Rabu, 26 Oktober 2011

Home » , , , » Susulan kes suami bakar isteri , meninggal selepas 10 hari

Susulan kes suami bakar isteri , meninggal selepas 10 hari



Salam bahagia,


Ini adalah susulan dari berita suami bakar isteri, n3 saya >> Apa nak jadi – bila suami bakar isteri..???!!

Kasihan sungguh.. Takziah buat keluarga mangsa. AlFAtihah.. Semoga Allah merahmati rohnya.



KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 28 tahun yang bertarung nyawa selama 10 hari akibat melecur di hampir keseluruhan badannya menghembuskan nafas terakhir di wad Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Suriani Yahaya meninggal pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam akibat kecederaan parah yang dialaminya.


Pihak hospital kemudian menghubungi waris kepada mangsa untuk datang menuntut mayat sebelum bedah siasat dilakukan pada jam 9 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital yang dijangka akan diterima selewat-lewatnya pagi ini.

“Suspek iaitu suami mangsa masih lagi ditahan reman sehingga kini dan dijadualkan tamat pada hari esok (hari ini).

“Bagaimanapun, reman mungkin akan dilanjutkan selama seminggu bagi menyiapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Kahiri berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada hasil laporan sama ada perlu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh


sumber : Harian metro

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


4 ulasan:

  1. ajal maut memang dah ditentukan
    tapi, sedih juga kan bila ada kejadian seperti ini

    BalasPadam
  2. @tehr sadis sungguh kejadian mcm ni... suami2 pun jgn lah cemburu sampai membunuh.. ingat lah pada Allah..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...