Jumaat, 30 Disember 2011

Segmen - 5 blog Paling di Minati




Salam bahagia

klik banner ni untuk join, tamat pada 31 Dec 2011




Pepagi tadi jengah ke blog Mia, nampak Mia join segmen ini.. maka saya pun tertarik hati juga nak join... tak susah sebenarnya nak letak 5 blog pilihan saya nih, sebabnya memang kerap saya ke blog mereka nih..



Jom kenali blog yang saya minati :



Pertama : blog PuanBee.com

sapa yang tak kenal puanbee..??!! dulu masa saya kenal puanbee, masih lagi guna blogspot.. sekarang ni dah hampir 1 tahun jugak puanbee berhosting.. memang komited dan gigih puanbee ni.. sekarang ni blog PuanBee berada dalam rank 200++ di Malaysia. Semoga terus gigih berblog Bee, walaupun saya dan PuanBee ni memang status kerjaya yang sama, tapi saya tak mampu nak seaktif Bee dalam berblog. 








Saya sudah kenal kak limah hampir 2 tahun.. dan sudah pernah bersua muka.. kaklimah pernah terjah rumah saya pada tahun lepas (2010). Jika dari segi rank, blog kaklimah ni jauh la kalo nak setara dengan PuanBee.,, tetapi ada terlalu banyak nilai tambah yang saya suka dari entri-entri dan gaya penulisan beliau..thumbs up.     JIka tak percaya, sila lah jengah.. Pada saya, kak limah ni sangat berpengalaman orangnya dan luas pandangannya, sebab sudah merantau ke segala ceruk rantau.. beliau baru jer balik dari mengerjakan ibadah haji.. jangan lepaskan peluang membaca pengalaman beliau di sana.. cara perkongsian kak limah memang lain dari yang lain... simple tapi berisi.






Ketiga : blog teh ramuan

Saya tak ingat (tetiba jadi insomnia pulak) sejak bila saya jadi pengunjung setia blog Tehr. Tapi saya suka blog cikgu ni.. sebab selain cara penyampaian entri yang santai, kebanyakannya entri adalah dalam bentuk pantun penuh bermakna.. kalo kome suka berpantun, sila lah jengah ke blog tehramuan, tak rugi, sambil singgah boleh minum teh secawan.. big grin





Keempat : blog Kak yati NB

Saya mengenali kak yati NB melalui novel beliau.. saya mula mengenali dan menyimpan koleksi novel tulisan beliau sejak awal tahun 2000 lagi. Dan saya mengenali blog beliau sejak awal tahun 2009 lagi.. saya suka membaca catatan beliau, kadang-kadang ringkas tapi punya motif tersendiri.. saya juga suka membaca catatan perjalanan beliau.. sebagai penulis novel beliau memang sangat suka mengembara. Jangan kata anda tak kenal novelis tersohor ni.. jom klik blog beliau.. thumbs up






Kelima : blog MamaYatie

Saya mengenali Mama Yatie sejak lebih setahun yang lalu.. hampir 2 tahun juga sebenarnya.. mula tertarik dengan blog beliau kerana beliau selalu menulsi tentang pendidikan awal anak dan juga taska pemata negara.   Alhamdulillah, sealiran kami dalam isu pendidikan awal anak ini. Jom kenal mama yatie.. happy



Sebenarnya ade banyak lagi blog yang saya suka, sebab segmen ni kata pilih 5 ajer kan.. janganlah ade kawan blog yang kecik hati jika blog kome tidak termasuk dalam senarai top 5 nih.. selagi saya BW dan meninggalkan komen di blog kome.. maknanya ukhwah itu tetap berterusan..


terlupa lagi nak tag kawan-kawan.. :

jadi saya nak menjemput











Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011





Salam bahagia,


Kali ini ditag oleh kak sari. 



sila klik banner untuk join yer... esok last day..



nota : tajuk ni sepatutnya 'year end'..bukan 'end year'..  alang-alang dah guna BI, gunalah dengan phrasa yang betul kan..







kome nak kena follow @ LIKE semua penaja nih.. tapi kan.. jika tengok respond, dah lebih 360 yang join..  walhal giveaway ni baru jer kick off pada 22 Dec 2011.. wow, saya terKAGUM... Tahniah.. memang betul2 ada x-factor pemilik blog nih... 




btw, perasan jugak ade blog sponsor yang followernya baru cecah 200 orang.. maknanya ade lah yang tak follow syarat2 ni... 


untuk tengok hadiah-hadiah yang menarik, sila klik SINI.. memang rambang mata weih..


