Selasa, 11 Oktober 2011

Home » , , , » Cadangan naikkan elaun ahli Parlimen ditarik balik.. bagus kan.

Cadangan naikkan elaun ahli Parlimen ditarik balik.. bagus kan.


Salam bahagia,

Cadangan naik elaun ahli Parlimen ditarik balik
sumber dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Cadangan menaikkan elaun ahli Parlimen seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 Jumaat lalu ditarik balik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamaed Nazri Aziz berkata, ia berikutan tidak mendapat persetujuan daripada beberapa pemimpin parti pembangkang walaupun pada awalnya sudah dipersetujui oleh wakil mereka.
Beliau menjelaskan cadangan menaikkan elaun tersebut dibuat oleh beliau berdasarkan laporan yang diterima daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji keperluan kenaikan elaun itu dua hari sebelum pembentangan bajet.
"Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar selain 13 wakil parti (kerajaan dan pembangkang) telah bersetuju untuk menaikkan elaun dan gaji ahli Parlimen, maka saya merayu kepada Perdana Menteri untuk meletakkan sedikit peruntukan dalam Bajet 2012.
"Namun, selepas pengumuman Perdana Menteri itu, beberapa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Salahuddin Ayub jelas tidak memberi sokongan sebagaimana saya berjanji kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dalam pengumuman Bajet 2012 lalu, kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli Parlimen kerana menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja mereka semakin bertambah.
Bagaimanapun, peruntukan elaun baru itu hanya akan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan sekiranya kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang termasuk Ahli Parlimen Bebas bersetuju.
Justeru, Mohamed Nazri memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana gagal mendapatkan sokongan semua ahli Parlimen sebagaimana yang dijanjikan.
Menurut beliau, peruntukan kenaikan elaun dan gaji ahli Parlimen itu berjumlah RM30 juta iaitu hanya membabitkan 0.019 peratus daripada keseluruhan bajet.
"Cadangan untuk menaikkan elaun ini bukan bertujuan memewahkan ahli Parlimen tetapi bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan mereka, selain atas faktor jumlah elaun terendah yang diterima berbanding negara-negara lain.
"Bagaimanapun, mereka (pembangkang) buka mulut (tidak setuju) terlalu awal tanpa memikirkan ahli Parlimen lain yang memerlukan kenaikan elaun ini. Mungkin yang tidak bersetuju itu sudah banyak duit maka dia tidak fikir orang lain," katanya.
Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita berkata, bantahan kenaikan elaun ahli Parlimen itu dibuat kerana mahu kerajaan menetapkan terlebih dahulu gaji minimum pekerja sebanyak RM1,100.
 
Ulasan saya :

Saya sokong. molek lah didahulukan keperluan rakyat.. baru lah selari dengan moto, “Rakyat Didahulukan”.
Pada saya kebanyakan ahli parlimen ni hidup mewah, rumah besar dan selesa, makan pakai cukup, tiada yang kurang terutama ahli Parlimen pro-kerajaan. Maka, saya tidak nampak keperluan untuk dinaikkan elaun, sedangkan masih ramai rakyat yang hidup dengan kos sara hidup dibawah RM1,000. Ada yang setiap hari makan nasi dengan kicap ajer.. Sad smile ade sapa kesah??

JIka benar cadangan untuk menaikkan elaun ahli parlimen untuk membolehkan mereka memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat, adalah lebih baik jika peruntukan/bajet untuk setiap kawasan parlimen dinaikkan, jadi bila rakyat memohon bantuan, tiada lah isu tak cukup bajet. Winking smile




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...