuan berkaitan Islam adalah amat minima termasuk dalam soal akidah.


Terdapat sebuah surau yg agak dhaif di kampung ini dan surau ini hanya berfungsi jika ada sukarelawan singgah ke kampung tersebut.

Surau yang dibina beberapa tahun dahulu ini tidak mempunyai tempat wudhu, tandas dan bilik air. Sungai yang terletak berhampiran dengan surau dijadikan lokasi berwudhu kepada kumpulan sukarelawan yang singgah.

Selain surau, balai sewang @ balairaya kampung ini juga amat dhaif sifat. Balai sewang yang digunakan sebagai pusat aktiviti penduduk kampung hanya dibina menggunakan bahan bahan hutan seperti batang kayu hutan dan buluh yang dibelah.

Lantainya pula terdiri daripada papan papan terpakai yang juga dhaif sifatnya. Pendek kata, balai sewang yang digunakan itu hanya menunggu masa untuk runtuh sahaja.


Pengenalan II

Kumpulan Volunteers KL adalah sebuah kumpulan kecil anak muda yang berumur lingkungan 18 – 24 tahun yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap pembinaan dan pengukuhan jatidiri muslim berteraskan pendekatan bil hal dan kasih sayang.
Kumpulan yang terdiri daripada kumpulan pelajar pelbagai institusi ini telah menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan remaja bermasalah menerusi pendekatan sukan dan rekreasi dan pendekatan pendekatan yang digunakan akhirnya membawa anak anak muda ini berbakti ke perkampungan Orang Asli.
Kampung Landap telah dikunjungi secara bulanan oleh kelompok anak muda ini dan pelbagai perubahan berkaitan pengamalan Islam telah dapat disaksikan.

Pemerhatian I – Landap I

Program Landap I yang disertai oleh lebih 40 orang anak muda telah dilancarkan pada penghujung bulan Januari 2012.
Kehadiran Volunteers KL amatlah dicurigai oleh penduduk kampung terutamanya golongan warga emas kerana pengalaman lalu membuatkan mereka begitu mencurigai kehadiran orang luar.
Mereka beranggapan kehadiran orang luar hanya akan mendatangkan masalah kepada penduduk kampung seperti mana sebelum sebelum ini.
Anak anak muda ini dengan penuh kegigihan telah mendekati penduduk kampung dengan penuh kasih sayang dengan menjadikan anak anak penduduk kampung sebagai sasaran utama dakwah bil hal.


Anak anak muda ini telah memandikan anak anak penduduk kampung di sungai berhampiran secara beramai ramai dan usaha ini telah menarik perhatian beberapa orang penduduk dewasa untuk datang dan melihat secara dekat apa yang kelompok anak muda ini “bawa” untuk mereka.
Hasil perbincangan berkonsepkan “anak – ayah”, maka wujudlah satu “rasa percaya” di dalam diri golongan dewasa untuk menerima kehadiran anak anak muda ini.
Selain menjadikan anak anak penduduk kampung sebagai sasaran dakwah bil hal, anak anak muda ini juga turut memandikan beberapa orang sakit dan lumpuh yang mendiami kampung tersebut. Hasilnya, sepasang suami isteri warga emas telah disyahadahkan.

Selain itu, anak anak muda Volunteers KL juga telah mendidik warga dewasa kampung ini untuk menutup aurat dengan cara mengagihkan tudung terpakai serta mengajar kaum ibu bagaimana untuk bertudung seperti muslim di bandar.
Penduduk kampung juga telah tidak malu malu lagi untuk membantu anak anak muda ini bergotong royong menyediakan makan tengahari dan makan malam yang kemudiannya di makan secara beramai ramai.




Pemerhatian II – Landap II

Program Landap II yang disertai oleh 49 orang anak muda Volunteers KL telah dilancarkan pada penghujung bulan Februari 2012.
Anak anak muda ini masih menggunakan pendekatan dakwah bil hal dan kasih sayang sebagai medium utama menjiwai kehidupan penduduk kampung.


