Rabu, 28 Disember 2011

Home » , , » Buah rambutan.. isi dimakan biji boleh dibuat teh

Buah rambutan.. isi dimakan biji boleh dibuat teh





Salam bahagia,







Hari  minggu lepas, adik ipar hantarkan sebekas plastik besor buah rambutan dari kebun buahan paman dan bibik. Kalau dah banyak macam ni, tak habis kalo kami sekeluarga yang makan. Maka petang tu juga saya dan si kecik agaihkan ke rumah-rumah jiran. Cukuplah untuk kami 1 besen merah tu jer.


Saya baru jer tahu, rupanya biji buah rambutan ni ade khasiatnya. Berguna untuk pesakit kencing manis. 

Caranya :
1. Biji rambutan dari buah yang sudah masak, di potong kemudian di sangai sehingga bahagian biji yang berwarna kuning/hijau muda tu jadi hitam (jangan sampai hangus yer..
2. Setelah itu, dikisar halus. ditumbuk guna lesung baru pun boleh.. tapi kerja senang, blend ajer la.
3. kemudian dibuat air (campurkan dalam air panas yer), biarkan sehingga hampasnya turun ke bawah. boleh la diminum. 
4. Amalkan 3 kali sehari, setiap kali sebelum makan.


Jadi, apa lagi... dah sakan melayan rambutan, biji rambutan tu boleh lah disimpan, buat ubat. 







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...