Isnin, 10 Oktober 2011

Home » , , » Jemaah haji wanita meninggal dunia jatuh dari bilik hotel

Jemaah haji wanita meninggal dunia jatuh dari bilik hotel




sumber : harian metro

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.
Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.
Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
ulasan saya:

Berita ni sedikit mengelirukan.. adakah jemaah tersebut terjatuh dari tingkat 9 ke bawah bangunan.. atau pun, dia jatuh dalam biliknya di tingkat 9. Saya tak dapat membayangkan keadaan jenazah jemaah ini jika benar beliau “terjatuh dari bilik hotelnya”.
Bagaimana anda mentafsir ayat tersebut.. terjatuh dari bilik hotelnya.. adakah hotel itu ada beranda & beliau tergelincir dan jatuh ke bawah.. tapi dalam berita ni tiada pulak ayat yang menyatakan mangsa jatuh ke bawah @ jatuh dari atas bangunan… Smile with tongue out  fenin juga saya nak memahami berita ini.


Maaf selepas publish n3 ini baru saya perasan ade gambar dalam berita tersebut.. ni saya tampalkan.. maka semua ulasan tu saya strike/potong.. maaf atas kehilafan saya..




Salam takziah buat keluarga Almarhummah, semoga tabah menerima berita ini.. semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan disamping mereka yang beriman. AMin.



p/s : semoga penyiasatan dpt dilakukan dengan segera.. agaknya jemaah tersebut penin @ gayat & terjatuh dari beranda.. (andaian saya semata-mata).. tapi sedih bila mendengar berita kematian. 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...