Jumaat, 4 November 2011

Home » , , , » Denda RM2,000 bagi setiap ekor

Denda RM2,000 bagi setiap ekor



Salam bahagia,


Tadi baca berita kejadian di Kuantan, seorang penunggang motorsikal terbunuh kerana terlanggar lembu yang tiba-tiba sahaja melintas. AlFatihah.

Di Ipoh ni, terutama di kawasan Jalan Lahat dan disekitar Menglembu (menghala ke lebuhraya Ipoh Lumut) *ini setakat yang saya pernah jumpa, tempat lain tu tak pasti lah pulak* memang akan kerap terserempak dengan segerombolan kerbau mahupun lembu. Lembu dan kerbau ni sengaja dibiarkan memakan rumput di kawasan berdekatan dengan rumah kedai, dan memang berdekatan dengan jalanraya.

Selain tu, jalan-jalan yang menghala ke Batu Gajah, Tanjung Tualang, dan juga Kampar.. (tiap kali balik kampung mesti terserempak kerbau/lembu and the gang) memang satu fenomena biasa… memang elok sangat lah bila MBI naikkan kompaun tu.. sangat menyusahkan pengguna jalan raya. Bukan setakat membahayakan pengguna jalanraya, tetapi juga mencacatkan pemandangan.. lebih-lebih lagi tahun depan adalah Tahun Melawat Perak 2012. 










sumber : PerakDaily, 1 Nov 2011

Pemilik yang sengaja membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di sekitar bandar raya Ipoh akan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 bagi setiap ekor haiwan tersebut.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, tindakan menaikkan kompaun tersebut bertujuan memastikan pemiliknya bertangunggjawab memastikan tidak berlaku kemalangan yang berpunca dari binatang ternakan yang dibiarkan merayau.

”MBI menaikkan kompaun tersebut dari RM1,000 kepada RM2,000 serta merta…kadar kompaun yang rendah sebelum ini menyebabkan ramai pemilik berdegil.

”Mereka sengaja membiarkan ternakan mereka sehingga mendatangkan bahaya kepada keselamatan pengguna jalanraya,”katanya.

Menurutnya, dalam tahun ini sahaja terdapat dua kes kematian berpunca dari kemalangan yang membabitkan haiwan ternakan telah direkodkan.

Oleh itu, katanya, mesyuarat majlis penuh semalam telah memutuskan untuk meluluskan tindakan menaikkan kadar kompoun mengikut Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-Rayau 1987.

”Ini duputuskan kerana kita memandang serius kes kemalangan maut membabitkan pengguna jalan raya melanggar ternakan berkeliaran.

”Kita menguatkuasakan kompaun ini bagi membolehkan pemilik ternakan peka dengan mengawal binatang mereka daripada berkeliaran di jalan raya,”katanya

Roshidi berkata, ketika ini ramai pemilik ternakan enggan bertanggungjawab apabila berlakunya kemalangan membabitkan ternakan mereka dan perbuatan ini tidak adil kepada pengguna.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk menangkap ternakan yang berkeliaran pada waktu malam bagi memastikan ia tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


3 ulasan:

  1. kat kg sy di Tumpat pun ada byk lembu2 berkeliaran. mmg menyusahkan dan membahayakan.

    Psl tuisyen BI tu, Kyong guna buku latihan utk UPSR dan PMR. Utk peringkat sekolah, kebih diutamakan "Comprehension and Writing". "Conversation tu tak ditekankan sgt kat sekolah. Itu sbbnya ramai yg tak fasih bercakap.

    BalasPadam
  2. salam kak yong

    di taiping ada juga ni tp kawasan kampung biasanya , memang bahaya lagi2 kalau jalan lurus , org bawak laju2 sekali ada lembu kat depan naya betul

    BalasPadam
  3. betullah...belum kena batang hidung pemilik lembu...tu yang dia buat tak tahu je...pernah kawan saya memandu sorang-sorang terlanggar seekor lembu(tempat lain),tak pasal-pasal kereta rosak teruk..sedangkan dia urgent nak ke sesuatu tempat..naya lah kat orang..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...