Update :
Saya langsung terlupa nak menjemput kawan-kawan join giveaway ni, tongue teralpa dengan hadiah yang menarik tu..batting eyelashes   maka dengan besar hati nya , kakyong nak menjemput kawan-kawan yang kakyong senaraikan ini untuk sama-sama memeriahkan giveaway hebat ini. Semoga kita sama-sama ada rezeki.



Nak join sila klik banner di atas tu yer.. rock on!





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Birthday Giveaway




Salam bahagia,

saya ditag oleh Mia Liana, terima kasih Mia


 
sila klik banner ni untuk join yer... giveaway ini sempena sambutan harijadi puan penganjur nya, Puan ZaiKulim pada 6 Dec 2011 yang lalu.. sempat lagi nak join ni., esok 31 Dec 2011 tarikh tamatnya.


hadiahnya :... lumayan weii..












- go green bag tupperware 1 unit
- handmade 2012 planner 1 unit





dan
hadiah tajaan dari ZaiiKulim 


Hadiahnya memang menarik belaka.. mostly barangan tupperware.. sapa yang tak suka barangan tupperware kan.. alah membeli menang memakai. 


Kakyong nak ajak Lin Azlina join giveaway nih.. 


p/s
semalam memang tak larat nak adap blog, paginya antor anak ke program transisi pra-sekolah.. petang saya dah dedor-dedor.. malam, anak-anak pulak demam. Demam malam jer, siang ni aktif kan main lagi.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 28 Disember 2011

Buah rambutan.. isi dimakan biji boleh dibuat teh





Salam bahagia,







Hari  minggu lepas, adik ipar hantarkan sebekas plastik besor buah rambutan dari kebun buahan paman dan bibik. Kalau dah banyak macam ni, tak habis kalo kami sekeluarga yang makan. Maka petang tu juga saya dan si kecik agaihkan ke rumah-rumah jiran. Cukuplah untuk kami 1 besen merah tu jer.


Saya baru jer tahu, rupanya biji buah rambutan ni ade khasiatnya. Berguna untuk pesakit kencing manis. 

Caranya :
1. Biji rambutan dari buah yang sudah masak, di potong kemudian di sangai sehingga bahagian biji yang berwarna kuning/hijau muda tu jadi hitam (jangan sampai hangus yer..
2. Setelah itu, dikisar halus. ditumbuk guna lesung baru pun boleh.. tapi kerja senang, blend ajer la.
3. kemudian dibuat air (campurkan dalam air panas yer), biarkan sehingga hampasnya turun ke bawah. boleh la diminum. 
4. Amalkan 3 kali sehari, setiap kali sebelum makan.


Jadi, apa lagi... dah sakan melayan rambutan, biji rambutan tu boleh lah disimpan, buat ubat. 







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 27 Disember 2011

Kerana duit jadi buta hati




Salam bahagia,


Dalam dunia ni sapa yang tak suka duit..?!! lebih-lebih lagi duit note@wang kertas negara kita ni, WANGI je BAUNYA... 





Ada orang sanggup gadai diri - iman dan maruah kerana WANG. Tahu lah wang ringgit tu penting, tapi zaman sekarang ni ramai sangat yang ambil kesempatan dan bermuslihat seribu cara untuk mendapatkan wang.


Ni kesah penipuan lagi.. yang sedihnya yang didakwa melarikan duit dikatakan seorang guru. Apa nak jadi, guru sepatutnya seorang yang tinggi nilai akhlak dan budinya.. tapi kalau begini yang terjadi.. memang memalukan profesion perguruan. 


sumber



PORT DICKSON: “Kami teruja dengan tambangnya yang murah dan mampu dibayar secara ansuran membuatkan kami bersetuju dengan pakej percutian bersama keluarga dirancang sejak Mac lalu,” kata Noorhaslinda Sharudin, 37, seorang daripada mangsa penipuan program percutian artis Nur Kasih, Tiz Zaqyah Razak bersama 35 peminatnya ke Perth, Australia, sepatutnya dijadualkan berlepas pada 21 Disember lalu.

Menurut Noorhaslinda, dia tidak menyangka hasrat ingin bercuti bersama ahli Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZRFC) terkubur apabila seorang daripada mereka dikenali sebagai Sherry, 45, yang juga bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Batu 9, Cheras, Selangor, melarikan wang percutian RM60,000. 