Penerimaan penduduk kampung amat membanggakan di mana hampir setiap rumah telah hadir untuk turut sama dengan sukarelawan bergotong royong dan beraktiviti di balai sewang.
Hampir 60% kaum ibu yang hadir telah memakai tudung dan ini merupakan suatu kejayaan bagi anak anak muda Volunteers KL.
Volunteers KL juga turut mengagihkan beg sekolah dan kasut sekolah kepada anak anak kampung yang masih bersekolah.
Seorang pemuda kampung telah melafazkan syahadah selepas teruja dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh sukarelawan Volunteers KL terhadap ibunya yang sakit.
Pemerhatian III – Landap III

Program Landap III telah dilancarkan pada penghujung bulan Mac 2012. Seramai 28 orang anak muda Volunteers KL telah mengorbankan cuti semester mereka untuk turut serta dalam program kali ini.
Penduduk kampung telah meminta kesemua sukarelawan yang hadir untuk bermalam di rumah mereka dan mereka amat berbesar hati untuk menjadi “tuan rumah” untuk Landap III.


Ketika Landap I dan Landap II, penduduk kampung lebih banyak memerhati dan membantu tetapi untuk Landap III mereka dengan sendirinya mencadangkan agar mereka yang mengepalai program kerana kasih kepada anak anak muda Volunteers KL yang mereka labelkan sebagai “anak anak kami”.
Hampir kesemua kaum ibu dan pemudi yang hadir telah bertudung serta tiada lagi kaum bapa yang berseluar pendek ketika Landap III.

Penduduk kampung merayu sukarelawan Volunteers KL untuk mengajar mereka tentang Islam kerana mereka mahu menjadi seperti muslim yang mereka tonton di TV.

Anak anak muda Volunteers KL telah mengendalikan kelas bimbingan peribadi kepada keluarga angkat masing masing manakala kelas bimbingan untuk kanak kanak pula dikendalikan di surau yang terdapat di situ.


Kesimpulan

Di atas kesedaran yang tinggi untuk melihat Islam kukuh di kampung ini anak anak muda Volunteers KL telah mengambil keputusan untuk membina tandas, bilik air dan tempat wudhu di surau yang terdapat di kampung ini ketika Program Landap IV yang dijadualkan pada 21 - 22 April 2012 nanti.
Pembinaan ini akan dijalankan secara bergotong royong di antara anak anak muda Volunteers KL bersama sama dengan penduduk kampung. Lokasi telah dikenal pasti dan dana serta sumbangan untuk membeli bahan mentah amatlah diperlukan.

Sehubungan dengan itu, pihak Volunteers KL amat merayu sumbangan daripada pihak anda dan pihak anda dialu alukan untuk menghubungi Sdra Ahmad Muhammad di talian 011 1285 9220 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan apa yang dinyatakan di atas. 

Sila bank in ke A/C Hong Leong Bank 0050 2005 9325 9 Ahmad Suhaimi b Md Aris. Untuk A/C Maybank, sila bank in ke A/C Ahmad Azlee bin Azman 1648 4701 0361. Jazakamullah khairan kathira.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JIka tidak pasti berkaitan hal ini, sila contact no yang berkenaan..

Insya Allah, semoga diberi kesempatan untuk follow up lagi  perkembangan projek ini.


...


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


WW : Menu orang demam




Salam bahagia,


Lama rasanya tak update blog.... kesian blog ni dah bersawang... hari ni tak berapa sihat.. 






kentang lenyek banjir sos cheezy dan roti bijan..



..

 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 26 Mac 2012

Hadiah dari Comel Lote Collection




Salam bahagia,


Ini hadiah yang saya dapat hasil dari giveaway Butik Si Kecil Comel Lote Collection..



 ALhamdulillah.. semua peserta giveaway dapat hadiah ni... "measure me up"





Alhamdulillah.. kedua-dua anak dara saya dapat hadiah baju comel.... masa van poslaju sampai, anak dara berdua ni baru jer mandi tengahari.. apa lagi, terus nak pakai baju baru... layan jer lah. Lepas ni baju tu kena simpan, pakai untuk hari raya nanti yer anak-anak..



Kalo nak tengok apa lagi yang ada di Comel Lote Collection.. jemput-jemput la singgah..



..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 21 Mac 2012

WW : Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab




Salam bahagia,


Saya ada... kome ada???






