Selasa, 11 Oktober 2011

Home » , , , , » Remaja & kanak-kanak Malaysia layari internet 19 jam seminggu

Remaja & kanak-kanak Malaysia layari internet 19 jam seminggu



Salam bahagia,

Ini adalah sesuatu yang sangat ‘scary’ @ menakutkan.. cuba bayangkan jika 19 jam itu digunakan untuk
  • hafal surah Al-Quran, berapa banyak surah agaknya yang sudah dihafal Thumbs up anak soleh dan solehah, sejuk perut ibu mengandung.
  • membaca novel, berapa banyak novel agaknya yang sudah dibaca dalam 1 minggu Open-mouthed smile
  • mengulangkaji pelajaran, katakan lah - spend 3 jam sehari mengulangkaji untuk 6 mata pelajaran, 1/2 jam untuk setiap mata pelajaran.. bayangkan betapa bijaknya depa nih bila semua pelajaran segar dalam minda @ ‘finger tips’ jer.. bila dah macam ni, pasti lah makin meningkat gred peperiksaan sekolah. Winking smile tak rugi jika sekolah punya semakin ramai pelajar bijak.
  • membaca biografi mereka yang hebat, membaca buku-buku agama, membaca buku-buku ilmiah yang lain dan macam-macam lagilah… pastinya anak-anak remaja kita boleh menjadi lebih hebat dan bersedia membentuk peribadi cemerlang untuk masa hadapan. Smile
  • beriadah @ bersukan.. contoh belajar memanah, main golf, tenis, badminton, bola sepak.. maka pasti lah anak-anak remaja akan lebih sihat dan cergas fizikal dan juga mindanya.

Jadi, ibu-ibu ayah-ayah, sila tengok-tengok anak2 remaja kita.. Kalau hari cuti tu, jangan lah dibiarkan ajer mengadap lappy dari pagi sampai ke malam Disappointed smile



Kanak-kanak, remaja Malaysia layari internet 19 jam seminggu
2011/10/11

sumber berita : Berita harian online

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berusia lapan hingga 18 tahun didapati melayari internet pada purata 19 jam seminggu, menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada ancaman atau budaya negatif dunia siber seperti buli, penipuan identiti dan pornografi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata berdasarkan laporan antarabangsa, Norton Online Family Report 2010, hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini yang mengawasi kandungan laman yang diakses oleh anak mereka.
Oleh yang demikian adalah amat penting bagi ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak dengan turut mengawasi laman web yang diakses mereka, katanya selepas merasmikan seminar mengenai perlindungan kanak-kanak "Child Online Protection" di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan kadar penembusan internet di negara ini mencatatkan 60 peratus daripada 28.6 juta jumlah penduduk Malaysia pada 2010, dan ia dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang 2015.

"Senario ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin 'IT savvy' setanding dan konsisten dengan arah aliran antarabangsa, dan kebarangkalian pengguna IT terdedah kepada ancaman dunia siber semakin tinggi termasuk kanak-kanak," katanya.
Berikutan kebimbangan mengenai ancaman siber terhadap kanak-kanak dan remaja, katanya kementerian dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran, SKMM, Polis DiRaja Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) menganjurkan seminar hari ini bagi membincangkan rangka kerja dasar dan perundangan untuk melindungi mereka.
Menurutnya, langkah itu susulan persetujuan Malaysia menyertai Protokol Pilihan Kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu perlindungan penjualan, pelacuran dan pornografi kanak-kanak pada September lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Prof Datuk Husin Jazri, berkata CyberSecurity Malaysia menerima 11,930 insiden keselamatan siber pada Januari hingga September tahun ini dengan 4,175 daripadanya membabitkan penipuan.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat 130 peratus berbanding 2010.
Bagi insiden keselamatan siber lain, beliau berkata spam mencatatkan 3,452 kes, pencerobohan (2,345), kod berbahaya (867), percubaan menceroboh (525), gangguan siber (354) dan kesalahan berkaitan kandungan (48).
"Pertambahan insiden keselamatan siber berkait rapat dengan peningkatan kadar penggunaan Internet yang menyaksikan pengguna Internet di seluruh negara kini berjumlah 17 juta orang. Jumlah ini terus meningkat kerana disokong oleh pembangunan pesat prasarana jalur lebar," katanya. - BERNAMA


p/s:
saya pun ada adik remaja yang memang ‘gila’ berfacebook setiap hari.. bila disekat, mulalah memberontak.. Disappointed smile





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


11 ulasan:

  1. aduh...parah ni kan..moral of the story, dr anak kecik lagi tak leh biasakan ngadap tv & lappy bnyk sngt..

    BalasPadam
  2. Itula budak2 sekarang, guna internet bukan utk cari ilmu, takut terjebak la dan ada antaranya hanya bermain game sahaja

    BalasPadam
  3. susah nak sekat benda camni, kang dikatanya dari duk melepak tak tentu hala bercampur ngan budak nakal kat luar biar la duk kat rumah layan FB

    BalasPadam
  4. salah satunye pemberian notebook 1 malaysia tu... adik ipar yan yg form 5 dpt sbiji.. tp yan tak rase dia guna tuk sekolah... yg yan nampak.. notebook tu 24/7 on fb.. klu bukan yg form 5 tu.. yg form 3.. takpun.. yang darjah 5.. termasuk abg2nye yg dah keje pun amik kesempatan using the same notebook... so???? notebook tu sbnarnye lebih menggalakkan budak2 ni men internet bukan belajar.. ishh..

    BalasPadam
  5. Pasal ni la Yati tak bagi Amirul guna internet walau pun ada kalanya dia ngendeng nak guna. Cukup la aunty dia galakkan dia ber-fishville tu. Kat rumah sendiri, sorry la, baik baca buku.

    BalasPadam
  6. @MamaYatie tv tu memang kena pantau.. kakyong memang bg tgk kartun jer.. & drama pilihan yg xde keganasan.. tp citer otomen tu x leh nak elak... depa tau siaran hari apa.

    lappy memang dah tak bagi.. sekat terus,, tunggu dah besor sikit..

    BalasPadam
  7. @Myra Jay masalahnya makayah ramai yg tak amik pusing apa yg anak2 tgk dlm lappy.. hrp2 jd teladan utk kita supaya pantau xtvt anak2..

    BalasPadam
  8. @Anamarza mana buleh nak sekat.. tp buleh dipantau.. cuma masalah nya, ramai ibu bapa yg percaya penuh pada anak2.. bila dah terngadah baru nak sekat, time ni dah terlambat..

    BalasPadam
  9. @Yan memang betui Yan.. budak2 sekolah skrg ni kemaruk dengan FB..

    ohya budak2 yg dpt netbook 1Malaysia tu, line tenet depa juga disponsor ker???

    BalasPadam
  10. @Yati sama lah dgn Fikri & adik2 dia.. xde peluang nak main game kat FB dah.. dah hampir 1 tahun kakyong sekat.. bg depa tgk vcd kartun & belajar jer.. rasanya umur 5 tahun belum sesuai utk diberi peluang bertenet..

    BalasPadam
  11. line tenetnye ade gak diberi kad topup ape tah.. streamyx punye kot.. yan tak penah tgk.. so tak tauler nak guna camner...

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...