“Kami mengenali suspek kerana dia sudah bersama dengan TZRFC sejak setahun lalu, dan tidak menyangka wanita itu sanggup melesapkan duit percutian kami dan melarikan diri begitu saja,” katanya ketika ditemui di Pantai Mas, di sini, semalam. 

Sementara itu, Presiden TZRFC, Bibi Barizah Ahkau berkata, pada mulanya dia tidak menyangka suspek sanggup melakukan perkara sebegitu walaupun gerak hatinya mula sangsi apabila suspek kelihatan berubah selepas mula menerima bayaran daripada ahli kelab.

Katanya, banyak kesilapan dilakukan tetapi lidah seperti terkunci untuk menegur kesilapan itu.




Tercalar ler nama Kelab Peminat Tizz Zaqiyah bila terjadi kes macam ni. Harap-harap jangan lah terjadi kes ni pada Kelab Peminat artis yang lelain.. 

Shazzle Crew, please take note yer.. hati-hati ya bila berurusan dengan duit.. ingat duit tu amanah.  Jika kita tidak menjaga amanah, sukarlah nak mendapat kepercayaan.



p/s
saya bukan peminat Tizz Zaqiyah... tongue  saya setia dengan Shazzle Crew jer.. winking












Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 26 Disember 2011

Kurus kering lah saya kalau nak kurangkan berat ke 42 kg




Salam bahagia,



kome pun boleh kira berat jisim badan kome   <<--- [klik sini laju-laju]


Saya baru jer kira berat jisim badan saya.. alamak, dia kata saya kena kurangkan berat sampai jadi 42 kg.


Huhhh... 14 kg perlu dikurangkan.. tapi saya rasa berat yang sesuai untuk saya adalah 50 kg.. walaupun ianya 8 kg lebih berat daripada berat ideal yang disyorkan.. 


Rasionalnya :
Pada usia 24-27 tahun , berat saya 40-42 kg. Orang kata saya kurus.
Pada usia awal 30'an & masih bujang, berat saya 45-47 kg. Kawan-kawan kata saya nampak okay jer..
Pada usia 37 tahun, dengan anak 3, berat saya 50-52 kg.. orang masih kata saya slim, sesuai lah dengan status sebagai ibu 


Jadi, saya rasa tak perlu nak turunkan berat sampai ke 42 kg.. cukup lah kan kalau dapat kurangkan 5-6 kg .. nanti kurus kering pulak saya jadinya.. hihiii  big grin  nak turun kan 5-6 kg pun naik semput dibuatnya.. 


nak membuat 10,000 langkah sehari tu.. adoooii.... takat 1000 langkah tu boleh lagi.. hehehhe..  *banyak sangat alasan, camanalah berat badan nak susut *


Bila umur dah hampir 40 tahun ni haruslah (peringatan untuk diri sendiri ni) :
  • amalkan diet seimbang, kena tengok balik lah piramid makanan nih
  • amalkan pemakanan sihat.. kena cari resepi yang sesuai, yang kurang berminyak dan berlemak, kurangkan karbo dan lebihkan serat
  • bersenam.. rasa-rasanya belah pagi molek juga bersenam-robik dengan anak-anak kecil saya..  thinking
  • join aktiviti riadah.. rasanya umur macam saya ni belum TUA lagi kan untuk aktiviti rock-climbing..  batting eyelashes teringin sebenarnya.. 


Untuk dapatkan tips-tips gaya hidup sihat.. boleh jengah SINI.

 

Jom join segmen rerama berterbangan, due 31 Disember 2011, jam 11.59 pm




.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 25 Disember 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com



Salam bahagia,






Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011




Saya memang blogger aktif... hihihikkk.. statement tak hengat.. 


kalo di blog personal, saya cuma update 1 n3 1 hari.. tapi di blog ni tengok pada mood saya.. barangkali 2 hingga 4 entri sehari.. big grin tapi takde lah sampai 4 entri setiap hari.. untuk bulan Disember 2011 ni purata entri saya 2 jer sehari.. 


Kotak komen saya ada di SINI.. erkkk shoutmix.. sebelum 31 Disember 2011 ni saya akan tukor kotak jerit baru.. masih di kedudukan yang sama.. tapi kan, saya lebih suka kawan blog tinggalkan pesan di kotak komen.. 
 

sudi-sudikanlah singgah & tinggalkan komen di blog saya.. pasti saya jengah & beramah-mesra ke blog kome juger. 





.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Alycia Mega Giveaway 2011...






