Khamis, 27 Oktober 2011

Home » , , » 7 kementerian tahap pengurusan lemah

7 kementerian tahap pengurusan lemah









KSN mahu pastikan langkah penambahbaikan diperhebat elak berulang
PUTRAJAYA: Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Beliau berkata, langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurus tabdir dengan berkesan.
 
"Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
 
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.
Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Terdahulu, Mohd Sidek menyaksikan penyerahan i-Pass kepada 11 tenaga kerja profesional asing yang bekerja di negara ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.
Pas itu digunakan sebagai bukti pengenalan di Malaysia tanpa perlu membawa pasport.
Pas dikeluarkan Jabatan Imigresen sejak September lalu itu juga, akan dikeluarkan kepada tenaga kerja profesional yang memegang Pas Residen di bawah urus tadbir Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). – BERNAMA




sumber : bharian


Ulasan saya :

Pelik juga bila LHDN juga berada dalam tahap lemah pengurusan kewangannya. Menarik sebenarnya membuat kerja-kerja pengauditan kewangan ni… tetiba saya rasa rindu dengan kerja lama.. paling banyak belajar bila mengaudit jabatan kerajaan @ GLC.. sebabnya lebih banyak jumpa yang ‘non-compliance’ daripada ‘compliance’. Diharap kementerian yang terbabit tingkatkan usaha, lebih2 bahagian kewangan, jangan kerja sambil lewa dan bertangguh ya… Winking smile dan jangan lupa didik jabatan lain supaya patuh pada tatacara kewangan.


Boleh baca lagi pasal laporan audit negara di sini, sini, sini, sini, sini (sekadar berkongsi beberapa).. Open-mouthed smile

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


12 ulasan:

  1. kementerian yg x patut kemah pun boleh lemah? iks iks iks :)

    BalasPadam
  2. @sop kadang2 hal mcm ni terjadi bila Bendahari @ Ketua bahagian kewangan di pegang oleh mereka yg kurang fasih dgn prosedur kewangan & kurang buat semakan & hanya serah bulat2 pada kerani & pegawai...

    kakyong pernah berdepan masalah mcm ni, Bendahari yg x fasih hal pengurusan kewangan.. jd jika terdapat ketidakpatuhan, cth mcm baucer dikeluarkan tanpa dokumen sokongan & bendahari main sign jer (sbb percaya pada staff), maka terjadi lah mcm2 ketidakpatuhan dan penyelewengan...

    tp takkan lah agensi besar spt LHDN tu x punya Bendahari @ Akauntan yg berwibawa... musykil kan..

    BalasPadam
  3. Singgah semula jenguk KakYong..

    Betul cakap Kak Yong, kadang² orang atasab hanya goyang kaki. Yang buat keje semua kakitangan sokongan.

    BalasPadam
  4. Kekadang deme ni seghonok berbelanje..... espesyeli bile sampei ujong tahun....maklomle bajet banyak lagi....... mase ni le macam2 ektibiti bukan2 deme buat..... tak caye??? KakYong lagi tau kan???

    BalasPadam
  5. Macam semua kementerian je tahap pengurusan lemah. Ops.. mana taknya, pukul 9 dok minum kopi lagi. (kat sini le..) Sabor je la.

    BalasPadam
  6. kalau kerja yg patut dibuat secara lewa, mmg itulah yg terjadi.

    BalasPadam
  7. negara kita tak ada pegawai yang cekap ke?
    perlu lebih banyak gi kursus tu

    BalasPadam
  8. @SYANI tu memang x leh dinafikan.. bila nak ade audit @ sport check baru le nak buat itu ini.. itu pun masih dlm mode "tidak bersalah & saya tahu semua perkara"

    BalasPadam
  9. @D_08 isu mengabiskan bajet ni mungkin sbb xde perancangan yg betul @ pun x jalan program yg telah dirancang.. tu yg kdg2 adanya prog yg tdk membina, cth program makan angin, prog makan2.. mula lah buat dnner kat hotel mewah.. tp bila buat penilaian keseluruhan, x mandang pun projek yg boleh dibanggakan..

    dulu ada 1 GLC ni bajet dia selalu BOOM.. sbbnya nak buat mesyuarat utk 1-1 prog pun, deme buat di luor daerah.. takat meeting utk bentangkan bajet tahunan jabatan pun nak buat kat tempat2 peranginan,.. mana tempat la ketua jabatan deme tak pergi -- melaka, langkawi, pangkor, johor.. sesuka ajer deme.. pastu ade le projek yg x leh nak ON sbb tak cukup bajet..

    sendiri mau ingat lah kan... ;)

    berhemah lah dalam berbelanja.. tajat meeting tu, dlm bilik mesyuarat pun boleh..

    BalasPadam
  10. @Yati kakyong pernah buat appointment dgn ketua jabatan, jam 2 petang.. tp jam 3.30 petang pun dia tak muncul2 lagi..

    pastu esoknya mudah2 jer minta maaf, dok cakap ade masalah keluarga (kawin 2).. mudah2 jer deme ni, guna masa kerja utk selesaikan urusan keluarga..

    BalasPadam
  11. @transformed housewife jika kita kata penjawat awam buat ekrja sambil lewa, ramai yg akan terasa.. sbb ramai juga yg cekap... ;)

    hakikatnya memang betul kan, kerja sambil lewa memang x menjadi.. ;)

    BalasPadam
  12. @tehr rasanya ramai.. ;) hihiii..

    dah berkali2 pergi kursus pun tp masih juga x ada perubahan...

    kemahuan & kesungguhan tu dtg dr dalam kan.. & kalo nampak staff kurang bersungguh tu, pegawai kenalan 'tukul' sikit supaya kerja boleh 'jalan'..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...