Jangan jeles...  big grin


Terima kasih Miecyber... 



..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 20 Mac 2012

Hadiah dari The Ladies Photographer




Salam bahagia,


Semalam tak sempat nak update blog.. hari ini pun sama juga.. siang tadi ingatkan boleh luangkan masa sebenatar.. tapi malam juga baru dapat buka blog.


Entri kali ni cuma nak share hadiah yang saya sudah dapat dari kawan blogger hasil dari giveaway dan contest.




INi hadiah dari the ladies photographer.. Terima kasih



Hadiah dah sampai lama.. tapi saya jer yang asyik lupa nak UP kan entri... 

Best kan dapat hadiah printing gambar free.. besor saiz gambar ni... saya pun masih belum framekan lagi...

Insya Allah, sedikit untung dari sales bulan ni nak guna untuk framekan gambar-gambar ni..


Area KL yang mahukan servis photographer.. sila-sila jengah ke blog The Ladies Photographer. 


...

 



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 18 Mac 2012

Share and Win Jubah Hoodie




Salam bahagia,

Jenjalan tengok kenkawan.. ternampak pulak giveaway ni... 




hadiahnya adalah sehelai jubah satin berhud seperti dalam gambar ni... cik/puan penganjur kata boleh pilih saiz dan warna..

Kalo dapat jubah ni memang best : sebab nya kakyong memang takde jubah, apatah lagi jubah yang cantik macam ni.. mesti lah teringin kan... boleh la mengubah sedikit penampilan. Biasanya kakyong ni pakai simple-simple jer, selain baju kurung, hanya suka berblaus @ ber't-shirt' ajer.


Jubah ini bernilai RM80 tanpa manik, RM110 bermanik. Manik dipinggang mengambil masa selama 10jam untuk dijahit. Bayangkan kenapa baju yang manik banyak tue beratus-ratus diaorg jual hahaha



Jika nak join.. sila klik banner ni..





due pada 31 Mar 2012..


kakyong nak ajak :


..



 
 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati





Salam bahagia,


Ini adalah peluang untuk kawan-kawan yang ingin memajukan diri dalam dunia blogging. Pada saya seminar yang akan dibuat ini memang bagus, sudah pasti ada banyak tips dan ilmu baru yang dapat dipelajari.

Kakyong dulu sempat berhosting dan menggunakan wordpress selama 7 bulan..  banyak benor cabaran berhosting ni.. lebih lagi dengan bajet yang nan-ado (masa tu guna free hasil tajaan), pastu ilmu pasal wordpress pun ciput jer... 





Jadi untuk kawan-kawan yang nak upgrade kan diri dan ilmu berblog... boleh le intai-intai seminar Wordpress dari Akademi DenaiHati... Denaihati dah tubuhkan Akademi DenaiHati.???




Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPATHotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH14 – 15 April 2012
MASA9 Pagi – 6 Petang
YURANRM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.

Jadi jika berminat... sila klik SINI laju-laju... 


Kalo kome ade bajet & ade kemahuan untuk memaju & meningkatkan potensi diri dalam dunia berblog ni... jangan lepaskan peluang ni.


..


 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 17 Mac 2012

Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA



Salam,


Mia Liana tag kakyong untuk segmen ni.. 



 

Jom join Geng Kami blogger Malaysia


ni butiran tentang kakyong :
~ berasal dari Perak & menetap juga di Perak


kakyong nak ajak kawan-kawan ni untuk join sama :




..



 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 15 Mac 2012

Blog yang di'tinggal' di beri BE... blog ini bila lagi..




Salam bahagia,


Ada satu blog saya ni memang dah 3 bulan di'TINGGAL'kan... ini blog pertama saya.. tempat saya berkongsi segala rasa dan masa tu memang suka sangat menulis.. walau isunya tidak lah apa-apa sangat pun.. kerana masalah-masalah tertentu, saya tinggalkan blog itu dan buat blog personal yang baru.. 


Namun dah lama kena tinggal pun.. NUffnang masih baik hati sedekah BE untuk blog tu.. meh tengok sini..



tengok -- nampak tak.. semua hasil BE dari blog yang dah tak diUPDATE.. 