Salam bahagia,


Kami ni sebenarnya jarang atau boleh kata tidak pernah lagi ambil gambar lengkap sekeluarga.. bukan tak mau amik, tapi suami suka cakap saya ni ngada-ngada.. batting eyelashes suami memang tak berapa nak amik port bab bergambar nih.. jadinya saya ni banyak amik gambar anak-anak ajer. 




ini ajer lah gambar saya dan anak-anak dalam tahun ini yang saya kira agak ceria sedikit.. hehhe... ni pun adik ipar yang tolong snapkan.. 



hadiah utama giveaway ini adalah photoshoot.. saya rasa tak reti nak buat ayat "kenapa saya nak photoshoot itu?"... hehehhe.. sebabnya saya ni tak pernah buat photoshoot dan jadi tak reti nak kata teruja ke tak.. tapi rasanya gambar saya ni tak lengkap seperti syarat yang Alycia inginkan iaitu gambar satu keluarga yang ceria.. 


Pandangan saya tentang blog Alycia? 

Oh.. saya pernah buat review blog Alycia Hot Mama Wannabe.. jadi pandangan saya seperti yang ada saya sebut dalam review tersebut.. "blog yang cantik. tapi perlu diperbaiki beberapa perkara seperi yang pernah saya sebut dalam review tersebut"


Kalo ade rezeki dapat FM kebaya nyonya ni pun best kan.. dapat menambah koleksi FM..







kome yang nak join.. cepat klik gambor di bawah ni.. due 31 Dec 2011







.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 24 Disember 2011

Saya menang hadiah dari House of Pines





Salam bahagia,


ALhamdulillah, penyertaan di saat akhir, membuahkan hasil.. terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan (yang wish gud luck tempohari)..

Keputusan boleh tengok di SINI. Senarai peserta di SINI

2 nombor bertuah, 86 & 87



Cabutan ketiga, yang akan memenangi Ana Lulu Checkered Lace Blouse!
86. kakyong  (BS)
Tahniah Kak Yong!



Saya menang blaus kotak berlace.. nampak cantik.. tapi cutting baju tu cam selim bebenor.. nampak gaya memang rezeki baju ni untuk adik bongsu saya. Sebab dia pun orang muda remaja lagi (baru 14 tahun jer pun umur nya), sesuai lah kan pakai baju ruper ni.


Terima kasih House of Pines

mode saya memang sangat happy. Bounce

Alhamdulillah. Lama dah tak aktif join giveaway, dan permulaan untuk bulan Dec 2011 ni amat mengujakan.



Sedikit fakta tentang House of Pines


Premis perniagaannya terletak di :

No.B4, Blok B, Pekan Francais MARA, Jalan Pontian, Taman Sri Pulai Perdana, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia.(in front of Caltex and nearby Petronas Station and Medan S.O.B.B)

~ orang JB mestilah tahu kan.. ~


gambar ni saya amik dari SINI



Produk jualan :

  • Produk hasil dari nanas seperti : kopi nanas dengan ekstrak tulen tongkat ali, ubi jaga dan ginko biloba; Pineapple chocolate collagen; Pineapples chips; pati jus nanas dengan tongkat ali, pati jus nanas dengan kacip fatimah; pati jus nanas pegaga; kopi nanas kolagen dengan kacip fatimah dan manjakani; kopi nanas kolagen dan lobata; .. nak tahu lanjut.. sila klik SINI laju-laju
  • pakaian fesyen, jubah moden, baju kurung lycra berlabuci, dress, aksesori, minyak wangi antarabangsa dengan harga 1/2 lebih murah dari kaunter .. nak tahu lebih lanjut, klik SINI laju-laju dan juga di SINI.



.. 










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


The Ladies Photographer Giveaway





Salam bahagia,

Hujung minggu adalah hari untuk join giveaway @ contest sampai LEBAM... hehhe.. mood sedang UP untuk join giveaway nih.. jadi pengunjung blog harap bertahan jer lah untuk hari sabtu & ahad ni yer.. 






sila klik untuk join.. due pada 31 Jan 2012



Hadiah yang ditawarkan... jom intai-intai..



GRAND PRIZE -
1 Photobook Percuma 11 x 8.5 Potrait Hardcover 40pages worth RM230. (Anda poskan kepada saya gambar-gambar anda untuk dibuat photobook dan setelah siap, saya poskan photobook kepada anda)


Untuk contoh2 photobook dan cara2 membuat photobook sila klik link ini..


