Khamis, 12 Januari 2012

Home » , , » Bila assignment di'upah'

Bila assignment di'upah'




Salam bahagia,


Semasa saya di kampus, +-20 tahun yang dulu.. tak dinafikan saya pernah juga amik upah buat assignment senior.. tapi masa tu kerja yang saya selalu buat adalah amik upah menaip assignment. Dapat lah upah RM20-30.. tapi masa tahun 1992-1994, RM30 tu besor nilainya.


Setakat itu ajer lah yang pernah saya buat.. hanya ambil upah menaip assignment. Tapi sekarang ni, bila pelajar IPT mengupah orang buat assignment.. memang dia bagi benda tu bulat-bulat suruh buat. Agak terkujat jugak saya.. bukannya apa, selepas dibelek-belek, saya rasa kalau pelajar tu buat sendiri assignment itu adalah lebih baik, sebab dia akan dapat faham subjek tu dengan lebih mendalam dan pastilah boleh buat exam nanti. Assignment yang saya rujuk ini adalah assignment yang melibatkan pengiraan dan angka. Tak perlu lah saya sebut subjek apa.


Saya yakin tak semua pelajar IPT mengupah orang lain membuat assignment, kan..??!! Ada tak pelajar IPT yang nak respond.. please..


Ada satu blog ni, dia amik upah buat assignment.. cer klik SINI



gambar pinjam dari SINI




Cuma isunya di SINI : Apa kualiti yang tinggal pada pelajar IPT jika assignmen pun diupah orang buat. Apa nilai IJAZAH yang bakal dimiliki. 


Ini yang keluar dari mulut seorang pelajar IPT PJJ yang juga merupakan kakitangan kerajaan. Katanya : Ijazah = kenaikan pangkat & gred. Jadi apa kesah, nak upah orang buat ker, yang penting dapat Ijazah. Alasan mereka upah orang lain buat assignment sebab tak sempat masa, antara kerja, rumahtangga dan pelajaran.


Jika masa diatur dengan sebaiknya dan berkorban tenaga bersengkang mata, apa salahnya, bukan untuk orang lain.. untuk keluarga juga kan.. apa salahnya dicari sedikit keberkatan di situ.


Apa pula pandangan anda?


p/s
sepanjang 4 tahun saya di UUM belum pernah saya upah orang lain buatkan assignment saya.. Jika ada yang saya tolong pun mereka yang ambil course yang berbeza dari saya. & selalunya pun jadi tukang taip jer (seperti yang saya sebut dalam perenggan awal). 

..


nota:
terkejut baca di twitter tadi, rumah Wardina Safiyyah di rompak oleh 3 perompak berparang dan bertongkat. 5 buah laptop dilarikan. Perompak tak puashati kerana tiada barang kemas.. Alhamdulillah, bagus jiran yang tolong report.. Semoga Wardina & anak2 dalam keadaan baik. Jom kita jadi jiran prihatin.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


51 ulasan:

  1. Biasanya Pensyarah pun bole tahu samada Mahasiswa buat sendiri atau upah orang lain. :-)

    Kalau minta menaipkan tugasan okay lagi tapi kalau upah buah tugasan memang tidak ada integriti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @akubiomed

      bagus lah jika pensyarah boleh detect..

      baru ni saya dengar dr seorang kawan, katanya ade yg diberi tumbdrive & disuruh ubah apa yg patut.. upahnya RM70.. lumayan jugak tu, kan.. walhal plagiat jer..

      Padam
  2. dah masuk blog tu. Mak aii, beri tugasan hari ini, esok siap tu. Banyaknya masa dia siapkan tugasan orang ya kakyong...huhu.

