Isnin, 17 Oktober 2011

Home » , , , » Apa nak jadi – bila suami bakar isteri..???!!

Apa nak jadi – bila suami bakar isteri..???!!





KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ulasan saya :

Meremang bulu roma saya tatkala melihat tajuk berita ni, menggeletar tangan nak menaip nih.. kesian sungguh dengan nasib si isteri yang malang itu.. Masya Allah, apa nak jadi dah dengan kehidupan masyarakat kita nih.. Sudah hilang kah adat bermesyuarah aka berbincang dalam kehidupan suami isteri. Kenapa agaknya semakin ramai yang sudah kurang pandai berkomunikasi secara lisan.. bahkan lebih suka ‘berkomunikasi’ dengan cara tindakan ganas macam nih.. ??? Sad smile


Untuk tahu lebih lanjut, anda patut cari suratkhabar hari ni… 17 Oct 2011.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


3 ulasan:

  1. yelah kakyong...

    otak suami dia tu tak tahu lah letak kat mana.
    BODOH sebenarnya. Kot ya pun cemburu, kenapa itu tindakan dia.

    Tak masuk dek akal langsung...huhu

    BalasPadam
  2. Dia tak sayang isteri tu. Dia lebih bersikap menakluki, macam isteri tu dia punya, atau ada masalah mental. Kesian isteri dia, seumur hidup menanggung akibat.

    BalasPadam
  3. sekarang ni kes pelik2 la kakyong...ramai sakit jiwa agaknya :(

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...