Isnin, 21 November 2011

Home » , , , » Jom senam .. 1,000 langkah sehari...

Jom senam .. 1,000 langkah sehari...








jom jalan-jalan-jalanHiker  nak kira 1000 langkah ni.. nak pinjam pedometer dengan PuanBee
kalo ada trampoline   Trampoline terlompat-lompat cam ni pun best kan..
dok rumah ni... nak Gardening pun malas..  
koje asyik ... Picnic





KEPALA BATAS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempromosi cara hidup sihat dengan berjalan 10,000 langkah sehari selain mengamalkan pemakanan secara sihat.

Ia berikutan pergerakan fizikal dan pemakanan sihat penting bagi mendapatkan berat badan ideal dan indeks jisim tubuh (BMI) yang sesuai.

Penolong Pengarah Kanan KKM, Khairulnissa Abdul Kadir berkata, ramai tidak menyedari berat badan mereka berlebihan berikutan kurang melakukan senaman selain pengambilan makanan secara tidak sihat.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan secara rambang, 80 peratus daripada 800 orang yang diambil BMI didapati mempunyai berat badan berlebihan.

“Ramai yang berminat mengetahui tahap kesihatan masing-masing, tetapi tidak tahu cara mengekalkan kesihatan.

“Justeru, KKM mempromosi cara hidup sihat dengan berjalan 10,000 langkah sehari. “Ia cara mudah tanpa memerlukan wang, tetapi berkesan bagi menjaga kesihatan selain mendapatkan berat badan ideal,” katanya ketika ditemui di Dataran Milenium sempena Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di sini, semalam.

Sempena karnival itu, KKM menyediakan permainan ‘puzzle’, permainan maya dan piramid makanan untuk kanak-kanak, pengambilan BMI bagi pengunjung dewasa serta kuiz kesihatan. Menurut Khairulnissa, sambutan diterima menggalakkan apabila 2,000 pengunjung melawat gerai KKM dan menimbang berat badan untuk mengetahui tahap BMI

“Pengunjung diberi maklumat asas mengenai kepentingan menjaga berat badan iaitu faktor pemakanan dan aktiviti fizikal.

“Sebab itu, kami menyediakan contoh piramid makanan dan permainan maya (X-Box) yang memerlukan pergerakan peserta,” katanya.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...