    Walaupun dia kata, anda patut edit semula, tp kalau yang suruh orang siapkan tugasan tu mestilah pemalas orangnya, baik buat sendiri dari awal...

    tak pernah seumur hidup saya di belajar di uni, suruh orang buatkan tugasan, hmmm, budak sekarang ni dah senang, nak senang lagi. Sekarang info semua banyak, tekan2 dah dapat pun, yang penting usaha aje. Kita dulu susahkan, nak dapat internet pun susah, nak pegi cc pun payah, ada komputer pun bukan ada internet dulu, sekadar untuk siapkan tugasan. Sekarang serba serbi mudah pun tak tahu syukur pelajar sekarang ni....huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Yus,

      setuju sgt dgn komen yus ni.. depa ni dah senang, nak senang lagi kan.. tp kan isu ni byk nampak pada pelajar-tua-ipt (mainly student PJJ)..

      kita dulu, jenuh la rujuk buku sana-sini.. ronda segala rak librari utk cari buku rujukan.. depa skrg ni dihujung jari jer.. tu pun masih malas lagi..

      Padam
    2. sori nak menyampuk.. xsemua ye pelajar ipt pjj yang mcm awak ckp tu.. hanya kerana 2 3 org je upah org buat assignment dah dicop semua pelajat tua mcm tu..klu nak beri komen please tapis sikit yer.. jangan main belasah je..sy pun pelajar pjj kt uum dan sy pun x pernah sekali upah org. Jgn ckp ikut mulut aje ye..

      Padam
  3. Balasan
    1. @ADZA IRDAWATI aka MAK DARA,

      skrg ni macam2 ada..

      Padam
  4. Saya pernah kena dulu ada yg minta tlg buatkan assgment dan thesis dia sbb yajuk lbh kurang dgn project final year sy tapi sy tak ambil pun. Sebab fikir klau camtu baik saya yang blaja dan apa gunanya dpt ijazah kalau atas usaha org lain. Semua serah bulat2 kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @eiela

      serah bulat2 tu yang hampeh.. tak bertanggungjawab betui kan..

      Padam
  5. hmmm...sepanjang zie belajar dulu tak pernah sekali pun terniat nak upah org lain buatkan... kalau last minit pun sanggup bersengkang mata utk siapkan.. kalau tak siap jgk, terpaksa beritahu pensyarah.. tp kena reda la kalau markah kena potong... budak2 zaman sekarang senang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @zie fauzi

      samalah kita zie.. kakyong ni kalo last minit pun buat jugaklah, yang penting guna kudrat & akal sendiri..

      Padam
  6. ish tula mcm2 sekarang nih.assignment pun malas nk buat..saya dulu semua buat sendiri..nk buatkan assignment utk org lain mmg la xkan sbb saya malas hehe baik buat utk diri sendiri jer..lagipun kalau assignment tu dpt markah teruk mesti dia salahkan kita..jadi baik buat utk diri sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Miss BaNu bila upah assignmen makna jenis yg suka org buatkan utk dia.. bila dah kerja susah kan staff pulak kena siapkan kerja dia.. hmmm... timbul lah isu etika.. tp tak ramai yg amik port pasal etika skrg ni..

      Padam
  7. Ler.. orang yang upah buat assignment tak bagus, orang yang terima upah pun tak bagus. Macam takde kerja lain nak buat. Dah malas buat assignment, tak yah la belajor, abis citer. Amenda la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Yati setuju dgn yati.. baik tak yah belajar kan

      Padam
  8. yelah kakyong... alasan yg tak masuk akal pun ye. abis tu tak payahlah susah2 nak amik degree bagai kalau setakat assigment nak upahkan org
    lain. nak lulus gitu2 aje tanpa ada usaha sendiri

    senario ni izan pernah dengar sendiri dari mulut kawan...kakaknya upah org lain buat assignment dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Izan Ishak

      maknanya memang berleluasa lah isu ni kan..
      tp kakyong memang salut & tabik dgn kwn2 yg sambung belajar & masih mampu agihkan masa utk keluarga & pelajaran juga kerjaya..

      org bijak memang pandai mngatur masa kan.. ;)

      Padam
  9. Mmg takde quality la student Kita klu upah orang bulat2 utk buat assignment tu, senang je diorg zaman ni ye, alahai moga2 anak2 bangsa kita tidak berterusan begini

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ajumohit

      itu lah isu yang cuba diketengahkan..
      kenapa dah masuk IPT tp tdk bersikap spt org berilmu?

      Doa kita begitulah aju, jangan anak2 kita mempermainkan budaya menuntut ilmu ni..

