Rabu, 16 Mac 2011

Home » , , , , » Penangan sup ayam kampung

Penangan sup ayam kampung

 

 

salam bahagia,


 

Semalam en ayah cakap harga ayam dah jadi RM.50 sekilogram. Smile with tongue out Maka en ayah tak beli ayam biasa tapi beli ayam kampung yang harganya RM1 jer lebih murah dari ayam biasa..

 

Jadi lewat petang tu, ibu pun memulakan operasi memasak sup ayam kampung… hampir 30 minit jugalah memasaknya.. siap masak dengan api kuat lagi & bertambah2 air beberapa kali.. sebabnya ibu memang tak expert masak ayam kampung lagi & lagi satu kalo tak cukup masak mau liat macam getah isinya…

 

Namun sangkaan ibu meleset… dagingnya elok ajer lembut, manis pulak tu rasa dagingnya.. anak2 makan sampai keras perut.. sampai licin kome 2 mangkuk sup ayam tu…. nasi bertambah-tambah, mana lah tak keras perut..

 



ni ajer balancenya untuk ibu & ayah.. ni mangkuk yang ke2.. itupun anak2 hirup sup sampai kering… sedap bebenor… Thumbs up

 

Ni ibu sharekan resepi mudah lagi simple.

Bahan-bahan

5 ketul bahagian ayam (ayam yang potong 12 yer – so untuk kami 5 beranak, 5 ketul dah la)

1 inci halia (diketuk)

4-5 ulas bawang putih (biorkan ajer dgn kulitnya)

2-3 cili api (diketuk jer)

2 ulas bawang kecil (ditumbuk)

1 sudu makan serbuk/rempah sup (ibu guna yang Adabi)

1 biji limau kasturi

garam secukup rasa

note : kalo ade batang saderi dan karot, sila lah tambah..

 

Cara memasak:


  • basuh ayam bersih-bersih dan jerang dalam kuali @ periuk (ikut suka, janji masak), air tu bior penuh menutupi ayam, masukkan halia dan bawang putih , masak dengan api sederhana kuat


  • setelah 15 minit, masukkan rempah sup & kacau


  • sambil tunggu ayam tu agak2 empuk (kalo bawang putih tu dah macam lembik, kira ayam pun dah lembut la..), tumbuk bawang kecil.. dan masukkan ke dalam periuk & masukkan cili api yang telah diketuk..


  • perah limau kasturi (sila buang bijinya dulu ya)


  • kemudian, masak lah hingga betul2 daging dah lembut.. & rasakan garam


  • masukkan hirisan daun sup & daun bawang


  • dah siap boleh angkat..


  • kalo nak buat bawang goreng pun boleh


Ayam kampung ni dia berminyak, jadi tak perlu nak tumis bawang Winking smile

 

senang ajer kan.. nak tau rasanya, kenalah masak sendiri ya…

 



makan sup ayam kampung sambil merasmikan senduk comel baru dapat.. buahtangan dari kenduri kahwin… Thumbs up

 

 

note:

hari ni harga ayam naik lagi. RM9/kg

 


 

jika suka barangan kraf.. klik gambor coin purse ni




 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


14 ulasan:

  1. nadiah tak pernah masak ayam kampung

    BalasPadam
  2. nadiah,
    kat US ade jumpa ayam kampung ke...

    BalasPadam
  3. ingatkan kak yong dah lama tak update blog rupanya blog baru selalu update yer...hehehe

    BalasPadam
  4. ila,
    Insya Allah, buat masa ni 2-2 blog updated.. cuma cerita keluarga di blog ni lah..

    BalasPadam
  5. kalo sampai kering kuah tu.. mmg sedap bebenor la tu....

    BalasPadam
  6. ikan , ayam , sayur semua mahal hurm..kena duk kampung juga untung kan kakyong!

    BalasPadam
  7. ye ke harga ayam naik lagi? Yati dah lama tak beli ayam. Layan telor je. :)
    Sedapnya sup kakyong buat. Tak pernah cuba masak ayam kampung. Sebab takde jual sini. Ayam pencen ada la. Yang dia bakor kulitnya tu kan.

    BalasPadam
  8. kak yong...sedapnya ni...sukanya, lau mak zu masak...dia suka tambah rempah kurma..sedapnya air tangan ibu...lepas ni..kak yong wat tom yam nak?? huhu...dah ada permintaan ni...

    * zu ada bela sekor ayam kampung...mula2 ayah bawak balik cadangnya nak sembelih...tapi zu ngan adik2 jatuh cinta & sayang plak kat ayam tu...jadi duk sihat lagi, tiap2 hari bertelur...berkawan ngan 6 ekor kucing...

    BalasPadam
  9. ayah saye peminat ayam kampung. tapi daging ayam kampung liat kan. kene rebus lama2. ayah selalu beli ayam kampung & mak ngomel2 sbb amik banyak mase nak masak :)

    Miss Dill^^

    BalasPadam
  10. chekna,
    depa makan sampai tak ingat ibu ayah... hirup selagi mau.. kalo buleh mangkuk pun nak angkat sekali... ;)

    BalasPadam
  11. Bee,
    tu la dok kg senang.. ikan sungai ada.. sayur leh tanam jer..
    dok pekan ni, tak kiralah pekan kecik.. semua nak kena beli... huhuuu

    BalasPadam
  12. Yati,
    suami kakyong niaga di pasar yati.. sebelah dia kwn yg niaga ayam..
    dalam berita pun dah kecoh... huhuuuu

    BalasPadam
  13. zu,
    ayam kg dijadikan pet pulak... ekekkeke....

    tak pernah masak kurma & takde rempah kurma dlm rumah ni..
    memang nak masak tomyam tp x cukup bahan2... :p

    BalasPadam
  14. Miss Dill,
    liat.. tapi kalo ayam yg muda skit, tak liat mana dagingnya.. bahkan lebih sedap dari ayam biasa.. tp biasalah kan, ayam kg memang kena masak lama... tu pasal kakyong masak api kuat2... hehhehe

    terima kasih sudi singgah sini.. jemputlah singgah selalu..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...