Rabu, 19 Oktober 2011

Home » , , » Lupus abu Al-Quran ke laut

Lupus abu Al-Quran ke laut



Salam bahagia,


Sebelum ini terdapat berita tentang cetakan AlQuran lama yang dibuang di pusat kitar semula.. ada juga yang dibuang dikawasan kilang tanpa rasa tanggungjawab.





sumber : harian metro

Laut bergelora berubah tenang
.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


6 ulasan:

  1. Alhamdulillah,jgn diambil remeh perkara ini...memang perlu dilupuskan dgn cara yg betul!

    BalasPadam
  2. @Ila semoga lepas ni pihak2 yg berkaitan alert supaya lupuskan dengan cara yang betul

    BalasPadam
  3. @teratai betul. kalo kita nak lupus sendiri pun boleh, tapi haruskan ditanam abu tu dalam tanah.. & rasanya kena pilih juga tempat kat mana nak ditanam tu.. tp sebaik2nya memang ke laut lepas yg terbaik..

    BalasPadam
  4. Salam, mohon izin saya nak sharing dgn rakan2 lain sekadar berkongsi pgetahuan...

    BalasPadam
  5. @kieah sila lah.. kakyong pun copy paste dr berita juga nih.. simpan dlm blog utk rujukan.

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...