Selasa, 22 November 2011

Home » , , » Hati-hati bila makan siput sedut

Hati-hati bila makan siput sedut






Grin  hati-hati kome kalo makan siput sedut..  kalo tercekik... aduh aduh... Phew



ini siput sedut yang belum dimasak.  


saya sebenarnya tak reti & tak suka sedut... heheh.. tolong masak boleh la..  Bubblegum




Gadis tercekik siput sedut


ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya.
Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.

Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.
“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.
“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa berjaya diselamatkan ibunya.
“Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian yang selamat,” katanya di sini, semalam.



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


15 ulasan:

  1. lor takutnya , saya suka gak siput sedut ni kakyong , tp susah nak dpt , anak2 pun suka , tp baik beli kerang dr siput sedut susah nak makan hehe

    BalasPadam
  2. aduhai....
    nape panggil bomba ye?huhuhuh

    BalasPadam
  3. Ana suka makan,tp x penah ler mkn sambil tgk tv. Makan dgn nasi of kos lah time makan.Br nikmat.Kalo depan tv tentu leka.

    BalasPadam
  4. siput sedut feveret saya tau...saya boleh ratah byk siput sedut tanpa mkn nasik pun...nak2 kalau mak yg masak...

    tak sangka lak boleh tercekik sampai mcm ni kan...huhu...

    BalasPadam
  5. Ya Allah. agaknya syok makan sambil tengok tv kot erk.moga dijauhkan laa benda2 mcm ni.

    BalasPadam
  6. @puanbee kakyong & anak2 x reti nak menyedut... huwwa huwa... 1st & last suami beli.. siput tu hidup lagi... lupa nak tutup tong tu.. siput tu merayap satu rumah... :P

    BalasPadam
  7. @Faryza ntah lah.. dial no 999 kan.. terpulang lah sapa yg jawab... hikhik..

    BalasPadam
  8. @Suhana Shahril pengajarannya.. jgn makan sambil tengok tv.. lebih lagi kalo tgk citer komedi.. nasi pun buleh tersedak... kan...!!

    BalasPadam
  9. @wahida macam adik ipar saya lah.. suka sgt dgn siput sedut..

    saya ni tak tau lah.. x reti nak rasai nikmat menyedut..

    BalasPadam
  10. @e.l.i.s.s.m.i.e tu lah kan.. memang x bagus tgk TV sambil makan... tersyiok tgk tv, sampai tercekik... bahaya sungguh kan...

    kakyong pun tak ajar anak2 makan sambil tgk tv...

    BalasPadam
  11. ralit sangat la tu kot..huhu
    saya kan kak yong, lepas kawen baru la try makan siput sedut..diajar en suami, tp bab sedut2 tu pun tak brapa nak terror lagi...kdg2 langsung tak keluar...hahaaa

    BalasPadam
  12. alahaiii ... geng le kiter kkyong ... mmg xreti menyedut ... suke lg makan lala@kupang,kerang,dll. tuh ... ;)

    dah trauma tu mesti serik nk mkn lg kan ?

    BalasPadam
  13. @MamaYatie sama lah yatie.. kakyong lepas kahwin juga suami ajor makan siput sedut.. tp memang x tersedut.. huwa huwa huwa..

    BalasPadam
  14. @Ummi Hanie bila hanie sebut lala... memang dah lama tak makan lala....

    BalasPadam
  15. dah lama dah tak makan siput sedut..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...