Ahad, 27 Mac 2011

Home » , , , , » Hati kaum Hawa

Hati kaum Hawa

 

salam bahagia,

 
>

 




 

Kadang-kadang apa yang dia cakap tu tak sama  seperti apa yang dia rasa.Tapi dia nak kita faham tanpa dia perlu memberitahu. Memang tak masuk akal, tapi itu la perempuan.




 

Betul ke perempuan @ wanita ini rumit @ ‘complicated’… ? Kome rasa camana?

 

Ni pendapat ibu jer.. berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri.

 

jenis daring @ berani @ mungkin juga ade ciri-ciri laser


  • setengah orang perempuan ni ade yang jenis daring.. Winking smile kalo suka sesuatu @ seseorang.. dia boleh jer dengan selamba nak meluahkan perasaan pada orang tu. macam2 usaha dia akan buat supaya si dia ‘perasan’ akan kehadiran dia.. bukan setakat ‘tarikan fizikal’ (berhias dan melawo ), tetapi juga dari tuturkata … tapi selalunya orang lelaki pulak yang akan jadi takut dengan perempuan macam ni… uwwaaa…


  • ade juga kelebihan perempuan macam ni : jodoh dia selalunya dengan lelaki yang pemalu.. lelaki yang berat mulut & susah nak meluahkan perasaan…


  • namun jangan salah faham tau, perempuan daring tak bermakna dia tak ada hati perasaan, sampai saatnya, perempuan daring pun buleh jadi pendiam, kunci mulut dan masuk ‘gua’ untuk seketika.. *jangan ingat orang lelaki jer yang masuk gua.. cuma gua orang perempuan ni berbeza sikit la*


  • dan ade juga perempuan yang laser dalam sesetengah perkara, tetapi pemalu dalam hal yang melibatkan perasaan.


  • cuma bila sudah berkahwin, perempuan daring ni lebih mudah berkomunikasi dengan pasangannya.. jika tak puashati, dia direct jer cakap dan pada dia komunikasi tu penting.. Thumbs up


  • namun sebahagian besar lelaki selalu salah anggap dengan perempuan yang macam ni.. kadang2 perempuan macam ni dianggap cuba menjadi ‘queen control’.. walhal sebenarnya, dia tak lah macam tu.. dia cuma nak alert kan pasangannya ajer.. supaya che abe nya tak lupa


 

 

jenis pemalu @ berat mulut @ suka memendam

 


  • sifat semulajadi orang perempuan adalah pemalu.. kalo boleh nak sembunyikan segala perasaan yang ada.. kalo boleh dia nak orang lelaki yang dia suka tu, faham dalam bentuk ‘telepati’ @ psikik…Smile with tongue out ekekkeke… perempuan jenis ni selalu nya lebih suka curi-curi pandang jer, pastu buat2 macam tak ade apa2.. bukan apa, depa tak mau dikecewakan walau dalam hati tu sebenarnya ‘suka gila kat mamat tu’..


  • Perempuan yang suka memendam perasaan ni bukan setakat orang lelaki jer yang susah nak faham, kadang2 orang perempuan sendiri pun susah nak faham, terutama kalo yang jenis tak suka nak share masalah dengan orang lain


  • perempuan jenis pemalu ni selalunya jodohnya ada lah lelaki yang jenis daring/berani. Hanya lelaki yang berani ajer yang boleh buat perempuan berat mulut ni membuka mulut. Winking smile so, sebenarnya bukan lah rumit sangat perempuan pemalu ni.. cuma kalo kena gaya cara lelaki ‘menguruskan’ nya, pasti berjaya.. masalahnya, tak ramai lelaki yang betul2 amik port @ amik kesah dengan perwatakan perempuan pemalu ni..


  • dan ada ketikanya, perempuan pemalu ni boleh jadi ramah & mudah didekati.. bergantung pada persekitaran juga ya.. jika persekitaran selesa, pasti lah dia akan jadi lebih terbuka.. selesa di sini adalah : sudah kenal @ familiar dengan kawan-kawan @ ahli keluarga, juga disenangi oleh kumpulan/group/komuniti.


  • yang penting, kome (tak kira lah lelaki @ perempuan) harus lah dipercaya oleh mereka yang pemalu ni.. jika terjadi sesuatu yang membuat si pemalu ni hilang kepercayaan, maka dia mungkin akan jadi berat mulut semula dengan kome… erkkk ade faham ker.. contohnya : kome g buka rahsia dia..  Smile with tongue out actually ini adalah prinsip mutual dalam mana2 hubungan, harus ade sifat saling percaya.


  • so, betul ke perempuan pendiam ni sukar didekati.??? kome tanya lah diri kome sendiri.. kena lah pandai bermain psikologi sosial dalam hal ni.. contoh, belajor ‘body contact’ @ bahasa badan..


 

Samada perempuan tu jenis daring @ pemalu.. hakikatnya, kalo dari segi perasaan (dalam bab bercinta & belum ada ikatan) takkan lah nak bagitahu 100% kan… simpan lah sedikit.. sebabnya orang perempuan ni suka lelaki yang lebih agresif @ menunjukkan kesungguhan dalam menjalin hubungan yang lebih erat. Tak best lah kan, kalo perempuan yang dikatakan ‘mengejor si lelaki’ @ dipanggil perigi cari timba…

 

Tapi bila sudah berumahtangga, tak boleh dah nak reserve perasaan ni, kalo suka kena cakap suka, kalo setuju kena cakap setuju.. kalo tak suka, kena bagitahu pasangan kita, kenapa tak suka dan harus selalu ade perbincangan @ komunikasi.

 

Tu pasal ade orang cakap, orang perempuan ni bila dah kahwin semua nak control.. bukan nak control, tapi kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang real dan pasti.. jadi harus firm bila sudah menjadi isteri dan ibu.. padah akibatnya jika  asyik memendam rasa. Kalo bule bior le suami tahu/alert apa yang isteri tak suka, tak kisahlah dari segi pengurusan rumahtanggan, pengasuhan anak2.. maupun pengurusan kewangan keluarga.. memang kena cakap terus-terang.. tapi bior le berlapik (di kaborkan dengan cara yang berhemah la, kalo asyik melaser juga, mau nya suami asyik nak kuor rumah jer)… Smile with tongue out

 



 

hakikatnya wanita dan lelaki ini Allah jadi kan berbeza dari segi emosi dan keperluan, tapi dijadikan pasangan hidup untuk saling melengkapi. Winking smile Yang belum pernah membaca buku tulisan John Gray.. aci cuba cari buku tu… bagus.. ibu dulu baca buku ni dari kulit ke kulit.. nanti ade masa ibu cuba kupas sikit2 tajuk2 yang sesuai yang dibahaskan dalam buku tu..

 

n3 ini ditulis sekadar respond kepada n3 ini di blog onceitalk,com. dan ini hanya pandangan peribadi ibu, pada ibu tiada yang betul @ salah.. sebab emosi dan perwatakan kita ini berubah-ubah mengikuti emosi dan persekitaran.

 

Kome boleh tinggalkan pendapat kome di kotak komen yer… Smile

 


 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...