Selasa, 25 Oktober 2011

Home » , , , » 10,000 premis makanan kotor

10,000 premis makanan kotor



Salam bahagia,


Kalau dah @ nampak kedai makan tu kotor dan menjijikkan.. adakah anda akan teruskan juga & ambil keputusan untuk makan di situ??

Saya selalunya jadi tak boleh nak makan jika pergi ke kedai @ gerai makan yang kotor.. contohnya lantai yang hitam, nampak sampah merata2.. sah2 lah tidak disapu bersihkan.. kemudian bila nampak lalat berterbangan.. dan bila nampak longkang tepi gerai yang tersumbat.. lagi lah jadi loya tekak.. Sick smile  Jika makan di kedai/premis makanan yang kurang @ tidak ambil berat dengan hal kebersihan ni, kita juga terdedah dengan risiko mendapat sakit.. paling tidak pun keracunan makanan, seksa tau bila terpaksa berulang-alik ke tandas.. kalo yang teruk tu kena tahan di wad pulak.


Bila baca berita ni.. wow.. banyak juga ya kedai/premis makanan dalam kawasan MPAJ.. jika nak tahu keluasan kawasan jajahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya nih.. bolehlah layari portal MPAJ. Thumbs up DIharap majlis perbandaran yang lain juga mengambil langkah seperti MPAJ nih...


AMPANG: Lebih 10,000 premis makanan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berada dalam keadaan kotor dan kurang memuaskan akibat sikap tidak bertanggungjawab pengusaha yang enggan mematuhi peraturan untuk sentiasa menjaga kebersihan premis mereka. 

Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Yacob, ketika ditemui berkata masalah itu berlaku disebabkan kurangnya sikap mengamalkan kebersihan dan memikirkan keuntungan semata-mata.

“Sejak operasi premis makanan dilakukan lebih kerap, berlaku peningkatan dengan hampir 10 peratus kedai makan kotor dan tidak menepati syarat.

“Usaha MPAJ bagi menjadikan kawasan di bawah seliaan kami sentiasa terpelihara yang membabitkan premis makanan diteruskan atas peningkatan ini,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohammad, walaupun sudah diberikan beberapa kategori seperti A, B, C, dan D terhadap gerai makan dan restoran masih ada peniaga yang enggan mengamalkan kebersihan.


sumber : harian Metro
 
ini gambar yang saya google.. jumpa di blog hazrey.com..


p/s : berhati-hati bila menjamu selera di kedai makan ya kawan-kawan.. jangan sampai menempa penyakit pulak.. & yang berniaga kedai makan @ berjualan barang makanan ni, sila lah ambil langkah2 penjagaan kebersihan yang betul. Lagipun kebersihan itu amalan mulia dan dituntut oleh Islam. Thumbs upOpen-mouthed smile



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


8 ulasan:

  1. 10,000 utk MPAJ je!!! kalau 1 malaysia dah berapa.
    pihak berkuasa kerja bekerja lebih keras n mungkin saman je x cukup. mungkin ilmu kebersihan kena diterapkan pd pengusaha restoran n gerai.

    BalasPadam
  2. aku nampak macam salah pengguna jugak ni
    kerana masih ramai yang berkunjung, mereka akan buat tak kisah je
    cuba pakat2 boikot kedai2 yang kotor tu

    BalasPadam
  3. dorg ni nak kaut keuntungan sahaja...tanpa ambil kira kesihatan para pelanggan...

    BalasPadam
  4. @Denaihati heheheh... memang patut ade statistik mcm nih.. supaya lebih ramai yg peka..

    BalasPadam
  5. @Ila betul tu.. tahap kebersihan dipandang enteng ajer.. tp kita pun kalo dah nampak kedai tu kotor.. elok la boikot jer..

    BalasPadam
  6. @tehr setuju sangat tu tehr.. baik boikot & bior pengusaha kedai sedor diri.. tp pengusaha melayu ni ramai yg suka syakwasangka org boikot business sbb PHD, walhal x sedor kedai tu kotor..

    BalasPadam
  7. @SYaMiLa betui sya.. tu yg tak mau meniaga brg makanan nih... kena rajin, kalo malas jaga kebersihan, org dpt sakit, kita pulak x dpt keberkatan..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...