Saya ada 3 blog yang bernaung di bawah 1 akaun di Nuffnang... tapi hanya blog Kakyong Ibu 3A ajer yang bertuah untuk tempoh 3 bulan ni... walau nilai yang terhasil kecil ajer.. tapi bersyukur lah kan.. cuma sedih sedikit, blog yang aktif belum dapat apa-apa.. straight face


Apa-apa pun.. Terima Kasih Nuffnang... saya masih menanti BE untuk blog INI.  tak sudi ke Nuffnang sedekah 1 BE untuk blog ni.... winking



Ini trafik sebulan yang lalu... okay jugak lah kan.. hampir 3K trafik untuk 1 bulan bagi blog yang langsung tidak diupdate selama 3 bulan. 1 hari UV dalam 80-90 gitu.. 





Mungkin kerana bintang-bintang yang penuh untuk blog Kakyong Ibu 3A.. maka ia menjadi pilihan Nuffnang.. 

Jangan tanya saya camana nak bagi bintang-bintang tu penuh.. sebab saya sendiri pun memang tak ketahuan.


Ada pulak keyword 'artis mengandung' yang singgah... hahaha... nak tahu gambar artis mana tu.. kena jengah n3 INI. 



...


 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Anda nak cheezy magik percuma




Salam bahagia,



saya ade buat giveaway di "kedai saya.." jika anda ingin miliki 1 set cheezy magik ni... 







sila klik banner di bawah ni yer..





p/s
hanya berkongsi sedikit kegembiraan... semoga kawan2 blog sudi join.. mana tahu nanti saya boleh share lebih banyak kegembiraan...



nota :

Saya ni sejak kejadian yang menimpa adik Dirang dan mengetahui sebab sehingga terjadinya kejadian menyayat hati tu... jadi susah pulak nak menulis entry.. dari pagi 14 mar 2012 adap blog nak menulis entri baru... tapi buntu.. tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan..


Doa saya, semoga ibu adik Dirang tabah hati menerima trajedi ini... saya yang bukan siapa-siapa ini pun merasa sangat berduka dan sangat sedih dengan kejadian begini. Kejadian sebegini - anak hilang, culik dan bunuh... seolah memberi isyarat kehidupan masa kini sangat tidak selamat.. manusia sudah hilang iman, hanya kerana dendam, anak kecil tidak berdosa menjadi mangsa. 

..



 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 13 Mac 2012

Jatuh cinta dengan VC Sesaat kau datang




Salam bahagia,


Betul. Saya memang dah jatuh cinta dengan video klip (VC) ni...

Terlambat betul lah saya ni kan... memula saya ingatkan VC penyanyi dari Indonesia.. sebabnya tiap kali lagu ni kedengaran di TV1, saya hanya mendengar jer.. sambil terus buat kerja.. tak pandang kaca tv pun..








tapi selepas beberapa kali 'dengar', baru terasa nak tengok pulak... rupanya lagu Kak Ram feat Sleeq... 

owhh.. saya memang LIKE sangat-sangat..  suka juga dengan storyline klip video ni..


sajalah jengah-jengah ke carta muzik-muzik.. tak pernah-pernah nak klik ke situ pun... wow, masa saya jengah tu lagu ni berada di tangga ke 3 untuk carta 20 muzik-muzik.


Rasanya, ini lah antara lagu kak Ram yang best dan mengancam (pada saya lah.. orang lain saya tak tahu), sejak kak Ram membuat come-back ni... semoga terus sukses kak Ram.. 


Teringat lagi, masa tu saya masih di sekolah menengah semasa lagu Kak Ram dok HITS... lebih-lebih lagu Kau kunci cintaku di dalam hatimu.


Saya dok perati hero dalam klip video nih.. rasa macam pernah tengok.. owwhh.. rupanya Afiq Muiz, pelakon baru yang baru ni ada berlakon drama Aishiteru, TV9.


..

 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 12 Mac 2012

Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary Giveaway





Salam bahagia,

Okay.. memulakan sesi menjoin giveaway bagi bulan Mar 2012... 



klik banner untuk join

ini penaja giveaway :





ini hadiah yang ditawarkan... menarik..


