Jumaat, 29 April 2011

Home » , , , , , , » Anis rindu abang Fikri

Anis rindu abang Fikri

 

 

Salam bahagia,

 

dah banyak hari dalam minggu ni Anis asyik merengek & mengadu :

 
“Kenapa abang tak balik ni?”

“Kenapa ibu tak amik abang?”

 

Malam tadi, dok merengek2 lagi sambil buat muka sedih… hehehhe.. sweet bila bila tengok Anis meroyan cam ni.. hehehe.. budak 3 tahun 9 bulan pun pandai meroyan ker… Smile with tongue out

 



 

Insya Allah, petang ni lepas solat Jumaat abang balik la.. abang kan dah janji dengan ibu, “Hari sekolah – abang duduk dengan opah ngan atok. Hari cuti – abang dok dengan ibuWinking smile

 

Sejak masuk bulan ke-2 Fikri masuk Taski.. ini lah rutin nya.. dan adakalanya on weekdays dia akan balik rumah setiap hari.. dan ada masanya dia nak dok rumah opah.. tapi sejak habis sukan Taski yang lepas.. memang dah 2 minggu rutin ni berjalan semula.. Hari2 persekolahan, memang dia dok kat rumah opah.. pagi2 makcik Ikeen akan antor dia pergi Taski., balik dari taski atok pulak yang akan ambil.

 

Kalo maksu Enon tanya, “Fikri mana?” Ibu dengan senang hati akan jawab “ dia dok Asrama kat Ulu Kinta.” Open-mouthed smile hehehhe…

 

I know, ade orang yang tak suka.. ade yang kata ibu macam nak lepas tangan pulak.. (ibu kan tak kerja.. takkan la susah sangat nak jaga anak??) ni bukan isu susah nak jaga ke tak...  the thing is, kalo ibu paksa Fikri dok rumah @ tak bagi dia stay rumah opah santan… dia akan buat perangai memberontak, langsung tak nak dengar cakap ibu.. adooii la.., tak larat la ibu nak ber’perang’ dengan budak 5 tahun ni setiap hari… Smile with tongue out tak cool okay… lagipun tak best kan tengok muka budak 5 tahun ni masam & tak nak bercakap dengan ibu… lebih tak cool bila dia tak mau dengar arahan.. sangat tak best okay..

 

Jadi, kami beri la juga ruang untuk dia buat pilihan. Oh, yer.. saya tahu.. ade yang tak suka kan.. sebab kecik sangat lagi anak saya tu untuk diberi ruang membuat pilihan.. Smile with tongue out tapi saya senang macam ni, sebab takde hati yang marah, bila dia balik hujung minggu, dia hepi jer.. walau hanya 2 hari dia kat rumah.. tapi kualiti tu ada.. Smile I think it better this way daripada 5 hari yang dia buat saya UP & DOWN dengan moody dia.. dengan segala perangai keras kepala dia..

 

2 hari tu la dia tolong ibu kat dapur, tolong ibu kemaskan rumah.. baca buku sama-sama.. main sama-sama dengan adik2.. tanpa gaduh-gaduh.. Fikri ni bila tak dapat pergi rumah opah, kerja dia buli adik-adik jer.. Smile with tongue out

 

Apa orang nak kata pun saya tak kesah.. sebab Fikri ni bila dia rasa nak dok rumah, dia akan balik jer.. dia angkut la beg besar penuh mainan tu balik rumah.. bila dia nak dok rumah opah, nanti dia ‘order’ jer kat ayah supaya bawa balik beg besar tu ke rumah opah.. :D

 

cuma tu la.. kesian kat Anis.. Anis ni selalu ingat kat abang.. bila nak makan, mesti ingat abang, Bila ibu masak sedap-sedap (makanan yang depa biasa makan ber3) mesti ingat abang.. Smile

 

Aliya? agaknya kecik lagi kot, belum 3 tahun.. so dia tak kesah abang ade atau tidak..

 



lepas baca doa makan.. siap main 1-to-juz dulu… hehehhe.. layan jer la karenah anak-anak…

 

 



ni depa duaorang ni.. nak cari abang.. sedang berusaha nak buka mangga yang berkunci… Smile with tongue out

 

p/s

ibu pun rindu kat abang Fikri.. Smile

 

salam  kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...