Selasa, 1 November 2011

Home » , , , » Baru umur 7 & 8 tahun : sudah pandai pecah rumah

Baru umur 7 & 8 tahun : sudah pandai pecah rumah


Salam bahagia,


Kecut perut saya baca berita ni… adoii la anak.. terlalu muda sangat ini.. ntah apa lah faktor penggalak yang menyebabkan anak sekecil ni, yang biasanya masih sangat NAIF, melakukan aktiviti pecah rumah.  Confused smile Ya Allah, lindungilah anak-anak kami.



awasi anak-anak kita dan perhatikan aktiviti anak-anak.. anak-anak kita, amanah kita




sumber : harian metro


PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama. Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di dalam kasut.

“Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.

“Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit terutama ketika penghuni keluar bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam. Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan telefon bimbit. 

“Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan mereka,” katanya.


Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta nasihat kepada kanak-kanak terbabit.


“Kami bimbang dengan usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kami tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan menghancurkan masa depan kanak-kanak itu. “Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu tahu kegiatan anak mereka. Justeru, kami menasihati ibu bapa lain supaya prihatin dan peka tingkah laku anak mereka,” katanya. Abdul Razak berkata, secara purata setiap bulan polis menerima lapan kes membabitkan pecah rumah penduduk di sini. 


“Kami menasihati penduduk di Putrajaya supaya tidak sesekali meletakkan kunci di dalam kasut ketika meninggalkan rumah. “Perbuatan ini sering dilakukan penduduk di sini kerana mahu memudahkan anak mereka sekiranya pulang dari sekolah, tetapi ia menjadikan kediaman mereka sasaran penjenayah,” katanya.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


20 ulasan:

  1. Tu la kak yong, time baca berita tu terfikir apa la nak jadi dgn dunia sekarang ni, budak sekolah rendah bukan setakat pandai mencuri je, merogol dan mencabul pun dah pandai..ni la harga yg perlu dibayar atas tiket dunia tanpa sempadan sekarang ni

    BalasPadam
  2. Corak anak2 akhir zaman..
    mntk dijauh kannn

    BalasPadam
  3. ibu bapa mereka tahu kegiatan mereka? kenapa tak cegah anak2 mereka dr awal?

    BalasPadam
  4. Saya takut bila memikirkan masa akan datang.. ;(

    BalasPadam
  5. terkejut bila dengar brita ni...
    kalo anak2 ni dtg dr perumahan setinggan or setinggan saya tak la mengejutkan sangat..

    BalasPadam
  6. dah lama juga mereka buat kerja ni
    mujur juga disedari sekarang
    kalau tidak, tak tahu la apa nak jadi seterusnya

    BalasPadam
  7. Astaghfirullahalazim..
    aritu dengar gak berita kat tv pasal budak merompak tu... tp tu umur belasan.. yg ni 7-8 tahun plak????

    BalasPadam
  8. budak umur 7-8thn atau tahun 1-2, langsung xterpikir boleh buat kerja ni. sapa dalang dibelakang...

    BalasPadam
  9. @Anamarza kita yg anak masih kecik2 ni harus la amik iktibar kan.. kakyong memamng x bg dah anak2 adap tenet... takut ketagihan..

    BalasPadam
  10. @ju sama-sama kita didik anak ke jalan yg baik

    BalasPadam
  11. @transformed housewife ntah lah Nur.. kdg2 mak bapak ni suka bertangguh... mungkin dah nasihat kan sekali.. pastu tak follow up.. so anak2 sure nampak mcm mak ayah tak kesah..

    BalasPadam
  12. @NauRah aLwaNi cabaran dlm kehidupan ni tiada yg semakin mudah... mohon dijauhkan dr hal2 mcm ni..

    BalasPadam
  13. @MamaYatie ya.. sesungguhnya kakyong tertanya2 juga, sbb depa ni anak bukan calang2 org.. dah pastilah mak bapa penjawat awam kan..
    kesian kan mak ayah bebudak nih.. minta dijauhkan kita dr kes mcm nih...

    BalasPadam
  14. @tehr itu lah kan.. semoga ibubapa & cikgunya dpt beri kaunseling sebaiknya..

    BalasPadam
  15. @Yan gitu lah Yan.. cobaan utk mak bapak nih.. kena amik tahu xtvt anak2..

    BalasPadam
  16. @SYaMiLa mohon dijauhkan anak2 kita dari tingkah laku begini., kan.

    BalasPadam
  17. @C.M.A @ CikMoonAdnan bila kecik mencuri, dah besor merampok.. hrp2 dpt budak2 tu dpt buang tebiat ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...