Shawl Vintage from butikpinkku x 3 pemenang

(warna shawl bukan macam kat atas ye..sekadar ilustrasi aje)

1 Pearl Raudhah Hijab from Dura Fashion x 1 pemenang

(hijab nih  boleh dipakai dengan 6 style yg berbeza)

1 pair of lens from Pretty Lensx 1 pemenang
 2 voucher RM10  from Pretty Lens x 2 pemenang


1 doodle from Pemilik Rahsia Hati x 1 pemenang

(doodle nih sebgai ilustrasi aje ye.....)

perfume + sapu tangan from Mid Vill x 2 pemenang


Patung Bear from blooger My Sweetlife x 1 pemenang


Menarik kan... GA ni tutup pada 1 April 2012...

..


 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Exabytes 100 Blogger Ads Program




Salam bahagia,


Hari Jumaat lepas terpandang di wall Exabytes 




Jadi saya pun mencuba nasib... mana tahu ade rezeki... 

Ini syarat-syarat nya... klik ajer ke LINK INI


How to advertise with Exabytes?
Steps
——–
1. Our minimum requirement is 300 daily visits a day.
2. Submit a screenshot of your unique visitors for the past 1 month to marketing@exabytes.com.my .
3. The approval process will take 5-7 working days.
4. After approval, we will prepare the banner script in 5-7 working days.

Terms and Conditions
———————————
1. Blog traffic must be mainly from Malaysia.
2. Payment will be made 6 weeks after the banner is up by cheque.
3. Payment/Cheque will only be sent to Addresses in Malaysia.
4. Advertising approval depends on blog traffic, traffic source, content niche and bounce rate.

Email us  at marketing@exabytes.com.my



Hari ni saya dah terima email dari exabytes... dia ada beri invois untuk kita ISI butiran.. dan pilih saiz banner untuk ditampalkan diblog. Banner perlu dipaparkan di blog selama 3 bulan.. bayarannya adalah mengikut saiz banner.  

Saiz banner di sidebar : RM45 untuk tempoh 3 bulan. Saiz banner yang lebih besar (dibawah header) : RM50 untuk tempoh 3 bulan.


Apa lagi kawan-kawan, peluang untuk mendapatkan pendapatan pasif dari blog.. jangan lepaskan peluang.


..


 











Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 10 Mac 2012

Prestasi blog kakyong[dot]com© - February 2012




Salam bahagia,


Bulan March sudah 10 hari berlalu.. baru ni sempat nak UP kan entri syiok sendiri ni... (hanya untuk rekod & juga pembakar semangat puan blog)






compare dengan bulan lepas... memang berkurang dalam 1.5K visits. UV juga berkurang sebanyak 1.1K.... aaiihh.. semuanya berkurang kan.... secara purata daily visit hanya dalam 670 jer tak sampai 700 pun... 

ada lah sebabnya.. bulan Februari 2012 entri hanya 31 entri ajer.. itu pun banyak entri giveaway dan join segmen.. saya tak banyak sangat menulis.. berbanding bulan Jan 2012, saya banyak menulis dan banyak juga entri SEO... 

dan yang pasti sepanjang bulan Februari 2012, memang blog ini agak diabaikan... huhuu... sian kan... 

10 hari pertama di bulan Mar 2012 ni pun, blog ini masih terabai... tak sempat saya nak uruskan dengan cekap seperti selalu... hahahha, cekap lah sangat kan.. tapi memang terasa lah bezanya, saat saya sibuk dan saat saya lapang. 

Bila lapang, saya boleh menulis dan mencari bahan untuk menulis dengan mudah.. bila sibuk, badan letih, minda letih... nak menulis pun takde mood.




Ini pun referral... berbanding dengan bulan lepas, bulan Feb 2012 purata hanya 65 jer sehari... alahai.. sikit bebenor kan.. target nya nak capai 100 referral daily.. tapi bila saya sendiri tak sempat BW, maka hampa ajer lah harapannya.. 


boleh kata bulan Feb 2012 ni memang tak best lah.. prestasi memang MERUDUM... 




ini pulak rank alexa pada penghujung Feb 2012... rank alexa memang bagus, menyusut jer.. sebab incoming trafik tetap ada... cuma rank Malaysia ajer yang merudum... kurang outgoing trafik lah ni...

meh tengok rank di hari ini, 10 Mar 2012... lagi teruk merudum rank di Malaysia... uwwwaaaaa... rasa nak nanges tengok rank tu..