Ke 2


RM50 cash dan Free 2 keping gambar 12 R (anda emailkan gambar anda pada saya, saya edit dan print kan size 12R dan pos ke rumah anda)


Ke 3

Free 2 keping gambar 12 R (anda emailkan gambar anda pada saya, saya edit dan print kan size 12R dan pos ke rumah anda)


Ke 4 dan Ke 5

Free 2 keping gambar 8 R  (anda emailkan gambar anda pada saya, saya edit dan  print kan size 8R dan pos ke rumah anda)


Menarik kan...!!!



Saya nak menjemput kawan-kawan saya ni join sekali.. : Pija, Nur Adyani, Hez, PuanKutu dan PuanBee



.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


AlFatihah : Abdul Hamid Othman







KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, 72, meninggal dunia semalam dipercayai akibat serangan angin ahmar. Allahyarham yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira jam 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Pegawai peribadinya, Nor Azhar Yusof, berkata sebelum serangan itu beliau kelihatan sihat namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

“Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

“Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis,” katanya ketika dihubungi. 
Beliau berkata jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong. 

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (KEWAJA) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin serta lima orang cucu.

Allahyarham yang dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam. 

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. – BERNAMA




"tiap yang hidup pasti akan merasai mati "





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Pemanas air di bilik mandi.. membawa maut




Salam bahagia,


gambar dari SINI


Bilik air/mandi rumah kome ade heater @ pemanas air ?

Di rumah saya takde.. memang ade plan sejak 7 tahun dulu lagi nak beli heater.. tapi tiap kali nak beli ade ajer asbab yang menyebabkan bajet untuk beli heater digunakan untuk tujuan lain.

Jadi, masa dalam pantang mahupun demam.. memang masak air dalam periuk besor.. pastu berangkut ler periuk ke dalam bilik mandi.. *suami lah yang tolong angkatkan*  heheh.. ala2 kampung gitu.


Actually dalam bilik mandi kami  memang ada reserve kan ruang untuk letak pemanas air.. tapi sejak dengor berita ade yang maut gara-gara pemanas air, maka suami kata, 'tak payah beli lah'. Lagipun anak-anak saya tahan ajer mandi air sejuk.. sebenarnya tak dibiasakan mandi air panas dari kecil mandi air panas.. 

Selalunya semasa nak membeli pemanas air ni, penjual memang ada beritahu, "ini barang waterproof punya. Tak ada electric circuit punya.. Ada warranty. Ini barang memang baik punya.. bla bla bla.."  

Saya tak ingat saya baca di mana, tapi katanya :
  • pemanas air perlu dibersihkan bahagian dalam nya, sekurang-kurang setahun sekali untuk membuang habuk, kotoran, pasir dsb (apa ya ada dalam pemanas air tu,.. ) supaya aliran air tidak tersangkut.. (?!)
  • periksa safety valve (alat yang mengawal tekanan & suhu air), tukar secara berkala. JIka alat itu rosak mungkin akan berlaku peningkatan suhu air secara mendadak.


Bulan Oktober 2011 lalu, berita kematian disebabkan renjatan elektrik kerana pemanas air ini berlaku di Kuching, Sarawak, sumber 


KUCHING: Rasa pelik bunyi air pancutan dalam bilik mandi selama beberapa jam membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemanas untuk mandi, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang juga seorang juruteknik, Mohd Nesruddin Saji, 48, ditemui mati dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Cahaya, Jalan Batu Kawa, di sini dengan sebahagian muka dan badannya melecur.

Mayatnya ditemui anak saudaranya yang curiga apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain televisyen masih terbuka sebelum membuat pemeriksaan.

Menurut anak saudaranya, Stephen Ng Wee Chung, 18, dia terkejut ketika menemui bapa saudaranya itu sudah tidak lagi bernyawa dengan tangan kiri menggenggam pemegang pemanas air manakala bahagian kiri muka serta dada kehitaman seperti kesan terbakar.

“Ketika kejadian, bapa saudara saya seorang diri di rumah kerana ibu saudara pulang ke kampung di Serian. Rumah saya terletak berhampiran dan menjadi kebiasaan bagi saya dan ahli keluarga lain untuk menjenguknya setiap hari,” katanya.

Katanya, sebelum itu, adik lelakinya, Wee Kim, 16, ada ke rumah itu kira-kira jam 11 malam namun tidak mengesyaki apa-apa mencurigakan kerana memikirkan bapa saudaranya itu sedang mandi.

“Apabila adik saya ke rumah itu, dia mendapati televisyen masih terbuka dan terdengar bunyi air dari dalam bilik air. Adik ketika itu menyangka bapa saudara saya itu sedang mandi sebelum terus pulang semula ke rumah kami,” katanya.

