Jumaat, 25 November 2011

Home » , , , » Susulan kes anak comel ditinggalkan di tepi tandas

Susulan kes anak comel ditinggalkan di tepi tandas



Masih ingat lagi dengan n3 saya >>> Budak comel ditinggalkan di tepi tandas pasaraya

Ntah apa kah sebenarnya yang terjadi.. adakah si bapa, tinggalkan anak diluar tandas.. kemudia dia masuk dalam tnadas & then, bila dia keluar tandas, tengok anak dah hilang.. tapi kan kenapa dia tak buat laporan polis kalau anak dia hilang? Sekarang ni dia tak mengaku pulak dia ‘buang’ anak dia… kesian dengan si ibu, ntah apa lah perasaannya sebab tiada dinyatakan dalam berita.. Disappointed smile kesiannya nya anak, hampir 3 minggu berpisah dengan ibu nya.. kalau saya memang dah tak keruan.. lebih lagi anak tu belum pun cecah usia 2 tahun..



Nafi tinggalkan anak sendirian
MELAKA: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja menganiaya anak perempuannya sendiri dengan meninggalkan mangsa sendirian di tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

Tertuduh, Hii King Kit, 23, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dan beralamat di Lorong 3, Jalan Pisang Barat, Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad@ Shaharuddin.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar, sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut kertas pertuduhan, Hii sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada Anna yang berusia setahun dan 11 bulan didapati sengaja menganiaya iaitu dengan meninggalkan dia seorang diri di tempat awam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pada 5 November lalu, kira-kira jam 8.48 malam di dalam tandas lelaki Tingkat 1, Mahkota Parade, Jalan Merdeka, dekat sini.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Haslinda mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Hakim yang menimbangkan rayuan tertuduh menetapkan jaminan RM5,000 dan syarat melapor diri di balai polis.

Kes itu akan disebut semula pada 14 Disember depan untuk lantikan peguam bela.

Sementara itu, suasana sedikit kecoh sebelum prosiding bermula apabila bapa tertuduh melarang jurugambar dan media merakam gambar Hii dan menulis namanya di dalam akhbar.

Lelaki terbabit juga sanggup merayu dan menyembah wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi termasuk meminta nombor telefon untuk berhubung dengan editor akhbar.

Isteri tertuduh yang ditemui di luar pula menyatakan dia belum menemui Anna yang kini masih ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

Sejurus selepas membayar denda, tertuduh kemudiannya ditahan anggota polis sebelum dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.
 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


4 ulasan:

  1. hanie rasa ... mmg si bapa ni sengaja la tinggalkan ... ada wayar tercabut kot ? :p

    BalasPadam
  2. mmg pelikla kalau dia cakap dia bukan tinggalkan. Kalau betul tak nak tinggalkan, kenapa tak cari lps budak tu hilang?

    BalasPadam
  3. @Ummi Hanie tak tau lah hanie.. kurang 1sen ke apa.. umur pun muda lagi..

    BalasPadam
  4. @transformed housewife itu lah Nur.. segala tindakan selepas berlaku kejadian tu memang misteri... lagipun bukan 1 hari anak dia hilang & tdk dicari.. mcm2 jenis bapa ada kan..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...