 
Kalo dalam 1 minggu lagi saya tak rajin BW, alamatnya rank di Malaysia akan terus terjun ke angka 1,000  ... aduhhh.. habis lah cita-cita saya nak capai rank 500 di Malaysia pada April 2012.   *mode geleng kepala*


begini lah adat berblog kan.. bila kita aktif, cantik ajer ranknya.. bila dah tak aktif.. terus merudum sikit demi sedikit.. dah makin tak comel plak angkanya dah... hahahaaa... tongue


sekian... hati dah patah nak tulis panjang-panjang.  sad


Top 10 referral & 10 si peramah saya akan buat di entri lain... 



..
 








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 9 Mac 2012

Projek 100 Bloggers




Salam bahagia,


Awal minggu ni memang dah nampak dah n3 ni kat blog bro Framestone.. dan hari ni terbaca pulak di blog denaihati >>> Dah join ke Projek 100 Bloggers


KOme kenal Bro Framestone... fulltime blogger nih.. apa itu fulltime blogger.. sila lah selongkar sendiri yer.. 




bila tengok syarat-syaratnya memang best jer..  mana-mana blogger yang terpilih bukan setakat dapat mengumpul pendapatan dari job sponsor post yang diberi, tetapi juga mengasah skil baru.. -- kome ingat senang ke nak promo produk@servis ni.. kalo takde skill, tak menjadik juga promosinya.. !!  


Tak rugi kome nak join projek ni... 


Untuk projek ini, Bro Framestone akan mengumpulkan :-

  • 100 blog Malaysia dan pemiliknya warga negara Malaysia.
  • Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
  • Blog berbahasa melayu atau english.
  • Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
  • Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
  • Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  • Dan sanggup memberi komitmen dalam menjaya Projek 100 Bloggers


Untuk maklumat lanjut.. sila2 jengah ke link ini >>> http://www.broframestone.com/2012/03/projek-100-blogger-bermula/



..

 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 8 Mac 2012

Mengurus masa beronline untuk surirumah




Salam bahagia,



Membaca berita tentang anak hilang gara-gara ibu 'galak' berFacebook, membuat saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan ibu-ibu yang menjadi surirumah tentang pengurusan masa. Cara saya mungkin tak sama dengan orang lain tapi harapnya dapat dijadikan panduan.


SAHM tak boleh nak sebebas burung


Orang selalu beranggapan, jadi surirumah ni macam best jer.. ayat-ayat biasa yang kerap dilontarkan kepada surirumah sepenuh masa @ SAHM (stay-at-home-mom) adalah :

"wah bestnya dok rumah, tak payah kerja"
"seronok lah dok rumah goyang kaki"
"wah senangnya jadi surirumah"


Tahu tak, hakikat yang SAHM ni bukan lah "tak payah kerja", "goyang kaki" mahupun "senangnya jadi surirumah".


Menjadi SAHM bermakna -- kerja yang tidak pernah berhenti @ tak habis-habis -- never ending story.. habis satu, ade lagi kerja menanti.. lebih-lebih lagi bila anak-anak masih kecil -- kemas di depan (hall), dibelakang pulak bersepah.. baru jer habis kemaskan sinki selepas makan sekeluarga, ada lagi sebakul (kadang2 boleh jadi berbakul-bakul) kain baju untuk dilipat mahupun digosok.  

Baru jer habis sarapan, tak sampai 1 jam.. anak-anak merengek "ibu.. lapor la"..  sebab tu lah, harus selalu ade stok "snack/makanan ringan" seperti roti, sosej, telur, jem, seri kaya -- yang sesuai untuk dibuat sandwich atau sosej roll... begitu juga susu segar dan cereal... membantu memudahkan kerja ibu-ibu.. bagi ibu yang pandai baking, boleh la buat kek, kek cawan dan sebagai..  