Katanya, dia kemudian kembali beberapa jam kemudian untuk memeriksa keadaan namun berasa tidak sedap hati apabila tidak ternampak kelibat bapa saudaranya itu selain mendapati pintu rumahnya tidak dikunci.

“Saya berasa pelik kerana mendapati bapa saudaranya masih mandi dan memanggilnya beberapa kali namun tiada jawapan sebelum menolak pintu bilik air,” katanya.

Stephen berkata, dia percaya bapa saudaranya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi kerana dia turut merasainya ketika cuba mengalihkan pemegang pemanas air itu dari tangan bapa saudaranya itu.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa memotong wayar elektrik pemanas air berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar dari bilik air.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalankan bedah siasat.



dan baru ini, kejadian berlaku di Penang pulak.. 


sumber


GEORGETOWN: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca dari alat pemanas air ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Changkat, Bukit Gambir di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemilik kedai alat telekomunikasi Tye Chuan Sin, 40, ditemui terbaring kaku dalam keadaan bogel oleh isterinya selepas terkena renjatan elektrik dari peralatan berkenaan dipercayai mengalami litar pintas.

Mayat mangsa ditemui dengan kesan melecur di leher serta badan akibat renjatan elektrik terhasil daripada paip alat pemanas air itu.

Menurut sumber polis, mangsa sepatutnya menjemput anak perempuannya pulang dari kelas tambahan, namun anaknya musykil apabila panggilan telefon dibuat kepada bapanya itu langsung tidak dijawab.

“Anak mangsa menghubungi ibunya dan meminta menjemput dia pulang dari kelas tambahan sebelum memberitahu panggilan telefon dibuat kepada bapanya langsung tidak dijawab.

“Isteri mangsa ketika itu berada di tempat kerja mula risaukan suaminya sebelum cuba menghubungi lelaki itu, namun panggilannya juga tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, sejurus sampai di rumah, dua beranak terbabit terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati mangsa terbaring tidak bernyawa dalam bilik air rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan mengenainya.

“Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan HPP enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian itu.






berhati-hati lah dengan pemanas air.. malang tidak dapat dijangka.. awasi anak-anak kecil mandi dibilik air..  
Ini antara kes yang dilaporkan.. mungkin ada banyak lagi kot kes yang tidak dilaporkan..


dalam rumah kita ni banyak barangan elektrik kan : blender, mesin basuh, periuk nasi, boiler, dan macam-macam lagi... jadi memang harus berwaspada bila mengendalikannya.. risau jugak kan kalo terkena renjatan elektrik ni.. 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Keyword lagi 'Rahsia Hati"





Salam bahagia,


hari ni keyword popular adalah Rahsia hati.

Memula tu tak faham jugak, apa dia "Rahsia Hati" yang dicari nih.. 

Selepas ditanya dengan makcik google.. owhh.. rupanya drama bersiri produksi Rosyam Nor yang dilakonkan oleh Rita Rudaini dan Aaron Aziz, ditayangkan di Astro Prima sekitar tahun 2009.

Haaa.. Aaron Aziz lagi.. sejak dia semakin popular satu Malaya ni.. ramai pulak yang korek-korek lagi semua drama lakonan Aaron yang lalu.. saya pun baru jer korek-korek semula drama Cinta Gila, juga lakonan Aaron Aziz dan Rita Rudaini



gambar ni saya cilok dari SINI
nak tahu apa lagi ada kat link tu jangan lah malu2 untuk KLIK,
mungkin di situ ada jawapan yang anda cari.


ini ost nya Datanglah - Faizal AF




Ada siapa yang pernah @ dah tengok drama bersiri nih.. best ke???!! Saya takdak Astro, jadi memang ketinggalan lah.. lain la kalo drama ni dapat masuk ke RTM @ TV3.. boleh lah jugak sesekala saya layan.



p/s 
dalam berita kemarin ada sebut pasal Astro nak bekalkan siaran tv PERCUMA.. dengan pelancaran tv satelit percuma pertama di Malaysia, mulai tahun 2012.  

Bila saya baca betul-betul berita tu, yang percuma hanya untuk 50,000 melalui program e-kasih (program apa nih, apsal saya tak tau?!!) 

Yang selain tu kalau nak percuma siaran tv Astro tu (mungkin selective channel je kot), kena lah beli decorder dan piring Astro... ada faham.. batting eyelashes  ..agak2 berapa yer harga decorder dan piring Astro tu???








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...