Selasa, 3 Mei 2011

Home » , , , , , , » MOde rajin menjawab tag dari Ummi Hanie

MOde rajin menjawab tag dari Ummi Hanie

 

 

Salam bahagia,

 

Gambor ni pun kidnap dari blog Hanie.. Winking smile



 

Soalan-soalan tag nya :

 

1. Adakah anda rasa anda hot??

Hot yang camana ya.. kalo panas, siang tadi panas la.. ni malam, dah tak panas dah.. lagipun 2 orang anak dah tidur.. jadi takde le sebab nak HOT… Smile with tongue out

 

2. Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang



 

3. Cerita pasal gambar

actually gambar ni akan rotate.. bukan gambor di atas ni semata2, satu lagi kat bawah.. tak silap ade dalam 10 pics.. Winking smile … suka pulak bila tengok view pemandangan yang unik-unik macam ni… Indahnya ciptaan Allah… Smile

 



 

 

4. Bila kali terakhir makan ayam?

baru jer jap tadi.. heheh.. rumah  ni selang 1 hari wajib buat sup.. sup ikan anak2 tak begitu gemor.. tapi sup ayam, depa memang layan tak hengat punya… Open-mouthed smile

 

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Lagu tema drama Makbul – Ku bermohon pada mu.. kome nak dengor klik link INI, boleh juga klik sini, link di youtube

yang sebenornya tv rumah kami ni, paparan terbaik adalah RTM1 & RTM2.. selalunya memang ON RTM2.. selalu ade drama melayu kan.. dan lately ni kerap2 pulak berkumandang lagu Ku Bermohon PadaMu… Thumbs up memang sedap lagu ni.. mendayu2.. sebak rasa di hati..

 

at least ada lagu melayu yang setanding Opick.. sebelum ni banyak drama yang menggunakan lagu opick untuk drama yang sebegini…

 

 

 

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

sambil2 layan tweet-tweet & mata monitor si Aliya yang masih tak mau nak tidur.. dah jam 10++ malam ni… sambil tu jeling2 juga TV9, rancangan Tanyalah Ustaz.. Smile tajuk Anak Derhaka (bahgian II) dan juga sedang download 1 lagi drama dari SINI. Winking smile

 

7. Selain name sendiri, anda dipanggil ape?

Suami dan anak2 panggil “IBU”.. Winking smile mak ayah & adik-beradik panggil “Kakyong”.. dalam blog pun kawan-kawan panggil Kakyong. Kawan2 sekolah & kampus panggil “Bib”.. anak2 sedara panggil “Maklong” , adik-adik ipar belah suami panggil “Kak Bib”.. adik-adik ipar belah kakyong,, panggil “Kakyong”.. dan rasanya panggilan kakyong ni lebih dekat di hati… Red heart Red rose

 

 

8. Tag 8 orang

  1. Faryza

  2. Pija

  3. Adyani

  4. Yatie chomeyl

  5. zuneta

  6. Izan Ishak

  7. Mama Yatie

  8. Ummu Auni


 

9. Siapakah no 1 ?

Faryza

 

10. Katakan sesuatu tentang no 5 .

Pija – idola saya berblog… blog pertama yang saya kenal & mula baca blog dia masa tahun 2007… Winking smile masa tu saya takde blog pun.. suka jer skodeng blog dia… Smile
silap ler.. no 5 adalah Zuneta : penaja untuk 6th Anniversary GA... dia pandai buat kraft quilling... ;)
 

11. Orang no 3 berhubungan dengan siapa?

Adyani adalah kakak kepada Yatie Chomeyl Winking smile

 

 

12. Bagaimana pula no 4?

Yatie chomeyl, sedang proceed ‘pengajian habis darjah’ di Jepun bersama dengan suami nye… Winking smile

 

13. Pesanan buat no 6?

Izan Ishak.. nak pesan apa ya.. hehehe… teringin nak jumpa Izan dengan kesemua 5 jejaka malaya nya… Winking smile

 

14. Kata-kata cinta buat no 2?

Pija… sudikah kiranya Pija tolong buatkan spek.. spek pink yang sekarang ni sudah senget-benget.. hehheh… Winking smile

 

15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?

dua-dua adalah seorang ibu. mama yatie punya 3 puteri dan ummu auni baru ada 1 puteri… jadi kedua-duanya belum ada anak lelaki… Winking smile

 

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no 1


  • bekerja di Pos Malaysia


  • pandai bikin cupcake & homemade coklat – kalo mau, sila tempah… Winking smile


  • ibu kepada 2 orang putera


  • suami nya juga bekerja di Pos Malaysia kan… erkkk, kalo silap sila betulkan, rasa macam pernah terbaca..


  • salah seorang penaja untuk contest aksi cilik berbasikal.. Thumbs up


 

17. Persamaan antara kambing dan lembu?

dua-dua boleh dibuat korban.. susu nya boleh diminum.. daging pun buleh dimakan…

 

18. Perasaan ketika jawab tag ni?

jawab jer apa yang ditanya, sambil2 buat perkara-perkara yang disebut dalam nombor 6.

 

19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal?

Rizman mana ni? dalam adik-beradik takde yang nama Rizman..

 

20. Gay or les?

sapa lah yang buat tag cam gini ni.. tak yah jawab lah soklan yang akhir ni…

 

ok Hanie.. kakyong dah siapkan tag ni… Winking smile

 

 

JIka kome berminta dengan barangan kraf yang comel2.. Jom singgah ke Sakila’s Craft… klik banner yer..  Thumbs up

 



 

 

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...