Jangan disalahertikan snack dengan cikedes, twistis dan sebagainya.. snack sebegini seeloknya dijauhkan dari anak-anak.

Dan kerja seorang SAHM bukan setakat kerja-kerja rumah.. tetapi juga mendidik dan mengajar anak di rumah.. mendidik ni banyak pulak cabangnya.. bukan setakat mengenal ABC & 123, tetapi juga hal solat dan pelajaran agama.. 

DAN YANG PASTI semua ini menuntut MASA... jadi di manakah goyang kaki tu..??!!


kome rasa anak-anak saya sedang belajar apa??



Alamak, panjang dah pulak membebel.. tapi point tajuk tak sampai-sampai lagi... tetiba dah macam terlari tajuk jer..


Saya yakin ramai kawan-kawan blogger saya yang rata-rata adalah SAHM juga WAHM (working-at-home-mom), sudah terbiasa dengan jadual kerja harian. Sudah punya jadual tersendiri bila nak online, bila nak uruskan anak-anak dan rumahtangga. 

Namun pada ibu-ibu yang baru terjebak dengan dunia online nih... berhati-hati okay.. jangan sampai terleka dan teralpa dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang ibu dan seorang isteri.

Sila jadualkan masa anda yer..

Contohnya : 

Bangun la sebelum subuh. Seawal pagi selesaikan lah semua kerja rumah, kemas rumah, memasak, bersihkan dapur dan kerja-kerja mendobi. Uruskan anak2 - pastikan anak-anak mandi dan makan.

Dari jam 10 pagi sehingga sebelum masa untuk lunch.. boleh la anda nak online. Plan apa yang anda nak buat dalam tempoh 1 1/2 - 2 jam tersebut. contoh, update n3 blog & BW. Buat yang WAHM (macam saya) - check email, update pesanan pelanggan, jawab pertanyaan pelanggan, masuk ke support group untuk belajar info/tips baru, juga membuat aktiviti promosi produk jualan.. Pagi2 ni saya banyak habiskan masa online di FB.

Waktu lunch -- berehatlah untuk melayan anak-anak makan, solat, angkat kain, juga ambil masa untuk mengajar anak-anak, dan juga kemas dapur.

Selepas jam 2 petang - boleh la online lagi.. macam saya, saya rehat sampai jam 3 petang, -- yang sebenarnya memantau kerja sekolah anak yang baru tadika 5 tahun. 

Jam 2 @ 3 petang, boleh la online semula sampai jam 6 petang.. sambil tu pasti kan anak-anak ada aktiviti.. anak-anak saya time ni ada yang nap petang dan ada yang layan VCD belajar.. jadi kurang sedikit gangguan disebelah petang. 

Selepas jam 6.30 petang, saya berehat lagi sampai jam 8.30 ke 9.00 malam.. masuk dapur untuk dinner, uruskan anak-anak untuk mandi, juga ready untuk maghrib, kemas dapur.. juga monitor lagi kerja sekolah anak (anak saya ni susah fokus, jadi tak boleh nak drag dia buat homework lebih dari 20 minit untuk 1 sesi).. 

Ada masa nya saya tak dapat nak online malam.. tu yang kadang-kadang tak sempat nak update blog mahupun BW... *sedihh*.. sebab belah malam memang saya khaskan untuk uruskan blog..

Dan selalunya jam 11 malam, saya memang dah macam tak boleh nak buka mata -- lebih lagi anak yang kecil sekali ni (3 tahun lebih) memang jenis tidur celah ketiak ibunya.. heheheee.. kalo ibunya tak tidur sekali, mahu lah anak saya tu tunjuk perasaan.. 


+++ gitulah susunan jadual saya setiap hari untuk tahun ini. Tahun ni saya dah mula meniaga online.. tu yang dah tak sempat sangat nak berblog nih... tapi masih gigih jugak nak berblog, sebab rasa ada banyak lagi yang saya nak explore dalam dunia blog ni.. +++



Jadi ibu-ibu yang baru menerjunkan diri ke dunia online -- FB & blog -- harapnya jangan lupa diri yer... buat apa pun harus ada limit.. jangan abaikan anak-anak dan rumahtangga. 

..

 



 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...