      Padam
  10. buat sendiri lebih bagus. =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Anastasyea Aida

      buat sendiri, lebih kepuasannya & kita pun dpt tambah knowledge & info

      Padam
  11. Upah org tak pernah lg, tapi org tolong carikan bahan tuk buat assigment tu ada la,pastu karang dan taip sendiri. Tapi klau bab PJJ tu mmg ada cikgu yg malas buat sendiri assigment sanggup bayar ratus-ratus bagi kat org buatkan utk dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Anamarza
      tolong cari bahan tu okay lagi.. ni ada kes yg serah kat kita bulat2.. aik dah jd macam kita pulak yg bertanggungjawb kat assignment dia tu..

      memang biasa jugak dengar cikgu upah org buat assignment..

      Padam
  12. saya seorang pelajar skrg, dah lah part time mmg tak cukup masa nak buat assignment. Macam mana pun mmg tak upah org buat pun, masih lagi berusaha utk buat sendiri, pergi library cari bahan rujukan. Search kat internet cari maklumat, tp masih buat sendiri, sebab ada kepuasan bila dah siap nanti, kalau dpt gred bagus baru berjasa, kalau org lain buat, mesti tak merasai kenikmatan bila dpt gred yg bagus nnt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Kimmie

      Tahniah.. bagus sikap begini. Teruskan dan kakyong ucapkan selamat berjaya.. semangat mcm ni lah yg kita mahukan utk generasi muda.. ;)

      Padam
  13. xde maknenye blaja tinggi2 kalo suruh org wat assignment .. tu jer pndgn hanie ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Ummi Hanie

      memang ajer nye yer pun hanie..
      baik tak payah sambung belajar kan..

      Padam
  14. sy tahu mmg ada yg upah org buat sbb mcm2 alasan dan kebanyakan mereka adalah mereka yg sudah bekerja. (PJJ). Mmg takde kualitila org2 yg dpt ijazah mcm ni. Sy dulu selalu tolong buat terjemahan je utk kwn2 dr kursus lain sbb diaorg kurang mahir sikit dlm BI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nur,

      memang betul, mostly yg terjebak adalah student PJJ & sudah berkeluarga..

      Padam
  15. sknag ni saya mmg amik upah buat asgnment cikgu yg pjj...hehe..ada gak cikgu tadika yg nek pgkt...side income...menambahkan skill sendiri...tp sygkan diorang tak menghargai pleuang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Lin azlina,

      kakyong pu pernah amik upah utk subjek BM.. buat karangan.. tetiba feeling cam buat karangan SPM..

      tp sejujurnya memang depa rugi, ada sebab kenapa diberi assignment.. bila diupah org lain buat, x de lah ilmu yg bertambah.. otak pun kurang berfikir..

      Padam
  16. upah orang buat assignment, yg terror orang yg dia upah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Denaihati

      betul tu... baru ni saya diupah buat karangan tentang Universiti APEX.. drp tak tahu langsung (zero knowledge).., mcm2 info pulak saya dpt tentang universiti Apex ni.. ;)

      Padam
  17. Myra pnya asgmnt ada en suami bantu, tp kebanyakannya en suami yg tlg banyak :)


    Setuju dengan kakyong tentang nilai pelajar PJJ sekarang bila upah orang buat asgmnt (sebab myra pun student PJJ)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @MJ,
      tolong menolong suami isteri tu biasalah.. sbb selalunya bila pasangan dok tolong, pasti lah ada perbincangan kan..

      ni tidak, bila diupah tu, depa serah bulat2 kat kita,, last2 kita pulak yg kena beritahu dia, assignment ni nak jawab gitu gini... & dia main lepas tangan jer.. walhal dia lah yg patut pastikan assignment tu dibuat dgn baik..

      Padam
  18. Myra study full time tak Penah upah orang buat, semua usaha sendiri.
    Bila study PJJ ni banyak gak dengar upah mengupah ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @MJ,

      baik buat sendiri kan.. utk kepuasan sendiri jugak

      Padam
  19. Betul tu, sepatutnya pelajar itu membuat assignmentnya sendiri. Kalau minta orang lain tolong taipkan takpe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Amirul Faiz Amirul Faiz Abd. Razak

      tologn taip no hal.. sbb idea masih idea asal pelajar..

