Khamis, 10 November 2011

Home » , , , , » Remaja mengamuk–nenek tertutup suis komputer

Remaja mengamuk–nenek tertutup suis komputer







KUALA LUMPUR: Seorang cucu yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumah remaja itu di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.
 
Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu.
“Nenek berkenaan yang tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadab remaja terbabit yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahkannya,” katanya.
 
Sumber polis berkata, tidak cukup dengan itu, sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.
 
sumber : MyMetro
 


Aduh.. betapa HEBATnya penangan dunia komputer/internet… saya memang tidak dedahkan anak-anak saya bermain game, dulu ada lah bagi depa main game mewarna di komputer.. lama-lama depa ketagih, sampai saya pulak tak boleh buat kerja.. 

Anak-anak saudara saya pun, jika mereka datang ke rumah, saya sedaya upaya akan OFF kan suis untuk laptop. Dan memang tak bagi depa dekat pun.. hahaha.. Open-mouthed smile  biarlah anak-anak saudara nak kata maklongnya kedekut. Smile with tongue out Cukup lah kalo depa nak bermain game di rumah depa aje. Saya akan cuba berusaha untuk pastikan anak-anak tidak menjadikan permainan komputer sebagai budaya @ aktiviti harian. Sebab saya tahu bagaimana dan apa akibatnya jika sudah ketagihan permainan komputer.

Bila dah leka bermain tu, sampai lupa makan minum. Ibunya panggil nak minta tolong pun depa buat derk ajer.. sampai kerja sekolah pun tak ingat nak buat. Jadi, jika nak beri anak bermain permainan komputer ni, perlu lah ada peraturannya kan. Jangan dibiarkan anak mengadap komputer tanpa batas waktu.

Apa2 pun, susah juga nak cakap kan sebab dunia sekarang ni besar sangat cabaran untuk ibubapa... tapi anak-anak saya (umur bawah 7 tahun) buat masa ni memang tak tahu apa-apa pun pasal game ANGRY Bird yang kini kononnya sedang Hangat Di PAsaran. Winking smile





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...