Selasa, 29 Mac 2011

Home » , , , , , , » Projek hari sabtu lepas

Projek hari sabtu lepas

 

 

salam bahagia,

 

Pagi ni kat kawasan taman perumahan kami ni sangat nyaman.. semalam dan kelmarin panas terik.. tapi bagus juga sebab habis segala comforter & sarung tilam bantal ibu dobi… kering semuanya.. tapi yang part tak best, ibu ni la.. bila panas berterusan, mula lah jadi sakit kepala.. malam tadi jam 9 malam ibu dah flat.. belum pukul 10 ibu dah melelap mata.. sedor2 tengahmalam hujan lebat.. Alhamdulillah.. pagi ni bangun.. bestnya suasana nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa… burung ciak berkicau-kicauan.. bising dah macam suasana kampung… Thumbs up

 

memang kampung pun kat sini.. sebelah taman kami ni memang kawasan kampung… Winking smile

 

Hari sabtu lepas.. kami anak-beranak seawal sebelum subuh sudah menjejak ke Ulu Kinta..  opah santan ade hajat sikit.. maka ibu pun sukarela la tolong apa2 yang patut… bosan jugak kan asyik dok terperuk di rumah jer… tapi ibu tak de la menolong apa2 sangat pun, setakat buat koje potong-memotong jer… maka sebelum jam 3 petang tu.. siaplah segala nya..

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="bihun singapura ala UK"]bihun singapura ala UK[/caption]

 

 

rendang ayam special opahsantan

 

 

pulut kuning opahsantan

 

Pastu ibu cuma tolong2 packing jer la… dibantu oleh en ayah dan makNgah ieda (mamanya Adib)

 



 

Alhamdulillah, sudah selamat pun hajat opahsantan ni disedekahkan ke rumah anak yatim di Tanah Hitam Chemor.. Ibu tak pernah sampai @ jejakkan kaki ke rumah anak2 yatim tu.. tapi ibu teringin juga nak pergi melawat anak-anak yatim ni suatu hari ni.. buat masa ni penghuni rumah ini ada dalam 48 orang anak-anak yatim.

 

Ibu pun kan sebenornya berhajat juga nak buat pulut (tak mau pulut kuning, nak putih jer) dan rendang daging dan sedekahkan pada jiran2 di sekitar taman ni.. dari tahun lepas lagi berhajat.. tapi tak ter’sampai’ pun pada en ayah.. Disappointed smile rasanya tahun ni kena jugak buat kan… dok tangguh2 niat ni, sekarang ni dah rasa macam ‘beban’ pulak..

 

kome ade ‘hajat’ nak bersedekah macam ni.. ?!

 

p/s

~ lega sedikit sebab list peserta no 21-40 sudah submit untuk dinilai oleh juri

~ hari ni tak dapat nak semak penyertaan yang lain.. sebab nak fokus pada koje design dan nak siapkan portfolio untuk kerja2 design kakyong

 

 

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...