Jumaat, 28 Oktober 2011

Home » , , » Mati kerana terjatuh dari flat kediaman

Mati kerana terjatuh dari flat kediaman


Salam bahagia,


Ini adalah 2 kes berasingan, di tempat/kawasan berbeza. Bahaya sungguh kalo duduk rumah tinggi-tinggi nih.. jadi kalo tak sihat, pening ke apa ker.. jangan lah berdiri hampir dengan beranda, tangga ke apa ker.. sama-sama beringat untuk keselamatan bersama


Mayat wanita ditemui di bahagian bawah pangsapuri
HULU LANGAT 27 Okt. - Seorang wanita ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Segar Perdana, Batu 9 dekat sini hari ini.

Mayat Foo Yuef Chyi, 27, ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh seorang penghuni yang ingin membuang sampah kira-kira pukul 2.30 petang.

Seorang penghuni pangsapuri yang merupakan pelajar kolej swasta memberitahu, sebelum kejadian itu, wanita itu dilihat berada di tingkat empat pangsapuri tersebut.

"Sejak beberapa hari lalu, penghuni ternampak wanita itu berjalan di koridor pangsapuri dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak mengetahui punca dia dalam keadaan sedemikian.

"Ketika mayatnya ditemui, wanita itu memakai seluar pendek, baju T berwarna kuning dan berlumuran darah di hidung, mata dan mulut," kata pelajar wanita itu yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian.

Wanita itu yang masih bujang berasal dari Subang Jaya dan dia dikatakan tinggal di tingkat empat bangunan yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya lagi.
sumber : Utusan Malaysia


DAN

Ibu mati terjatuh flat selepas dua anak maut cara sama
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Nasib sebuah keluarga yang tinggal di Flat Cempaka, Pinggiran Batu Caves dekat sini terus dirundung malang apabila dalam tempoh lapan tahun, tiga ahli keluarga itu maut, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan tersebut.

Dalam kejadian terbaru hari ini, S. Prema, 54, ditemui mati berlumuran darah dalam longkang oleh penduduk setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat berkenaan awal pagi ini.

Mayat mangsa yang tinggal di tingkat sembilan flat itu ditemui pukul 5.30 pagi dan segera dimaklumkan kepada anak lelakinya yang hanya dikenali sebagai Siva, 22.

Siva memberitahu, dia dimaklumkan mengenai tragedi menimpa ibunya itu semasa berada di tempat kerja pada pukul 6.45 pagi.

"Berita itu amat mengejutkan saya kerana baru semalam, kami sekeluarga bergembira meraikan Deepavali dan tiada langsung tanda- tanda ibu saya akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.

"Yang menghairankan saya ialah cara kematian ibu adalah sama dengan seorang abang dan kakak saya sebelum ini. Ketiga-tiga mereka ditemui mati terjatuh dari flat kediaman kami," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang dekat sini hari ini.

Menurut Siva, seorang abangnya meninggal dunia akibat cedera parah setelah ditemui terjatuh dari flat tersebut lapan tahun lalu, diikuti seorang lagi kakaknya pada tahun lalu.

Katanya, tanpa disangka-sangka, ibu mereka ditimpa nasib sama pada hari ini menyebabkan hanya tinggal dia bersama seorang kakaknya yang masih hidup ketika ini.

Siva berkata, dia tidak tahu apa punca mengakibatkan tiga ahli keluarganya menemui ajal dengan cara sama kerana kematian ibunya hari ini disiasat oleh polis sebagai mati mengejut.
 
sumber : Utusan

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


6 ulasan:

  1. Assalamualaikum KakYong aka Ibu...
    Mudah beno deme ragot nyawe deme ye???....
    kalo deme Islam awok ghase Insyallah tak sampei tahap ndak membunoh dighi.....
    ape le agaknye sebab musabab deme amik jalan mudah ni..... tekanan hidup yang melampo ke.....
    pade yang beragame Islam tu.....serah diri pade ALlah....mohon pade Allah...... setiap masalah tu ade penyelesaian nye ...kecuali mati...

    BalasPadam
  2. kes pertama tu wallahualam la kenapa kan...

    kes kedua tu mcm ada yg tak kena...mungkin keadaan fizikal flat tu ker yg tak selamat...kena tngk2 apa yg patut la kan..

    kat umah saya pun satu jugak...dinding koridor mmg rendah..bahaya tuk anak2...kami memang larang anak2 tinjau2 kat koridor...ngeri...

    BalasPadam
  3. @D_08 x tau nak kata lah yob... tp polis kelaskan 2-2 kes ni mati mengejut..

    kes 1 tu mungkin tertekan/stress..

    kdg2 riso bila ingatkan sedara mara yg dok rumah flat nih..

    BalasPadam
  4. @MamaYatie ngeri & gayat pulak bila yatie ckp dinding koridor rendah... uishh.. memang sentiasa harus berwaspada, terutama bila anak2 berlarian di koridor..

    BalasPadam
  5. saya memang tak suka tempat tinggi
    syukur juga kerana tak beli rumah seperti itu

    BalasPadam
  6. @tehr
    masa kecik dah jenuh dok rumah flat.. jd dah tua2 nih dok rumah teres lah..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...