      Padam
  20. Sepatutnya pelajar yang membuat assignmentnya sendiri, baru betul dia belajar. :)

    BalasPadam
  21. taktau pon ada budaya upah mengupah ni..kalau yg tolong taipkan tu cemana yer kakyong, kita bagi bahan, dia taipkan ke cemana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @cikpuanhady

      tolong taip ni.. dia dah tulis siap2 semua dlm kertas draft (x kiralah a4 paper ker, dlm buku nota ke), dah siap semua rajah nak buat.. kita cuma taipkan ajer.. kalo tolong pun setakat betulkan ayat jer.. tp fakta & point follow jer apa yg student dah tuliskan..

      berbeza dgn zaman skrg ni.. bhn pun dia suruh kita carikan & pastu suruh kita siapkan semuanya..

      Padam
  22. belajar keranaa ijazah..bukan kerana ilmu...yg rugi diri sendiri..
    bila tengok2 balik, rasa bersyukur juga..kita graduated w/pun bukan 1st class tp itu adalah usaha & kemampuan kita sendiri kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @MamaYatie,

      kalo kita suka belajar & menimba ilmu, pasti lah kita tak suruh org lain buat kan..

      Padam
  23. Saya amek upah wat asgment... banyak gak terima asgment.. nie pun tgh surfing utk info asgmt.. ingatkan dl just nak amek upah menaip.. sekali depa bagi tajuk wat ler mcm asmgt sendiri.. alih2 kita plakz yg rasa teruja nak taw dpt result berapa.. n rasa mcm nak smbg lg study..dari nak wat course work terjadi nak wat reserach...cuma ralat ader yg langsung tak amek taw apa isi yg saya wat dlm tu betul ke tak tak peduli janji siap.. tak patut.. Memang best dpt side income tp teringin gak nak kata KALAU MALAS JGN SMBG STUDY..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @tanpa nama,

      begitu lah perasaannya bila org yg mengupah langsung tak amik port nak semak, betui ke tak apa yg kita buat tu..

      rasanya lebih baik tak perlu amik upah utk assignmt yg kita kena buat dr A-Z.. memang lah seronok jer rasa bila dpt upah lumayan.. tp dr segi barakahnya.. kena pk balik.. kita yg amik upah ni lah yg menggalakkan org malas buat assignment.. so lebih baik kita cari jer koje upah menaip.. atau job lain..

      & lebih afdhal jika u sambung study & buat sendiri assignment sendiri.. ;)

      *kakyong guna word 'kita' sbb kakyong pun pernah terjebak buatkan assgnmt org dr A-Z.. tp bila pk kan balik natijahnya.. kakyong STOP & say gud bye utk kerja2 yg seumpama ni..

      Padam
    2. Yelah kakyong... saya ni pun bukan full time buat assignment... part time... cuma percaya tak saya katakan sehari saya dapat sampai 20 email minta buatkan assignment.. memang tak larat nak buat semua... ada yang sampai merayu2 and markup harga tu sampai naik juling mata saya... tapi saya tak lah sampai nak menekan. saya hanya buat sekadar mampu.. dan sememangnya saya menasihatkan mereka edit balik... apapun saya terima pandangan semua... assignment dah disiapkan tu hanya panduan.. pandai2lah mereka nak edit balik...

      Padam
  24. Thanks lah sbb review skit pasal blog saya tu tugasankaukubuat.blogspot.com... Just nak tolong and nasihatkan juga dorang baca assignment yg dh di buat... Cuma kalau dh x baca apa yg nak dikatakan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @tanpa nama,

      ada pro n con bila ambil upah mbuat assignment ni.. pandai2 lah nak menilaikannya sendiri... ;)

      student skrg ni mudah sgt minta tlg buat assignment "ckp jer la berapa, saya sanggup bayar" ... ade juga yg merayu.. tp kakyong dah malas nak buat.. malas nak fenin2 kan kepala.. heheh.. :D

      Padam
  25. http://upahbuatkerjakursus.blogspot.com/

    BalasPadam
  26. Perkhidmatan yang berbaloi! Nak cuba amik sub dari kami http://www.upahbuatassignment.com ?

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...